Cari-Nora Publish time 18-7-2018 10:46 AM

Hanya Di Switzerland, Puncak Gunung Ini Boleh Dicapai Tanpa Perlu Mendaki!

Dibina di atas jurang dengan ketinggian 3,000 meter, pengalaman unik ini dinamakan Peak Walk oleh Tissot.


Terletak di Glacier 3000 dan menghadap glasier Les Diablerets, Peak Walk menyajikan pandangan panorama gunung tertinggi di Switzerland.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/15/222339acz42jmzkykvw67z.jpg
Foto:villars-diablerets.ch


Peak Walk adalah satu-satunya jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak gunung.


Jejak sahaja kaki pada jambatan Peak Walk bakal menjadi pengalaman yang anda tidak akan lupakan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/15/222401byo8zwynlxcip8ei.jpg
Foto:villars-diablerets.ch


Pengembaraan yang mengasyikkan ini adalah salah satu daripada banyak aktiviti yang ditawarkan oleh stesen puncak glasier di atas Les Diablerets.


Selain itu anda boleh berjalan kaki di glasier,menaiki bas salji atau menaiki kereta luncur yang ditarik oleh anjing Nordic.


Anda juga boleh ski menuruni bukit dan snowboarding.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/15/222405euj23z663zm3mmcc.jpg
Foto:villars-diablerets.ch


Restoran-restoran di bangunan Botta 3000 yang futuristik juga patut dilawati. Peak Walk boleh diakses secara percuma untuk pelawat Glacier 3000.


Ia dibuka sepanjang tahun bergantung kepada keadaan cuaca.


HUBUNGI
Glacier 3000
Route du Pillon 253
1865 Les Diablerets - CH
Tel: +41 (0) 24 492 33 77
info@glacier3000.chwww.glacier3000.ch/


Berkesempatan mengunjungi Switzerland? Jangan lupa ke Peak Walk! -CARI

sinalegna Publish time 18-7-2018 11:13 AM

Ishh.. mengelat la macam tu ;P

nisako Publish time 18-7-2018 11:55 AM

wah cm best je …...

Hessa Publish time 18-7-2018 04:30 PM

wah nampak best. tp klau i dh ok lah klau dapat bergambar dekat jambatan yg sebelah sini (tak sampai seberang tu);P

misscendol Publish time 20-7-2018 11:03 AM

ni bukan ke yg running man pegi? jambatan gantung

makton Publish time 20-7-2018 11:17 AM

dalam running man episod 406-407 buat kat sini.

mmg best & nampak mewah

chicozinn Publish time 20-7-2018 03:59 PM

tunggu la meollss keje bukak biz sendiri baru merasa nak g negara omputih ni..kalu harapkan wet makan gaji memang berpuluh tahun la kumpul wet nak g swiss ni..

mesmerize Publish time 20-7-2018 04:13 PM

tak sampai peak walk ni lagi :mad:.. nak kena repeat swiss ni :$

cairel_azlie Publish time 20-7-2018 05:51 PM

Swiss ni kalo nak gi semua gunung stamina kena tinggi..kalo ada gout or sakit lutut pinggang semua kirim salam ler...dan kaki rokok tegar mmg mengah wehhhh...
Pages: [1]
View full version: Hanya Di Switzerland, Puncak Gunung Ini Boleh Dicapai Tanpa Perlu Mendaki!


ADVERTISEMENT