wanrahman Publish time 2-7-2018 12:02 PM

Serabut

Salam guys,
kat forum ni aku prefer jadi silent reader tak suka nak komen apatah lagi nak buka thread.Tetapi hari ni aku pilih nak buka thread .aku nak luah perasaan yg dah lama simpan dan nak cari jalan penyelesaian.harap kawan-kawan kat sini tak kecam tapi dapat beri komen yg baik.

aku dah 30 an.lelaki.masih tak kahwin.masalah aku mula masa raya. aku ingat nak balik raya tapi last minute aku tak jadi nak balik sbb abang sulung aku balik.


kenapa? sbb pasal dia , pasal mulut dia aku kena halau drp kampung bertahun2 .aku jadi orang buangan. sepanjang kena buang tu rasa hina gila sampai ada masa rasa tak betul.sampai ada niat nak bunuh diri pun ada.tp Alhamdulillah aku blh jadi ok balik. Alhamdulillah Allah tolong aku.masa tu rasa sedih sgt sampai routine aku hari-hari nak baring je.aku baik2 dgn mak ayah aku tahun lepas.aku minta maaf kat diorg.masa tu abang aku tak ada dia kat oversea.dia ni kerja kat oversea.

Aku balik dan aku mohon maaf kat mak ayah aku walaupun aku tak rasa aku yg salah.semua punca pasal mulut abang aku.Problem aku ,aku tak blh maafkan abang sulung aku. bagi aku dia ni zalim kat aku.dia selalu buli aku hina aku sampai aku ni jadi orang tak confident dgn diri sendiri.Aku rasa kemuncak yang buat aku lawan balik bila dah tua-tua ni , still abang aku layan aku macam budak-budak.hina aku.maki aku.pukul aku.tapi yang aku pelik sangat mak ayah aku selalu sebelah kan dia. Pasal masalahni yang satu ni...perselisihan faham dgn abg aku nilah yg buat hidup aku kucar kacir....ada masa sampai aku hilang fokus kat kerja macam sekarang.


Since raya baru2 ni, dia nak minta maaf tapi aku tak rasa dia ni tak ikhlas nak minta maaf sbb yang jadi jadi orang tengah antara abang aku dan aku adalah ayah aku.ayah aku yang tukang jadi orang yang nak minta maaf wakilkan abang aku.kenapa abang aku sendiri je tak minta maaf kat aku?kata ikhlas nak minta maaf. tu sebab pertama. sebab kedua, sebelum ni dah minta maaf.yang jadi wakil, of course ayah aku. tp bila aku balik rumah.abang aku ni buat perangai.dia blh lepak kat kedai mamak masa aku sampai.bila ayah aku call baru balik.pastu buat muka.tapi aku buat tak tau.aku minta maaf je mcm biasa...lepas tu macam2 perangai dia buat sampai jadi punca yg kita orang adik beradik ni bergaduh balik.seperti biasa,mak ayah aku mesti sebelahkan abang aku ni.

kenapa mak ayah aku selalu sebelahkan dia ni. 1 sbb dia kerja lagi elok drp aku,kerja oversea.kira kayalah.aku ni setakat kerja dalam malaysia.kerja kerajaan. orang-orang biasa je.abang aku ni pandai berkata-kata.manis mulut.tu kut sbb mak ayah aku percaya dia ni.kat belakang2 mak ayah aku tak nampak.

aku nampak mak ayah aku ni selalu sebelahkan abang sulung aku. dia buat salah macam mana pun mak ayah aku tutup mata. worst of all, pasal mulut dialah aku kena buang daripada famili.sampai sekarang perasaan sakit lepas kena buang tu tak akan hilang.rasa nak pecah dada ni.

masa aku dalam buangan ni, macam-macam jadi kat famili aku.tu pun member aku yang bagitau.antaranya abang aku bercerai.dia bercerai sampai isteri bawa lari anak dia masa dia duk kat oversea.ada masa dia jadi tak betul. aku tak pernah ambil tau psl apa dia bercerai.sbb aku malas nak ambil tau.

tu kut punca dia nak minta maaf sekarang.masa raya hari tu. aku rasa benda2 ni jadi sbb masa aku dalam buangan aku doa...aku doa biar Allah balas siapa2 yang naya aku dapat rasa mcm mana aku rasa.

masalah aku..

1) aku tak boleh nak maafkan orang.aku dah cuba doa tapi sampai sekarang aku tak boleh maafkan.

2) sbb aku tak boleh maafkan orang aku tak blh fokus dengan kerja-kerja aku.

3) bila tak blh buat kerja...kerja-kerja aku banyak bertimbun,rumah pun tunggang langgang.

4) yang buat aku sedih sampai sekarang aku rasa patut masa raya ni orang bergembira, tapi aku tak gembira,sedih.aku sampai menyendiri malas nak jumpa kawan-kawan..keluarga lagilah aku malas sbb aku rasa bila jadi mcm ni sedih aku ni jadi virus sampai org kelilig pun ikut sedih mcm aku


tolong aku.mcm mana aku nak betulkan balik hidup aku ni.aku tak nak jadi sedih sgt sampai jadi mcm dulu.aku masa kena buang tu sampai aku jadi murung.nak bunuh diri pun ada.aku rasa aku nak jadi balik mcm dulu.urung.tlg aku guys.

kiyudi Publish time 2-7-2018 12:10 PM

maaf kan lah diaa..adib bradik...air di cincang x kan putus...

abg sulung mmg macam tu bajet bagusss.....

selagi ko xleh maafkan dia..selagi tu ko akan serabut dekkk....

berlapang la dada

setan suka kalo kita memutus kan silatulrahim



kiyudi Publish time 2-7-2018 12:11 PM

ko ni jenis sentisip kot

jenis emo

jenis sentap

biasa nya lelaki ni jenis lek2 pis2 jer

tenang kan hati mu dekk....

sarahmirza Publish time 2-7-2018 12:29 PM

Maafkan aje.
Kemudian tak payah serabut fikir itu ini.
Nak balik kampung jumpa parents, balik.
Tak nak balik, tak payah balik.

Potato.chips Publish time 2-7-2018 12:35 PM

Maafkanlah..walo bukan mudah..let it go tt...then, bru I akn tenang

Pooteh Publish time 2-7-2018 01:11 PM

Key dia ialah sabar & solat..ujian ni dtg dari Dia juga..Dia jugalah yg akan tunjuk jalan keluar..ambik wuduk, solat taubat..muhasabah diri..mohon petunjuk..moga hatimu lembut brader

myakayina Publish time 2-7-2018 02:22 PM

for TT,
https://3.bp.blogspot.com/-ihC9s9oYf7s/V87ZCoukghI/AAAAAAAAA3g/AKJVR2WFDDUd0m3tt6EIXwJXIoDzoY2CACLcB/s1600/7873936ee0cb1ebf13ec7ac61e04fdaf.jpg

Oroi8887 Publish time 2-7-2018 03:42 PM

Tt sy pernah rasa situasi ni. Memang sukar utk memaafkan tapi u kena cuba tt. Memaafkan tu la yg bole buat u tenang. Tak payah fikir dia ikhlas ke tak, dia mnta maaf ke tak. Yg penting u yg ikhlaskan hati memaafkan org lain.

Pasal mak ayh tu, just respect dorang dan jalankan tggjwb u sbg anak. Dorang kurg syg u or lebihkan abg tu lantak la. Tak yg fikir sgt. Hidup u akn lebih tenang. Insyaallah.

xtahumenahu Publish time 2-7-2018 05:50 PM

TT...aku harap ko kuatkan semangat dan terus berbuat baik pada kedua ibu dan ayah ko
Kalau hati ko masih sukar nak maafkan kesalahan abg ko,
buat sementara waktu ni, ko cubalah avoid dia
cuba lupakan sengketa tuh

bila hati ko dah sejuk sikit barulah ko cuba berbaik dengan dia
sentiasalah berdoa agar abg ko sedar kesilapan dia

time will heal...insyaAllah

faraway1 Publish time 2-7-2018 10:44 PM

you ingatkan my sister yang sulung, dah 8 tahun kami stop bercakap... tapi my sister sangat buruk perangai.... jenis balik kampung masa raya berlenggang tapi semua makanan ke apa kat kampung tu, dia kaut bawa balik rumah dia.... sangat tidak malu sebab dia bukan miskin, tapi my parents harap kami sneua tanggung makanan tu. so kiranya dia ambil dari my parents yang kurang kemampuan.

so me tegur...
air bokeh aje putus jika ada sekatan tetengah...

Levespa Publish time 2-7-2018 11:30 PM

tt ada tanda2 org yang depressed.. mild depression.. buat rugi je nak depressed sebab org lain.. tt try gi cari hobi baru as a distraction..

lepas tu cuba tt tanya pada diri sendiri, berbaloi tak hidup dlm keadaan mcm ni kerana org yg banyak menyakitkan hati tt selama ni? walau abg sendiri pun.. tak berbaloi kan?

apa kata tt maafkan dia dan move on.. anggap je abg tt tu memang tak akan berubah..anggap je dia tu memang teruk dan tak betul.. kesiankan aje org mcm tu..

jadi lepas ni kalau dia buat hal lagi, just ignore je.. mengalah tak semestinya tt kalah.. yg penting fokus pada diri sendiri.. life is too short to waste it on problems with people tt.. sebab kita tak boleh control org.. tapi kita boleh control diri kita.. good luck to u tt

Elle_mujigae Publish time 3-7-2018 04:57 AM

^ betul betul betul kata org di atas...rugi je depress pasal orang lain...

kalau sukar nak memaafkan ,apa kata tukar fikiran..di mana kita sendiri ada banyak dosa,mengharapkan Allah mengampunkan dosa2 yg kita buat...so siapalah kita ni utk sombong tidak ingin memaafkan org lain...gitu....

let it go tt..depakan tangan..breathe..and exhale...breathe...exhale..... buangsegala negative thought about ourself and other people...maafkan diri sendiri dulu....kemudian maafkan org lain..sentiasa ingat aib2 diri dan dosa sendirisupaya kita tidak fikir sgt dgn apa yg org buat kat kita....sentiasa fikir apa yg boleh diri sendiri buat utk majukan diri...banyakkan membaca....bila kita leka utk majukan diri dah takde masa nakfikir pasal org lain...

elakkan utk over thinking...boleh cuba try teknik 5..4..3..2...1..

banyakkan mandi...ambil wudhu...minum air....swimming...water is a good stress reliever....for me...

onexox97 Publish time 3-7-2018 05:37 AM

maafkan semua org sebelum tido sebenarnya sangat powerful, sangat2 menjadi
sbb tu motivator selalu bg petua ni sbb betul2 menjadi
sy dh nmpk kesan x maafkan org dgn cepat moveon boleh buat tak kisah
memang yg cepat moveon lagi bahagia dan lagi mudah gembira
kalau xmampu sangat usaha ke arah tu mesti ada
doa kat allah, ya allah bantulah aku maafkan si polan si polan

EvieWanKenobi Publish time 3-7-2018 07:19 AM

berbaik2 lah sempena bulan yang mulia ni..
busuk2 pun adik beradik sendiri..:)

fifie_olin Publish time 3-7-2018 08:07 AM

doa mntk kat Allah...sejukkan kan hati ko utk maafkan abg ko
betulla tu selagi ko x maafkn abg ko...selagi tu la ko akan serabut..mula la pkir mcm2..

nk tya la pe yg abg ko ckp smpi ko kena buang kuarga segala

kiyudi Publish time 3-7-2018 12:42 PM

mana lah titi ni senyap jah

mesti tgah depress tuh

kemon titi....:C:C

rospinki Publish time 3-7-2018 12:50 PM

senang je

anggap je orang yg buat ko tu macam sampah

sampah tk perlu dipeduli

takde dendam or benci anggap je cam sampah

move on..build up your life stronger and better.

hanya dgnmelihat kamu sudah cukup menggerunkan dia.

full stop.

Hana Publish time 3-7-2018 01:18 PM

aku rasa ko ni ada masalah jiwa sket la. tapi, biasa la orang melayu. susah sket nak jumpa doktor bila ada masalah jiwa.
aku rasa ko tak normal berdasarkan faktor no.2 - susah nak maafkan orang jadi tak focus dgn keje. elo.. keje tu utk dptkan duit utk beli barang & hidup. apa kena mengena dgn orang lain? keje utk diri sendiri. bukan utk orang lain. kalau dah kawen, keje utk keluarga.


so, aku nasihatkan, jumpa doktor ye. doktor ada ubat2 anti depression. bagi jiwa ko relex & tenang & cukup tido.


sedangkan ibu yang baru lepas solat pun boleh potong/bunuh anak dia. bahaya depression ni.


ninja boy Publish time 3-7-2018 04:57 PM

Edited by ninja boy at 3-7-2018 05:00 PM

aku pernah balik bandar selepas anak beranak kat kg itu semua bertekak bergaduh masa tu raya ke dua, padan muka mereka. org nak happy2 balik raya nak gaduh2 pula.
diorg skrg pun berhati2 cakap2, mmg sendiri cari pasal mmg mendapatlah, kita pun x hingin terhegeh2 kepada mereka, kita sendiri cari kehidupan sendiri yg bahagaia. nak bahagia x perlu ada semua org, ada kucing bela, kerjaya, kawan2 yg positif ada rumah kereta semua dah bahagia tau
mereka sendiri akan faham kenapa dijauhi dan akan jeles bila hidup kita aman2 dan happy2 aja tak spt hidup diorg yg asik masalah sana sini

pitera Publish time 3-7-2018 10:04 PM

Memang susah nak maafkan orang, tambah lagi abang kandhng. Bertahun-tahun kena maki, hati jiwa raga memang susah nak maafkan macam tu je.

Kalau iolls, if you cant forgive him, then try to forget him. Bila teringat je pasal dia, terus lupakan. Imagine ko bungkus je kenangan-kenangan tu, masuk dalam peti besi, kunci, simpan dalam hati jejauh, kunci tu ko buang.

Lepas tu fokus kat benda yang buat ko happy. Masak ke, sports ke, layan cite korea ke. Focus on that only. And later jangan lupa solat, mohon dipermudahkan urusan, mohon diberikan kebahagian.

Be strong tt! U deserved to be happy!
Pages: [1] 2 3
View full version: Serabut


ADVERTISEMENT