abangadek Publish time 25-7-2018 06:41 PM

Gangguan Bekas Isteri Suami

Aku ada masaalah pasal bekas isteri suami aku sekarang, bukan masaalah baru tapi dh lama sejak baru kawen lagi. Suami aku ni duda, dia cerai dgn bekas isteri sbb bekas isteri dia ni curang dgn lelaki lain. Lepas 3 tahun barulah kami dikenalkan & kahwin atas pilihan family aku. Suami aku ni baik je, nafkah sediakan kt aku semua cukup, rajin jugak.. kami masing-masing kerja, dia pun tak berkira tolong aku buat kerja rumah semua. Yang jadi masaalah disini bekas isteri dia yang dulu bermati-matian taknak patah balik lepas diceraikan dh mula nak himpit suami aku lepas kami kawen. Dh tentu la aku naik angin. Dia asyiklah mesej suami aku mintak duit, suami aku ni terlebih baik bagi mungkin kesian:huffy dengan ex wife ni suami aku ada 4 anak semua dh besar2 dh kerja, tinggal yang bongsu masih bersekolah & tinggal dengan kami jadi tak ada sebab pun ex wife dia ni nak mintak duit lagi. Yang buat aku geram kalau nak datang ambik anak ni pun siap mesej suami aku dulu suruh bank in duit minyak kt dia.

Hubungan suami aku dgn keluarga ex wife dia ni masih baik, dgn aku tak la sbb mak ex wife dia ni mmg biadap gila dgn aku, kalau kenduri belah keluarga ex wife dia ni mmg suami aku dijemput & tak pernah la suami aku miss pergi tanpa aku, yes aku xsuka tapi aku diam je la. Aku pernah perli jugak suami aku tapi dia buat xpeduli. Sebenarnya situasi ni lagi buka ruang untuk si ex wife nak dekat dgn suami aku. Ex wife dgn suami aku mmg tak baik sejak cerai tapi bila ada mesej2 dalam fon suami yang sempat aku curi2 baca nampak mcm ex wife tengah cuba nak berbaik. Aku bukan cemburu tapi asyik mintak duit & hantar mesej tanpa sebab yang jelas apa maknanya tu?

Ex wife dia ni pernah wasap aku maki2 tak tahu apa sebab. Ayat semua mengutuk fizikal aku.. korang mesti faham apa maksudnya bila gaduh kutuk bab body semua tu kan, tak lain sebab cemburu! Aku pernah gaduh teruk dgn suami aku sampai setahun lebih aku pindah balik rumah family aku sbb tak tahan dgn gangguan ex wife dia. Kesian suami aku makan pakai tak terurus, tapi aku tak boleh tengok muka dia sbb menyampah sbb dia aku kena hadap makian ex wife dia yang gila talak. Korang apa yang aku patut buat? aku dah tak kuasa nak bawak berbincang dgn suami aku bab ni sbb mmg tak ada jalan penyelesaian pun, yang mengganggu adalah ex wife dia jadi mcm sia2 aku gaduh dgn suami aku. Anak2 dorang mmg tak baik dgn aku sbb masing2 termakan hasutan emak dorang, ex wife dia ni memang kuat drama sampai adik beradik dia sendiri tak boleh nasihatkan dh supaya tak ganggu rumahtangga kami, terlalu degil & tak boleh terima kebahagiaan org lain. Aku dh pernah wasap cara elok & cara kasar pun tak jalan, dia block aku dh. Aku terima pandangan korang, jadi bantulah aku cari jalan.. suami aku baik tak mungkin aku nk berpisah. Cuma aku perlukan cara mcm mana nak hentikan gangguan ex wife suami aku yang gila talak ni.


zuri154 Publish time 25-7-2018 08:40 PM

Brape yg selalu suami TT hulur kt ex-wife dan kekerapan menghulur dlm sebulan?

Genkidesuka Publish time 25-7-2018 08:56 PM

zuri154 replied at 25-7-2018 08:40 PM
Brape yg selalu suami TT hulur kt ex-wife dan kekerapan menghulur dlm sebulan?

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Anak tinggal bersama TT, so suami TT tkyah byr nafkah pd ex wife tu rasanya.

TT, susah2 report polis je la kalau asyik kena harrassed.

Tp tak fair la kalau TT nyampah tgk suami.Bukan salah dia.Kasihan dia.


Andyscenes Publish time 25-7-2018 11:17 PM

Salah suami kamu kak, g layan buat apa? Kamu tu cuba nasihat suami kamu kak. Contoh sebelum tdo. Citer la kat suami kamu, apa yg kamu suka, apa yg kamu tak suka. Ckp baik2, suh dia pilih antara kamu dgn ex wife dia.

faraway1 Publish time 26-7-2018 02:21 AM

bagitau husband, berapa dia kasi ex dia, you nak dua kali ganda sebab you bini yang sah ....
jika ex boleh dapat duit, you juga...

hunchback Publish time 26-7-2018 08:38 AM

bincang elok2..nafkah kamu kena lebih. kalau anak tiri tinggal dgn kamu si ex tu xlayak dpt pape...
simpan semua rekod wasap/msg anatara kamu dgn si ex wife tu. kalau melampau sgt dia harrased g balai buat report.

zulka Publish time 26-7-2018 09:41 AM

aku rasa ex wife dia berbaik bukan sebab nk kan suami tt, dia nk ambil kesempatan sahaja..nak duit je tu

LostStar Publish time 26-7-2018 10:54 AM

amek phone laki ko, blok jek nombor pmpuan tu.. meluat la haih dok kaco2.. mantel sungguh.. baca pon da rengsa.. kalau hadapi mcmni, mmg aku simbah asid jekkkk

nor876 Publish time 26-7-2018 11:23 AM

wat report ja..xpon tukar je no phone baru n block no ex-wife tu.

abangadek Publish time 26-7-2018 11:37 AM

zuri154 replied at 25-7-2018 08:40 PM
Brape yg selalu suami TT hulur kt ex-wife dan kekerapan menghulur dlm sebulan?

xsure, masa baru kawen ada dia bg 1500, masa ni i dh bising, sbb ex wife dia ni mintak duit gunakan anak untuk elak kantoi dgn i.. maksudnya dia akan suruh anak mintak duit kt suami i & duit tu dia guna untuk keperluan dia

abangadek Publish time 26-7-2018 11:39 AM

Genkidesuka replied at 25-7-2018 08:56 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Anak tinggal bersama TT, so suami TT tkyah byr nafkah pd ...

i geram sbb suami ni baik sangat, jenis tak sampai hati.. i rasa xfair sbb i kerja penat cari duit untuk diri sendiri & ada sikit untuk belanja dalam rumah tapi dia yang dh takde kena mengena boleh pulak mesej suami i mintak duit suka hati

abangadek Publish time 26-7-2018 11:42 AM

Andyscenes replied at 25-7-2018 11:17 PM
Salah suami kamu kak, g layan buat apa? Kamu tu cuba nasihat suami kamu kak. Contoh sebelum tdo. Cit ...

dahhhhhh.. cakap cara baik pun bergaduh cakap cara kasar lagilah bergaduh.. i tak nak la sampai cerai2 nanti i jugak yang miskin kedana. suami i ni penyumbang 80% pendapatan i kalau dia takde matiklaaaa

abangadek Publish time 26-7-2018 11:46 AM

faraway1 replied at 26-7-2018 02:21 AM
bagitau husband, berapa dia kasi ex dia, you nak dua kali ganda sebab you bini yang sah ....
jika e ...

dear, i mmg dapat berganda2.. jumlah duit kesian yang ex dapat kadang xsampai 150 pun tu pun ada yg suami i xlayan.. tp hati i sakit kenapa dia yang dh diceraikan masih nak ganggu suami i lg, kerap sgt mesej benda yang tak berkaitan dgn anak2 dorang pun & mostly mintak duit

abangadek Publish time 26-7-2018 11:47 AM

hunchback replied at 26-7-2018 08:38 AM
bincang elok2..nafkah kamu kena lebih. kalau anak tiri tinggal dgn kamu si ex tu xlayak dpt pape...
...

boleh report ye? bukti tu susah pulak nak simpan sbb fon suami i jenis lama camna nak ss:'(

abangadek Publish time 26-7-2018 11:49 AM

zulka replied at 26-7-2018 09:41 AM
aku rasa ex wife dia berbaik bukan sebab nk kan suami tt, dia nk ambil kesempatan sahaja..nak duit j ...

mcm mana nak handle org yg ambik kesempatan camni bro?

abangadek Publish time 26-7-2018 11:51 AM

LostStar replied at 26-7-2018 10:54 AM
amek phone laki ko, blok jek nombor pmpuan tu.. meluat la haih dok kaco2.. mantel sungguh.. baca pon ...

malam ni aku buat! kau tunggu jap.. smlm aku takleh curi2 ambik fon dia

abangadek Publish time 26-7-2018 11:52 AM

nor876 replied at 26-7-2018 11:23 AM
wat report ja..xpon tukar je no phone baru n block no ex-wife tu.

tukar no fon tak boleh la sbb kerja2 suami i guna no tu... mlm ni kalau dapat kesempatan ambik fon suami i mmg i block no ex tu terus!

zulka Publish time 26-7-2018 12:04 PM

abangadek replied at 26-7-2018 11:49 AM
mcm mana nak handle org yg ambik kesempatan camni bro?

kumpul2 semua tips yg forumer bagi pastu praktik kan..:loveliness: mula2 block no dia dulu...kalau tak jalan juga baru pegi ke next step

abangadek Publish time 26-7-2018 12:12 PM

zulka replied at 26-7-2018 12:04 PM
kumpul2 semua tips yg forumer bagi pastu praktik kan.. mula2 block no dia dulu...kalau ...

{:1_138:} ok!

kiyudi Publish time 26-7-2018 12:46 PM

titi, ex seben u dh kawin ke belom?

perangai sakai sangat..patut la bercerai

pastu gila talak....dasar sgt kan



p/s : kawin ngan duda pon susah kan....adoiiii :curse:
Pages: [1] 2
View full version: Gangguan Bekas Isteri Suami


ADVERTISEMENT