jiwarasa Publish time 3-7-2018 03:54 PM

Inspirasi Puteri Thai Cantikkan Kulit Dengan Beras Pulut


https://www.wanista.com/wp-content/uploads/2018/07/thai-Princess-2-1-e1530428158777.jpg

Suatu ketika, penulis pernah dengar seseorang berkata, “Orang Thailand ni kebanyakannya mempunyai kulit yang cantik kerana kerap makan beras pulut”. Ternyata, banyak faedah yang dapat diperolehi dari pengamalan beras pulut baik sebagai makanan mahupun sebagai bahan yang dimanfaatka dalam kecantikan seharian. Ini yang perlu kamu tahu tentang beras pulut.


Beras Pulut Cerahkan Kulit
Amino Asid dan Vitamin yang terkandung dalam beras pulut sebenarnya menjadikan ia sebagai agen pencerahan terbaik untuk kulit. Sememangny aia mampu mencerahkan kulit baik diamalkan secara memakannya atau menggunakan beras sebagai masker dan skrub.

https://www.wanista.com/wp-content/uploads/2018/07/maxresdefault-e1530427544626.jpg
Skrub Beras Pulut
Jika tak mampu makan puluthari-hari gunakan resipi di bawah untuk membuat masker beras pulut. Boleh amalkan petua skrub muka ini seminggu sekali:-
Bahan-Bahan: 4 sudu besar beras pulut, 2 sudu besar putik bunga ros (rose bud), 1 sudu besar susu tepung dan sedikit air mawar.

Cara-Caranya:1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Beras Pulut Sebagai Bedak

https://www.wanista.com/wp-content/uploads/2018/07/DHC-Face-Wash-Powder-review-cleanser-e1530427999310.jpg

Bedak beras pulut boleh gantikan bedak berjenama yang kamu guna hari-hari tu. Rahsianya, campur dua bahagian tepung beras dengan satu bahagian tepung jagung dan simpannya di dalam bekas kedap udara.. Siap! Bedak ini berupaya menyerap minyak muka dengan baik bahkan berupa agen senang disapi ke permukaan kulit. Boleh guna berus berbulu tebal seperti “Kabuki Brush”.
Beras Pulut Sebagi Toner
Siapa sangka air beras boleh menggantikan toner untuk mengetatkan kembali pori-pori wajah selepas mencuci. Tonton tutorial membuat air beras seperti yang diajarkan “Ratu Kecantikan Youtuber” Michelle Phan. BACA: Jangan Buang Air Beras! Ini 6 Kegunaannya Untuk Rutin Kecantikan Harian

ByP2YvqfnnI

Jadi kalau tak mampu hendak makan beras pulut setiap hari, bolehlah amalkan penggunaan beras pulut dalam rutin kecantikan bak Puteri Thailand okay?Selamat beramal!

Pages: [1]
View full version: Inspirasi Puteri Thai Cantikkan Kulit Dengan Beras Pulut


ADVERTISEMENT