Cari-Nora Publish time 28-6-2018 11:22 AM

Dahlah Syok, Murah Pula Tu! Bawah RM 20, Ini 5 Tempat Wajib Lawat Di Hua Hin Tha

Kebanyakan orang Malaysia memang sukakan Thailand. Mana taknya, terletak berjiran dan kos untuk ke sana juga murah menjadikan ia antara destinasi menarik pilihan ramai.


Selain Bangkok, Hat Yai dan Krabi, di mana lagi destinasi menarik di Thailand? Tentulah Hua Hin! Hanya 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, anda boleh ke sana dengan hanya RM78 sehala dengan Air Asia!


Anda Tanya apa yang boleh dilakukan di Hua Hin? Jom tinjau!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/28/111210auyhuzyswmbiuhoi.jpgFoto: The Vocket




1. Taman Santorini
Kos:THB150 (RM18)


Jika Santorini di Greek merupakan destinasi idaman anda namun masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana, anda boleh ke Hua Hin kerana ia jauh lebih murah! Mirip Santorini, terdapat banyak café-café kecil, muzium seni dan juga butik-butik berjenama untuk anda terokai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/28/111328x4u00vjnlvbj4aju.pngFoto: rekacita.net




2. Pasar Cicada
Kos: Percuma(kupon untuk makanan dijual dari THB100 (RM12)


Jangan lupa membeli kupon untuk membeli makanan di pasar ini. Pasar Cicada bukan seperti pasar malam biasa. Ia lebih kepada konsep hipster dan menawarkan pelbagai barangan dan makanan yang bakal memenuhi keperluan anda


Masa Operasi: Jumaat dan Sabtu4 petang – 11 malam
Ahad: 4 petang – 10 malam   


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/27/013813i1glz6y6bw92bfbh.jpg
Foto: Worldofbuzz.com


3. Pantai Hua Hin
Kos: Percuma


Pantai utama Hua Hin mempunyai kepanjangan kira-kira 6.5 kilometer. Terdapat banak bar dan restoran di sepanjang pantai ini. Jika anda sukakan kesunyian, anda harus terus meneroka pantai ini dan anda bakal menjumpai apa yang anda cari.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/27/013813pckijc99hjjodzm0.jpg
Foto: Worldofbuzz.com


4. Gua Phraya Nakhon
Kos: THB200 (RM25)


Mercu utama Hua Hin ini terletak kira-kira 45 minit dari bandar dan ia harus dilawati.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/27/013814j1voxbi1xwyj2q00.jpg
Foto: Worldofbuzz.com


5. Istana Mrigadayavan
Kos: THB30 (kira-kira RM4)
Lokasi bersejarah ini terdiri dari bangunan-bangunan gaya kolonial dan dikelilingi pokok-pokok yang menghijau.


Tip: Pastikan anda memakai baju yang sopan dan jika tidak anda perlu membayar   THB20 (kira-kira RM2.50) untuk sehelai kain.


Menarik kan Hua Hin? Tunggu apa lagi?


Kos pun murah saja. Jomlah terbang ke sana! -CARI

anakura Publish time 28-6-2018 02:08 PM

boleh masuk list jalan jalan cuci mata ni....

helicornia Publish time 28-6-2018 03:13 PM

taman santorini tu sendu je. outlet2 kat dalam tu pun tak best.amik gamba cantik la

misscendol Publish time 28-6-2018 04:34 PM

kalau tempat mcm ni mesti susah nak cari halal food. itupon kalau boleh masak xdehal

MsKoreanfanatic Publish time 15-8-2018 11:22 AM

ni yg opismet dok citer nak gi sgt2 ni...

Artemesiaa Publish time 15-8-2018 11:45 AM

helicornia replied at 28-6-2018 03:13 PM
taman santorini tu sendu je. outlet2 kat dalam tu pun tak best.amik gamba cantik la

Brtuk tu sesetengah barangannya pun dah mula lusuh

lurve82 Publish time 15-8-2018 11:54 AM

ok blh masuk dlm list...

bLuEsKy Publish time 15-8-2018 05:32 PM

helicornia replied at 28-6-2018 03:13 PM
taman santorini tu sendu je. outlet2 kat dalam tu pun tak best.amik gamba cantik la

aah..mmg sendu...
amek gambaq jaa...

ayjay Publish time 21-9-2018 07:20 PM

Uols dah ke sini. Gambar ni semua diedit bagi cantik meletop. Hakikatnya biasa je. Ada tu nak ambil gambar angle tu siap kena bayar masuk. Yang ok ialah sheep farm berbaloi lah juga.
Jangan mudah terpedaya gegambar macam ni a la gegambar filter flawless manusia kat IG. Nak tau yg sebenar tengok gambar betul yg diambil org yg pergi.
Pages: [1]
View full version: Dahlah Syok, Murah Pula Tu! Bawah RM 20, Ini 5 Tempat Wajib Lawat Di Hua Hin Tha


ADVERTISEMENT