rohayatimat Publish time 19-6-2018 01:09 PM

7 TIPS MEMASAK BILA MELANCONG KE LUAR NEGARA…

Edited by rohayatimat at 5-7-2018 02:28 PM

Melancong bersama keluarga di luar negara merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan sekembalinya daripada bercuti nanti. Oleh itu perancangan yang rapi perlu dibuat sebelum berangkat terutamanya bagaimana untuk menyediakan makanan kepada semua ahli keluarga.

Sekiranya anda memilih destinasi negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam, persolan utama perlu difikirkan ialah makanan halal. Bukan senang untuk mendapatkan makanan halal di negara-negara sebegini, kalau ada pun harganya agak mahal berbanding dengan mata wang kita.

Tambahan pula untuk mencari tempatnya mungkin mengambil masa dan lokasinya pula mungkin agak jauh daripada tempat penginapan. Bagi anda yang tidak bercadang untuk menyediakan makanan sendiri, sebaiknya tempat penginapan yang dipilih berhampiran dengan masjid. Kawasan sekitarnya pasti ada menjual makanan halal terutamanya makanan Pakistan.



Manakala sekiranya anda memilih untuk menyediakan makanan sendiri, mungkin beberapa tip di bawah boleh dijadikan panduan:


[*]Sediakan satu (1) beg untuk mengisi makanan yang akan dibawa, sebaiknya jangan campurkan makanan tersebut dalam beg pakaian. Senaraikan barangan yang dibawa dalam sekeping kertas untuk memudahkan pihak keselamatan memeriksa barangan yang dibawa apabila meminta kita ikrarkan apa yang dibawa.
[*]Pastikan makanan yang dibawa ada maklumat ramuan/ingredients. Sesetengah negara amat peka akan perkara ini, kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan beberapa produk luar dibawa masuk seperti contoh Australia dan New Zealand yang tidak membenarkan membawa masuk sebarang produk kekacang, tenusu, madu, pisang dan buah-buahan lain, bunga cengkih dan lain-lain lagi.
[*]Pastikan anda menempah penginapan yang berkonsepkan hotel apartmen, kebanyakannya penginapan sebegini menyediakan satu ruang khas untuk memasak dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti peti sejuk besar (dalam bilik), dewan makan dengan kemudahan dapur untuk memasak, periuk, kuali, dan lain-lain lagi.




[*]Setibanya tempat menginap, dapatkan maklumat mini market atau pasar raya yang menjual makanan mentah halal, juga bagaimana hendak ke sana.
[*]Dapatkan maklumat kedai serbaneka yang menjual barangan asia, kebanyakan kedai ini memaparkan papan tanda ‘Asian Store’ yang menjual pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia seperti beras, ikan bilis, rempah kari, santan segera, kicap dan lain-lain lagi produk keluaran negara kita.




[*]Bawa makanan segera seperti mee segera dan lain-lain yang mengcukupi sepanjang tempoh bercuti.
[*]Bawa bersama pes segera seperti sambal tumis/ibu sambal untuk memudahkan kerja-kerja memasak. Pastikan produk tersebut tertera ramuan/ingredients pada labelnya bagi memudahkan pihak berkuasa mendapat maklumat



Semoga perkongsian ini dapat membantu anda bila bercuti nanti, jadikan percutian ke luar negara bersama keluarga tersayang satu nostalgia yang cukup indah. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir kita ke sana, manfaatkan peluang yang ada semaksima mungkin. Selamat bercuti…

Tunggu artikel seterusnya pengalaman menyediakan makanan ketika bercuti selama 12 hari di New Zealand, baru-baru ini...


Minami2013 Publish time 19-6-2018 05:19 PM

Biase I travel sbb nk rase foods negara tu so tak bawak byk bekalan foods pun.. biase bawak mi segera je... kalo negara susah cari makanan halal awal2 lg dah survey options restoren halal.. kalau tak dpt jugak adalah lah bawak sardine, makanan dlm tin & beli roti/nasi kat sana.

sherry70 Publish time 19-6-2018 07:09 PM

saya pun kalau p holidaytak bawa bekal bahan basahmcm sambal ke apa. mkn apa yg ada d sana. lagipun sekarangmkn halal senang nak dptbukan mcm 15-20 tahun dulu

rohayatimat Publish time 19-6-2018 11:25 PM

sherry70 replied at 19-6-2018 07:09 PM
saya pun kalau p holidaytak bawa bekal bahan basahmcm sambal ke apa. mkn apa yg ada d sana. lagi ...

Betul tu...kebanyakan bandar2 besar senang nak dpt makanan halal...tapi kalu travel ke kws pendalaman terutama di NZ...memang nak mencari kedai halal susah...buang byk masa utk cari...lebih baik masak2 siap bawa bekal...

DARSITA Publish time 20-6-2018 08:59 AM

Aii memana pergi (travel luar or dlm negeri) mesti aii bawa bekal sambal tumis ikan bilis. WAJIB!;P

midori888 Publish time 20-6-2018 09:11 AM

Minami2013 replied at 19-6-2018 05:19 PM
Biase I travel sbb nk rase foods negara tu so tak bawak byk bekalan foods pun.. biase bawak mi seger ...


sama lah kita...sampai sana survey resto halal...kalu tak jumpa, makan jer lah pastry ker....roti ker....

midori888 Publish time 20-6-2018 09:12 AM


good sharing....kalu travel ramai2 mmg berbaloi masak2 nie....

sherry70 Publish time 20-6-2018 09:56 AM

Edited by sherry70 at 20-6-2018 10:40 AM

rohayatimat replied at 19-6-2018 11:25 PM
Betul tu...kebanyakan bandar2 besar senang nak dpt makanan halal...tapi kalu travel ke kws pendala ...

ada betol kalau bawa bekal senang & mudah utk kita., tapi to la kalauda d luar negara kita kena selesa kan diri dgn apa yg ada, be like localgitu . now da umur2 nak travel in comfort n enjoy . now looking forward to Peru Macchu P

uda Publish time 20-6-2018 11:31 AM

Memberatkan beg aje untuk abwa segala rempah ratus dan makanan tu.

MizzNaza Publish time 20-6-2018 12:39 PM

I kagum dgn sesetengah makcik yg pegi travel sanggup usung rice cooker batu lesung segala ;P

umbut Publish time 20-6-2018 02:39 PM

Pernah dulu gi aussie... habis serunding, rendang aku kena rampas.. dah ler tekak kampung:huffy

rohayatimat Publish time 20-6-2018 03:14 PM

MizzNaza replied at 20-6-2018 12:39 PM
I kagum dgn sesetengah makcik yg pegi travel sanggup usung rice cooker batu lesung segala

hahaha...rice cooker...batu lesong pun bawak....bawal sambal tumis/ibu sambal dah cukup...rice cooker beli sana @ guna kemudahan tempat memasak yg disediakan...akak buat mcm tu....

rohayatimat Publish time 20-6-2018 03:16 PM

umbut replied at 20-6-2018 02:39 PM
Pernah dulu gi aussie... habis serunding, rendang aku kena rampas.. dah ler tekak kampung

Tu laaa serunding mana ada ingredient pada label...kalau kat australia & new zealand...langsung tak dibenarkan masuk apa2 makanan berdaging...

rohayatimat Publish time 20-6-2018 03:18 PM

umbut replied at 20-6-2018 02:39 PM
Pernah dulu gi aussie... habis serunding, rendang aku kena rampas.. dah ler tekak kampung

tak kena denda ke...

rohayatimat Publish time 20-6-2018 05:11 PM

midori888 replied at 20-6-2018 09:12 AM
good sharing....kalu travel ramai2 mmg berbaloi masak2 nie....

Terima kasih...bulan 10 tahun lepas saya ke NZ bersama suami...bawa ibu sambal 6 botol...kebetulan MAS bagi bagasi 60 kg tak termasuk hand carry...boleh laaaa bawa lebih sikit...Sana akak beli bahan mentah & masak untuk beberapa pelajar Malaysia...Ni yang akak tulis dalam blog akak...
https://www.ibusambal.com/blog/rm21-sebiji-roti-canai-di-new-zealand/

Peterpan17 Publish time 20-6-2018 08:44 PM

Minami2013 replied at 19-6-2018 05:19 PM
Biase I travel sbb nk rase foods negara tu so tak bawak byk bekalan foods pun.. biase bawak mi seger ...

Sama, kita org jenis travel light. Tak kuasa nak angkut sebeg penuh makanan. paling korok bawa maggie cup sikit, canned food sikit. Selebihnya aku beli je kat sana. Klu takde makanan halal, kita org beli roti dan telur.Makan tu saja. Dah kenyang. Klu masak memasak jd agenda waktu travel, baik aku dok ka Msia je. Most of the time kami spend masa di luar jalan2. Balik nak masak memasak mcm mcm, dah tak larat. Klu masak pun ala kadar saja janji kenyang.

misc Publish time 20-6-2018 10:18 PM

MizzNaza replied at 20-6-2018 12:39 PM
I kagum dgn sesetengah makcik yg pegi travel sanggup usung rice cooker batu lesung segala

Aku pernah gi europe bawak rice cooker yg plg kecik tu brand khind. konon tekak melayu boleh mati kalau sebulan tak dpt nasik. Siap bawak beras, sambal bilis cili api dr malaysia. First day excited masak. Sekali lupa bawak pinggan daaaaa.. terpaksa makan atas tudung rice cooker;P

Tu je sekali aku masak kat hotel. Taubat tak bawak rice cooker lg bila travel :lol:

rohayatimat Publish time 20-6-2018 10:19 PM

Peterpan17 replied at 20-6-2018 08:44 PM
Sama, kita org jenis travel light. Tak kuasa nak angkut sebeg penuh makanan. paling korok bawa mag ...

Betul tu...kalau pergi sekejap memang tak berbaloi kalau memasak...kalau pergi lama lepas tu pula memandu sendiri untuk jarak jauh... kena cari alternatif...

Peterpan17 Publish time 20-6-2018 10:23 PM

rohayatimat replied at 20-6-2018 10:19 PM
Betul tu...kalau pergi sekejap memang tak berbaloi kalau memasak...kalau pergi lama lepas tu pula...

saya travel sebulan ke 40 hari. klu sekejap rasa rugi. penat naik katebang tak abis dah kena balik

rohayatimat Publish time 20-6-2018 10:26 PM

misc replied at 20-6-2018 10:18 PM
Aku pernah gi europe bawak rice cooker yg plg kecik tu brand khind. konon tekak melayu boleh mati...

Akak kat NZ sewa hotel apartmen...dlm bilik dah ada peti sejuk sederhana besar...basement dia buat dewan makan dengan 4 set dapur siap dengan peralatan memasak...apa lagi kami masak banyak2...simpan dlm bekas plastik bawa bila travel...tak payah susah2 nak cari makanan dlm perjalanan...
Pages: [1] 2 3
View full version: 7 TIPS MEMASAK BILA MELANCONG KE LUAR NEGARA…


ADVERTISEMENT