Cari-Nora Publish time 25-6-2018 11:35 AM

Muaknya Dengan Lauk Biasa! Inilah Masa Untuk Cuba Ayam Sos Cendawan Pekat

Dah puas makan rendang dan segala jenis lauk pau raya? Inilah masanya nak cuba masakan Barat ini pula!


Kepingan Ayam dengan Sos Cendawan ini juga boleh dimasak untuk dihidangkan pada tetamu yang bertandang.


Hanya 45 minit diperlukan dan ia cukup untuk 4 orang makan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/161405q5xtvxaa5r9axfn7.jpg
Foto: Homestead Recipes


Bahan-bahan:


• 4 kepingan ayam (bahagian dada)
• 1 paun cendawan crimini, dipotong
• 1 cawan bawang Holland, dihiris nipis
• 3/4 cawan stok ayam
• 3/4 cawan stok daging
• ¼ cawan tepung serbaguna
• 1 sudu teh serbuk bawang putih
• 1/2 sudu teh thyme kering (pilihan)
•Thyme segar untuk hiasan
• 1 sudu besar minyak zaitun extra-virgin, dibahagikan
• Garam kosher dan lada hitamsecukup rasa


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/161406tondiednnimno9zo.jpg
Foto: Homestead Recipes


Cara-Cara:


1. Perasakan kepingan ayam dengan serbuk bawang putih, garam dan lada hitam


2. Panaskan½ sudu besar minyak zaitun dalam kuali besar di atas api sederhana . Masukkan kepingan ayam dan masak sehingga berwarna keperangan. Ketepikan


3. Letakkan separuh lagi minyak zaitun ke dalam kuali. Tambahkan cendawan, bawang dan goreng selama 6-7 minit atau sehingga lembut dan berwarna coklat. Perisakan         dengan garam, lada hitam dan thme kering.


4. Bubuh tepung ke atas bawang dan cendawan dan kacau sehingga semuanya sebati. Masak selama 2-3 minit atau sehingga tepung telah menyerap dan masak sepenuhnya.


5. Masukkan stok ayam dan daging dan kacau.


6. Didihkan kemudian perlahankan api dan biar ia selama 15 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.


7. Letakkan semula kepingan ayam kedalam kuali dan masak selama 10-15 minit atau sehingga ia lembut.


8. Hiaskan dengan thyme segar jika anda mahu.


Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang! -CARI


Kredit Resipi: Homestead Recipes

misscendol Publish time 25-6-2018 12:10 PM

sedapnyaaaaaaaaaaaa

shernazz Publish time 25-6-2018 12:16 PM

Dpt kt org yang suka mentekedarah
Sekuali tu dpt brapa.org je;P

zameyla Publish time 25-6-2018 03:28 PM

shernazz replied at 25-6-2018 12:16 PM
Dpt kt org yang suka mentekedarah
Sekuali tu dpt brapa.org je

hahaha...
klu buat kat umah aku, tak sempat nak rasa ayam. dapat makan cendawan je la...;P

MsKoreanfanatic Publish time 15-8-2018 10:54 AM

yummy nyer...

twinkleboo Publish time 9-4-2019 04:01 PM

sEDAP NYAAAA

sapasapa Publish time 14-5-2021 04:35 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Muaknya Dengan Lauk Biasa! Inilah Masa Untuk Cuba Ayam Sos Cendawan Pekat


ADVERTISEMENT