Cari-Nora Publish time 27-6-2018 11:02 AM

Resipi Terbang dari Mexico, Enchiladas Jalapeno Ayam Berkeju

Sesedap rupanya, makanan berasal dari Mexico ini sungguh enak dan boleh dimakan bersama salad.


Enchiladas Jalapeno Ayam Berkeju. Jom cuba hari ini!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/190927mm3z8mc393yclni8.jpg
Foto: Twisted.com


Masa penyediaan: 40 minit


Untuk: 5-6 orang


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/190928w63opx5clic86n3o.jpg
Foto: Twisted.com

Bahan-bahan:
4 ayam bahagian dada, dimasak dan dicarik
225g keju krim
6 jalapeño, dibuang biji, didadu dan dibahagikan
3 cawan partutan keju campur, dibahagikan.
6 kepingan daging, dimasak dan dipotong
2 sudu kecil lada hitam, dibahagikan
1 sudu kecil serbuk bawang putih, dibahagikan
1/2 cawan mayonis
1/2 cawan sos ranch
Parutan keju untuk hiasan Grated cheese for garnish
Hirisan Jalapeños sebagai hiasan


https://www.facebook.com/JungleTwisted/videos/1893980223974498/



Cara-cara:
1. Campurkan ayam, krim keju, 1/2 jalapeño, 2 cawan keju dan serbuk bawang putih.
2. Letakkan 10 kepingan tortilla da nisi dengan campuran ayam. Gulung dan letakkan dalam bekas ketuhar yang telah disapu mentega/minyak .
3. Bakar pada suhu 180oC selama 10 minit sehingga keperangan dan rangup.
4. Sementara itu campurkan mayonis, sos ranch,lebihan keju, jalapeno, lada hitam dan serbuk bawang putih. Keluarkan tortilla daripada ketuhar dan tuangkan sos di atasnya dan ratakan.
5. Taburkan lebihan keju dan hirisan jalapeño.
6. Bakar selama 10-15 minit sehingga keperangan.


Nikmati kelazatannya! -CARI

misscendol Publish time 27-6-2018 01:56 PM

sedap nye tengok. terliur

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:35 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

sparkly Publish time 16-6-2021 04:01 PM

Tq for the recipe
Pages: [1]
View full version: Resipi Terbang dari Mexico, Enchiladas Jalapeno Ayam Berkeju


ADVERTISEMENT