cmf_BeachBoys Publish time 28-6-2018 09:18 AM

Beza diantara Ahlil Kitab dan Nasrani ( Kristian)

Al-quran tidak pernah menggunakan terma "Kristian" sebaliknya menggunakan terma "Nasrani" kerana ianya lebih tepat untuk memberi gambaran kepada para pengikut/penolong kepada Nabi Isa AS yang hidup di dalam demografi bahasa dan bangsa yang berkait rapat dengan tamadun Assyria danbahasa Aramaic.

Umum mengetahui bahawa Bani Israel adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim AS yang berasal dari Babilon yang merupakan jajahan takluk Kerajaan Assyria dan bertutur di dalam bahasa Aramaic. Manakala bahasa yang paling hampir dengan bahasa Aramaic ini adalah bahasa Arab.

Mereka ini adalah orang-orang semitik iaitu Bani Israel, Arab dan Assyria. Juga termasuk di dalam orang-orang semitik ini adalah bangsa Rom. Bangsa Rom berasal dari keturunan cucu Nabi Ibrahim AS iaitu Ais atau Aisoo Bin Ishak Bin Ibrahim. Ais atau Aisoo ini adalah kembar kepada Nabi Yaakub AS.

Orang Rom dan Itali adalah berbeza kerana orang Itali ini adalah gelaran yang diberikan oleh orang Greek Yunani kepada bangsa yang bermastautin di selatan Semenanjung Itali sahaja. Manakala orang Rom ini bernegara di bahagian utara Itali bersempadan dengan tanah orang Jerman.

Berbalik kepada tajuk, ada 2 kelompok pengikut Nabi Isa AS. Yang pertama adalah Ahlil Kitab dan yang kedua adalah Nasrani. dan kedua-duanya mempunyai perbezaan yang besar.

Setelah diteliti dalam konteks agama Kristian, Ahlil Kitab ini sebenarnya tidak merujuk langsung kepada orang Nasrani atau Kristian. Ianya merujuk kepada sekelompok manusia yang bukan dari kalangan Bani Israel yang beriman kepada Nabi Isa AS sebagai seorang Rasul Allah SWT. Golongan ini dikenali sebagai Arianisme. Mereka menolak konsep Trinity dan tidak percaya bahawa Nabi Isa AS itu anak tuhan sepertimana yang telah menjadi doktrin agama Kristian sejak abad ke-4 Masihi. Golongan Arianisme ini berpusat di Mesir dan mereka menentang doktrin Kristian Roman Katholik. Antara yang dipercayai pengikut Arianisme ini adalah bapa saudara Siti Khadijah, Waraqah Bin Naufal dan Buhaira iaitu seorang paderi yang telah melihat awan memayungi Nabi SAW ketika baginda masih kecil.

Manakala orang Nasrani pula lebih merujuk kepada orang-orang Kristian yang ada pada hari ini yang berpegang dengan doktrin Trinity dan percaya Nabi Isa AS itu adalah anak tuhan. Mereka inilah golongan yang sesat yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Fatihah.


cmf_BeachBoys Publish time 28-6-2018 09:47 AM

Edited by cmf_BeachBoys at 28-6-2018 10:00 PM

Pada tahun 312 Masihi, Maharaja Rom iaitu Constantine I memeluk agama Nasrani. Pada tahun 325 Masihi, 298 orang Bishop yang menyertai perbincangan di dalam Council of Nicaea telah menandatangani Nicene Creed yang mana telah mengangkat taraf nabi Isa AS sebagai anak tuhan. Golongan Arianisme telah menentang doktrin ini.

Surah Maryam Ayat 88-92 dipercayai merujuk kepada peristiwa orang-orang Nasrani yang mengatakan Nabi Isa AS itu anak tuhan didalam Nicene Creed.

http://www.surah.my/assets/s019/a088-268d8f3951fd1026eb21bce54eeca8b3.pngDan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak."

http://www.surah.my/assets/s019/a089-24e55f81473ce0eaabd9bcd9873fcfef.png
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!

http://www.surah.my/assets/s019/a090-5450fc9968c4857756b29f650aa9c5e9.pngLangit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
http://www.surah.my/assets/s019/a091-ee8d513c92a49d8f2090266e93deb51a.pngKerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

http://www.surah.my/assets/s019/a092-ce7acece8f358e5d110c431a5db4c47d.pngPadahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.
Ayat 88 dengan jelas Allah SWT telah mengisytiharkan mereka ini adalah orang-orang kafir iaitu golongan Kristian Katholik.

cmf_BeachBoys Publish time 28-6-2018 10:15 AM

Edited by cmf_BeachBoys at 30-6-2018 03:29 AM

Golongan Arianisme inilah yang paling menepati kriteria Ahlil Kitab kerana mereka tidak menyeleweng terhadap ajaran Nabi Isa AS walaupun ajaran nabi Isa AS hanyalah untuk Bani Israel sahaja.

Surah Al-Qasas Ayat 52-53

http://www.surah.my/assets/s028/a052-8a27007fd4a87ee2440575de6a4d5a67.pngOrang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
http://www.surah.my/assets/s028/a053-63e8da0b9c49b0526f2a6b28f171dd83.png
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ".

Dan umat Islam dibenarkan berkahwin dan memakan sembelihan ahlil kitab.
Surah Al-Maaidah Ayat 5

http://www.surah.my/assets/s005/a005-b8e157477fe83023aaf8782ed2827d85.png
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Secara spesifiknya, umat Islam boleh memakan sembelihan golongan Arianisme dan mengahwini perempuan-perempuan mereka. Ayat ini tidak merujuk kepada golongan Nasrani atau Kristian.

cmf_BeachBoys Publish time 28-6-2018 04:42 PM

Edited by cmf_BeachBoys at 28-6-2018 09:54 PM

Walau bagaimanapun, kemungkinan ada sebahagian daripada golongan Arianisme ini mungkin telah bertukar kepada agama Nasrani atau Kristian beberapa puluh tahun selepas Maharaja Rom, Constantine I memeluk agama Nasrani akibat daripada pengaruh ajaran Kristian Katholik yang mula menjadi agama rasmi Empayar Rom yang mana pada tahun 380 Masihi, Edict of Thessanolica telah mengisytiharkan bahawa Kristian Nicene sebagai agama rasmi Empayar Rom dengan nama " Kristian Khatolik".


Kewujudan golongan Arianisme yang mula bertukar kepada agama Nasrani atau Kristian ini boleh dibuktikan dengan kewujudan Gereja Kristian Koptik di Mesir yang menolak Doktrin Trinity dan tidak mengakui Nabi Isa AS itu adalah anak tuhan tidak sebagaimana yang diyakini oleh Kristian Katholik TETAPI mereka mengatakan Nabi Isa AS itu masih mempunyai sifat-sifat tuhan. Satu pandangan yang tetap salah.

Surah Ali-Imran Ayat 64

http://www.surah.my/assets/s003/a064-f2c0f63337ad8b95ba0f48e9ec8d5c72.pngKatakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Golongan Arianisme yang masih berpegang teguh dengan ajaran Nabi Isa AS dan tidak terpengaruh dengan kesesatan agama Nasrani atau Kristian Katholik atau Kristian Koptik ini dipercayai telah membawa diri ke Semenanjung Arab demi menyelamatkan akidah mereka.


cmf_BeachBoys Publish time 28-6-2018 05:12 PM

Surah An-Nisa' Ayat 171

http://www.surah.my/assets/s004/a171-aa43808e1889b480c098971be13e9c38.png
Wahai Ahli kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Surah An-Nisa' Ayat 171 ini berkemungkinan merujuk kepada golongan Arianisme yang bertukar kepada agama Kristian Ortodoks yang merupakan agama rasmi kepada Empayar Byzantine (Rom Timur) yang berpusat di Constantinople. Kristian Ortodoks pada asalnya adalah sebahagian daripada Kristian Khatolik tetapi pada tahun 1054 Masihi Kristian Khatolik telah berpecah kepada 2 iaitu Kristian Roman Khatolik yang berpusat di Rome diketuai oleh Pope dan Kristian Orthodoks Khatolik yang berpusat di Konstantinople.
Pada peringkat awal golongan Arianisme mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Easthern Church atau Gereja Ortodoks Khatolik kerana Mesir yang menjadi pusat bagi golongan Arianisme ini berada dibawah kekuasaan Empayar Byzantine (Rom Timur). Namun lama-kelamaan sebahagian daripada mereka mungkin mula terpengaruh dengan Doktrin Trinity.
Antara alasan kenapa Surah An-Nisa' Ayat 171 ini mungkin merujuk kepada Kristian Ortodoks Khatolik;

[*] Ayat itu jelas menceritakan tentang adanya Ahlil Kitab yang mula menerima Doktrin Trinity.
[*] Hanya Kristian Khatolik yang menerima Doktrin Trinity manakala Arianisme dan Kristian Koptik menolak doktrin tersebut.
[*] Disebabkan pada zaman Nabi SAW hanya Empayar Byzantine (Rom Timur) yang masih wujud manakala Rom Barat telah pun tumbang ke tangan bangsa Jerman.


cmf_BeachBoys Publish time 30-6-2018 03:40 AM

Pemahaman kita mengenai ahlil kitab yang selama ini ahlil kitab itu merujuk kepada orang-orang yahudi dan kristian secara keseluruhannya adalah tidak tepat.

Pages: [1]
View full version: Beza diantara Ahlil Kitab dan Nasrani ( Kristian)


ADVERTISEMENT