"View Yang Superb Sangat!" - Aktiviti Stargazing Di Gunung CBL Terengg
Melihat keindahan alam yang dicipta Allah adalah satu terapi untuk kita mencari ketenangan dan juga melapangkan minda. Sebenarnya mendekatkan diri dengan alam mengandungi kelebihan yang tersendiri.Antara aktiviti yang popular untuk menikmati keindahan alam ialah dengan melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit di waktu malam. Atau dalam istilah lain dipanggil 'Stargazing'.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112851vvq6xzq92v56v952.jpg
Sebenarnya melihat menikmati keindahan bintang yang bertaburan dilangit boleh dilakukan di mana-mana yang anda suka. Hanya pandang ke langit pada waktu yang cerah dan lihatlah bintang-bintang yang ada.
Tetapi, tahukah anda aktiviti stargazing ini agak popular di Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu.
Ramai pendaki yang datang ke sini untuk melihat dan menikmati sendiri keindahan langit malam dari puncak gunung ini. Untuk melihat bintang dari gunung ini, anda perlu mendaki ke puncak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/111945lszl7rvcbzu27wve.jpg
Selain aktiviti melihat bintang, di sepanjang track pendakian, anda boleh melihat air terjun dan banyak kolam-kolam air semulajadi yang cantik dan sangat jernih airnya.
Biasanya sesiapa yang hendak mendaki, pendakian bermula waktu tengahari dan anda akan sampai di puncak waktu malam untuk melihat bintang-bintang yang ada. Terdapat juga tapak-tapak khemah untuk anda berkhemah di sana.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112237pozlvkzrkdzgzdxv.jpg
Jom layan gambar-gambar cantikdan menarik di Gunung Chemerung Berembun Langsir Terengganu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112316tu6n9jzmsfomznm3.jpgFoto: Twitter @mastura_yuza
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112317a12kk5z2ikk22500.jpgFoto: FB @seaextremesport
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112317q5unkuwph76wl5dg.jpgFoto: FB @seaextremesport
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112316ak3sgg43vvze44q4.jpgFoto: Twitter @mastura_yuza
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112317o5o5lri4ti1fgrit.jpgFoto: Twitter @mastura_yuza
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112317f0b7ks2uvt9d9yvb.jpgFoto: FB @seaextremesport
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/22/112317fyd65qbqrd3yqd15.jpgFoto: Twitter @mastura_yuza
Buat kaki panjat gunung tu jangan lupa jadikan Gunung Chemerung-Berembun-Langsir Terengganu sebagai list gunung untuk anda tawan.- CARI
pakai 6s pun tetap buruj pebenda kelas kau kak.
alhamdulillahh mek dah jejak kaki ke puncakk langsir sana..memang superb! cantik la... ok boleh masuk dlm wishlist pernah sampai kt air terjun chemerong je.. cantik nye
jaw-drop tgk gmbr aliran sungai kecil yg sgt jernih tu straight je dgn pokok2 kt tepi tu
what a view cantiknyaaaa!
tapi aku ni jenis malas nk mendaki2 ni... :lol: next week lpas g pulau perhentian kecil akan lajak ke sg chemerung..tak sampai mendaki kot..sbb bwk anak2 kecik..mandi sg tu sudah...:lol:
Pages:
[1]