Cari-Nora Publish time 21-6-2018 10:07 AM

Nasi Kalio Burung Puyuh, Hidangan Meriah Untuk Seisi Keluarga

Anda penggemar burung puyuh? Walaupun tak banyak isi, namun burung puyuh cukup digemari kerana dagingnya yang cukup enak.


Kali ini kami kongsikan resipi Nasi Kalio Burung Puyuh untuk anda cuba!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/150435wcpt12ta5pdxppww.jpg
Foto: Facebook Rasa


Bahan-Bahan:
500gm beras Basmathi
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
2 sudu makan Rempah kurma
½ cawan susu cair
1 sudu serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh cengkih
2 helai daun Pandan
Air rebusan burung Puyuh secukupnya.
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/150436v6qgq4hquqjszihu.jpg
Foto: Facebook Rasa


Bahan-Bahan Burung Puyuh Goreng Kalio:
5 ekor burung Puyuh | telah direbus
2 sudu makan rempah Kurma
1 sudu teh rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan perasa jika suka secukupnya
Minyak menggoreng
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/150603nrqmep0prjxm88rz.jpg
Foto: Facebook Rasa


Cara Memasak:
1. Panaskan minyak Sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah kurma serta Jintan Manis bunga Lawang dan Kayu Manis hingga wangi.
2. Masukkan burung puyuh, masak hingga masak. Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3. Tuangkan dalamperiuk berisi beras Basmathi bersama air rebusan burung puyuh.
4. Kacau rata dan masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Lumurkan burung puyuh dengan semuabahan perapan.
6. Kemudian panaskan minyak dan goreng hingga garing.
7. Siap dihidangkan bersama nasi Kalio


Macam mana? Sedap tak? -CARI

dubuk Publish time 21-6-2018 04:15 PM

nasi kalau ada kismis kacang badam sedap

sakinahxpdc Publish time 23-6-2018 05:00 AM

macam sedap je...leh try ni

munchkin Publish time 24-6-2018 03:25 AM

Kalio ni bukan berkuah ke?

icha80 Publish time 24-6-2018 11:18 AM

Kureng skt klu xde kuah..rasa kering je

misscendol Publish time 25-6-2018 11:18 AM

Sedapnya tengok benda ni.............

twinkleboo Publish time 9-4-2019 04:00 PM

kALIO Selalu berkuah kan?
Pages: [1]
View full version: Nasi Kalio Burung Puyuh, Hidangan Meriah Untuk Seisi Keluarga


ADVERTISEMENT