Cari-Nora Publish time 26-6-2018 11:48 AM

Festival Muzik Rainforest Dan 4 Sebab Lain Kenapa Anda Perlu Lawat Kuching Julai

Kemas barang anda, Kuching menanti!


Anda belum pernah melawat Borneo? Tunggu apa lagi, inilah masanya anda menjejakkan kaki terutamanya di Kuching, Sarawak kerana ada banyak yang menanti anda terutamanya pada Julai!


Jom tinjau apa yang anda boleh lakukan di Kuching, sekarang!




1. Melawat penyu di Taman Negara Talang-Satang


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/013256mj00rgp70c00s05z.jpg
Foto:Says.com


Julai adalahmusim puncak penyu bersarang, jadi inilah masanya untuk melawat di pulau-pulau yang terletak di Taman Negara Talang-Satang.


Cara ke sana: Ambil bot ke Pulau Satang Besar dari Pantai Damai. Anda dinasihatkan untuk menempah bot melalui agensi pelancongan yang berpangkalan di Kuching


Bayaran masuk: RM10


2. Mengunjungi kafe di Jalan Song

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/013257jtg5upf552nlun2l.jpg
Foto: Says.com


Terdapat banyak kafe-kafe menarik di sekitar Kuching terutamanya di Jalan Song. Jangan lepaskan peluang menghirup secawan kopi di Cupella dan Destino de Espresso.


Cara ke sana: Jalan Song terletak di Kampung Tabuan Lalang, kira-kira6.5km dari pusat bandar.


3. Menghadiri Festival Muzik Rainforest World Music Festival (RWMF)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/013257lm1rmbzvkjlnljom.jpg
Foto:Says.com


RWMF diadakan setiap tahun di Kampung Budaya Sarawak. Ramai pemuzik/artis datang dari seluruh dunia dan mempersembahkan muzik asli mereka, RWMF begitu popular sehingga dianggarkan menarik 20,000 penonton setiap tahun.


Kampung Budaya Sarawak terletak berhampiran Damai Beach Resort. Jika anda ingin bermalam di pusat bandar Kuching, dapatkan teksi untuk ke sana.


Harga tiket: Pas harian bermula dari RM123.80


4. Makan-makan di Festival Kuching

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/013256fycsdo4p7ocz0c4j.jpg
Foto:Says.com


Festival Kuching adalah tempat terbaik untuk anda mencuba segala-galanya yang ditawarkan oleh Sarawak. Festival sepanjang bulan ini akan menampilkan pameran, persembahan tempatan, dan beratus-ratus gerai menjual makanan tempatan terbaik. Ia akan berlangsung dari 27 Julai hingga 19 Ogos 2018!


Cara Ke sana: Perayaan ini diadakan di bangunan Majlis Bandaraya Kuching Sarawak


Bayaran masuk: Percuma


5. Melawatorang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/26/013256iftxx4x4uz4l8z41.jpg
Foto:Says.com


Hutan Simpan Semenggoh adalah rumah kepada orang utan liar di Sarawak. Masa terbaik untuk melihat orang utan di sini ini ialah pada waktu makan pagi dan petang (antara 3-4 petang).


Cara ke sana: Oleh kerana Pusat Hidupan Liar Semenggoh agak sukar dicari, cara terbaik untuk sampai ke sana adalah melalui Bas 6 atau teksi. Pusat ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.


Bayaran masuk: RM5


Ayuh! -CARI

misscendol Publish time 27-6-2018 02:01 PM

to be honest, kuching x byk tempat boleh explore. mcm boring sikit, kalau KK better
Pages: [1]
View full version: Festival Muzik Rainforest Dan 4 Sebab Lain Kenapa Anda Perlu Lawat Kuching Julai


ADVERTISEMENT