lanesra Publish time 18-7-2018 01:44 AM

Naza Premira Henti Edar Jenama Aprilia di Malaysia



https://assets.bharian.com.my/images/articles/17aprilia.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd mengumumkan yang ia kini bukan lagi pengedar rasmi Aprilia berkuatkuasa 31 Julai ini.
Syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan, penamatan operasi pengedaran jenama motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu dibuat selepas mencapai kata sepakat dengan prinsipalnya.
Keputusan itu katanya, hasil pelan rasionalisasi penjenamaan di bawah strategi korporat Kumpulan Naza secara keseluruhan bagi memastikan kemampanan dan keuntungan jangka panjang bagi jenama prestasi tinggi dua roda dan empat roda lain. Ia adalah sejajar dengan permintaan pasaran kini.
"Naza Premira akan terus menawarkan perkhidmatan servis selepas jualan, alat ganti dan jaminan kepada pelanggan Aprilia sehingga 30 September ini.
"Susulan daripada kenyataan ini juga, syarikat akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia," katanya.- BH -
Pages: [1]
View full version: Naza Premira Henti Edar Jenama Aprilia di Malaysia


ADVERTISEMENT