Masak Sendiri Sandwich Ayam Keju Leleh, Tersandar Kekenyangan Dibuatnya
Resipi ini dinamakan Sandwich Ayam Keju Leleh walaupun tidak menggunakan sekeping roti sekalipun.Tak banyak bahan yang diperlukan, namun ia pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/11/203430w1ukb44u1z6k26p6.jpg
Foto: Cookat
Bahan-bahan:
Dada ayam (bilangan ikut suka anda)
Garam
Lada Hitam
Keju Mozzarella (70g)
½ cawan tepung serbaguna,
2 biji telur,
1 paket Nachos
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/13/104139xppwpmzespsz9sw9.jpgFoto: Cookat
Cara-cara:
1. Potong dada ayam kepada dua bahagian dan letakkan di atas papan pemotong.
2. Perisakan dengan garam dan lada hitam
3. Tambah sekeping keju di atas satu bahagian dada ayam dan tutup dengan satu lagi bahagian dada ayam.
4. Dalam sebuah mangkuk, letakkan ½ cawan tepung, 2 biji telur yang telah dipukul dan 1 paket nachos yang telah dihancurkan. Ambil ayam tadi dan salutkan dengan bahan campuran tadi.
5. Goreng ayam sehingga berwarna perang keemasan.
e7H3m7MnGEA
Siap! Cuba dengar kunyahan kerangupan Sandwich Ayam Keju anda.
Bunyinya boleh buat orang sebelah telan air liur! -CARI Kalori berlori-lori
Nampak sedap sedap betul mizzmimi replied at 13-7-2018 11:39 AM
Kalori berlori-lori
org m'sia..biase la semua berani, xde yg takut dgn bad cholesterol ;P
Mesti cuba ni! Meleleh tgkkkk Sedappp . Masuk list ! macam x sedap je....kehkehkeh mcm sedapje Tinggi kalori tapi sedap Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages:
[1]