Sesuai Dimakan Waktu Hujan, 15 Minit Je Nak Sediakan Sup Telur Penuh Perasa Ini
Dalam masa 15 minit sahaja anda boleh menyediakan sup ini. Sangat sesuai dihirup ketika hujan turun membasahi bumi!https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/02/173004vwkgeqhgqlwlhfhm.jpg
Foto: tornadoughalli.com
Bahan-bahan
• 4 cawan air rebusan ayam
•1/2-1 sudu teh parutan halia
• 1 sudu besar sos soya
• 2 sudu besar air
• 2 sudu besar tepung jagung
• 2 biji telur (dipukul)
• 3 helai daun bawang (dihiris)
• Garam dan lada hitam
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/02/173005lu7eay7pgyz7uee7.jpg
Cara-Cara
1. Didihkan air rebusan ayam, halia dan sos soya dalam sebuah periuk bersaiz sederhana.
2. Campurkan air dan tepung jagung dan tambahkan dalam periuk tadi di atas api sederhana.
3. Masukkan telur dan gunakan pemukul telur untuk mengacau dengan arah pusingan jam sehingga semua telur habis dimasukkan.
4. Masukkan daun bawang, garam dan lada hitam dan kacau lagi dengan arah yang sama.
5. Sup anda kini sedia untuk dinikmati!
Mudah bukan? Boleh disediakan untuk sarapan pagi! -CARI Oo mcm sup jepun tu kan..aku x suka miso sup..tp sup telor ni ok cam sedap je..
sos soya tu kicap ke? Senduk tuang atas suhun yg dah dicelur, tabur bawang goreng, racik cili sikit, perggggh! mcm sedap, nak try Resepi nya takde lah simple. Baru igt nak buat sbb tgh tak sihat. Sos soya tu macamana? Ada gambar x ek? Serius x tau haha ayra.e replied at 3-7-2018 02:40 AM
Sos soya tu macamana? Ada gambar x ek? Serius x tau haha
sos soya- kicap
selalu in english mention soy sauce. agaknya yg up kan resipi ni tak abis translate
mmg selalubuat klu demam..selang seli dgn sup ayam rempah.. wadiunong replied at 3-7-2018 10:37 AM
sos soya- kicap
selalu in english mention soy sauce. agaknya yg up kan resipi ni tak abis t ...
Ohh..tula pasal..klau ckp mcmtu pahamla..thanks @wadiunong imransulaiman replied at 2-7-2018 10:08 PM
Senduk tuang atas suhun yg dah dicelur, tabur bawang goreng, racik cili sikit, perggggh!
Sedapnya... Terasa pedas2 manis tu :laugh3:
Macam sedap jer. terliur tgk gmbr... Rbusan ayam, soy sauce,halia, air, telur, tepung jagung. Simple je ingredient. Boleh try fuhhhh wajib try nih! wow
nampak menarik
nak cuba la nnt
nak tambah fishball
Sy buat bila teringin nak makan sup :) Oh nice! will defo try. I nak cuba. kecurrr Sedapnya... tq share resepi
Pages:
[1]
2