pearl.silver Publish time 20-7-2018 04:20 PM

TV1 MATAHARI CERAH LAGI 4PM ISNIN - JUMAAT

Edited by eddlisa_uyuk at 22-7-2018 01:20 AM

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Para Pelakon
Nabila Razali, Fadlan Hazim, Amerul Affendi, Azhar Amir, Sharifah Shahora, Wan Raja, Azhan Rani.

P/s baca sinopsis citer ni ala2 drama rafflesia lakonan rita rudaini dedulu
Waktu siaran tv1 xtau..kt tv okey pukul 4ptg isnin sampai jumaat.
Nabila razali ni ada scene tudung dia terbukak..nmpk rambut..dia ni kira kt set selamba je la xpakai tudung..

pearl.silver Publish time 20-7-2018 04:25 PM

pearl.silver Publish time 20-7-2018 04:37 PM

Lagi satu suka tengok kebaya acik shahora lawa2 dlm citer ni..:$

noqiz Publish time 26-7-2018 07:25 PM

entah kenapa..suka tengok cerita ni walaupun nabila berlakon x best langsung

pearl.silver Publish time 26-7-2018 07:32 PM

noqiz replied at 26-7-2018 07:25 PM
entah kenapa..suka tengok cerita ni walaupun nabila berlakon x best langsung

Hahah!
Harini tgk suha layan adam mcm layan suami..

aku_best Publish time 26-7-2018 09:12 PM

Oklah criter ni...boleh la layan juga kat tb109....:lol:

masterudeng82 Publish time 27-7-2018 12:06 PM

Nak tanya, cerita ni tv berapa sebenarnya? Semalam nak record tv1 kul 4 takde pun. Ke saya silap tengok?

pearl.silver Publish time 27-7-2018 01:35 PM

masterudeng82 replied at 27-7-2018 12:06 PM
Nak tanya, cerita ni tv berapa sebenarnya? Semalam nak record tv1 kul 4 takde pun. Ke saya silap ten ...

Pukul 4 tu tv okey sis..109
Tv1 xtau bila waktu siarannye...

masterudeng82 Publish time 27-7-2018 06:41 PM

pearl.silver replied at 27-7-2018 01:35 PM
Pukul 4 tu tv okey sis..109
Tv1 xtau bila waktu siarannye...

Ok thanks, pearl. Saya dah record. Sebab tengok tajuk tv1. Hehe. So boleh lah nak layan drama ni.

pearl.silver Publish time 27-7-2018 11:06 PM

masterudeng82 replied at 27-7-2018 06:41 PM
Ok thanks, pearl. Saya dah record. Sebab tengok tajuk tv1. Hehe. So boleh lah nak layan drama ni.

A ah laa..xperasan lak ada tulis gitu kt tajuk..hihi

masterudeng82 Publish time 28-7-2018 11:26 AM

pearl.silver replied at 27-7-2018 11:06 PM
A ah laa..xperasan lak ada tulis gitu kt tajuk..hihi

Ok, dah boleh edit tajuk. Takut nanti ada lagi yang salah faham mcm i.. :$
Pages: [1]
View full version: TV1 MATAHARI CERAH LAGI 4PM ISNIN - JUMAAT


ADVERTISEMENT