Semudah ABC, Yang Malas Pun Jadi Rajin Nak Buat Telur Kukus Ini
Kalau anda jenis yang tak sah kalau tak makan nasi tanpa telur, anda wajib cuba resipi telur kukus ini. Mudah disediakan dan rasanya juga sedap!https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/19/111040eh1zr3gw3ohwggwu.jpgFoto: Facebook Rasa
Bahan-bahan:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair
Sedikit daun ketumbar |racik
3-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
Sedikit daging ayam | potong kecil
Sedikit cili benggala merah |potong dadu
Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
Garam secukup rasa
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/18/135436mgi66mkgm26l4mj6.jpg
Foto:Facebook Rasa
Cara-Cara:
1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
4. Potong dan sedia dihidangkan.
Sangat sesuai disediakan untuk makan tengah hari ataupun malam. Jom cuba! -CARI Selalu tgk rancangan masakan korea ada menu telur kukus ni.
Bagus jugak dr dok goreng telur dadar je.
Healthier option{:1_132:} Ringkas, senang dan sedap! kurangkan guna minyak, bagus resepi ni Wahhh menarik nak cubalah Sesuai utk menu diet Boleh buat utk shuben wahhh nmpk menarik... blh cuba ni hahahaha apsal guna udang hidup? bukan istilah dia udang segar sepatutnya?;P sedap bebenor nmpk Ni nama nya fritata kan
Bagus ni untuk yg cuba nak eat clean {:1_132:} pnh try. sedap masa panas2. bila sejuk mcm pandang sekali lalu je ;P Wah..nti iols nk cuba la telur dadar kukus ni.. Nak cuba...makan dgn sos + mayonis sedap ni
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages:
[1]