eileen80 Publish time 13-6-2018 11:29 AM

Puteriku


wahai puteriku,
lahirnya kamu ke dunia ini.
adalah hasil dari perasaan cinta yang suci.
kamu disambut dengan penuh kesyukuran...
menjadi kesayangan semua tanpa ada belah bahagi.


maafkan ibu,
kasih sayang untukmu tidak sempurna seperti orang lain.
bukan ibu ingin berlaku kejam terhadapmu.
membuang dia dari perjalanan hidupmu.
ibu hanya ingin pertahankan dirimu dan masa depanmu.
ibu tak mahu kamu menanggung akibat dari perbuatan orang lain.


demi kamu,
ibu lakukan segalanya.
menggalas tanggungjawab sebagai ibu & juga ayah kepadamu.
ibu tau ia takkan jadi sempurna seperti yang diharapkan.
tapi percaya lah, semua yang ada di sekelilingmu.
akan mencurahkan kasih tanpa sempadan kepada kamu.


puteriku sayang,
apa yang ibu aturkan untukmu.
adalah yang terbaik yang mampu ibu lakukan.
ibu tiada harta yang menggunung untuk ibu wariskan kepadamu.
yang ada hanyalah ilmu dan nilai murni yang mampu untuk ibu terapkan.
agar ia menjadi bekalan dan pegangan hidup di saat ibu tiada lagi di sisimu.


wahai puteri dunia akhiratku,
ibu mungkin tidak sempurna seperti ibu2 yang lain.
tapi apa yang ibu ada.. ibu miliki...
jadikan ianya sebagai motivasi dan perangsang untuk kamu berjaya.
ibu telah buktikan, tekad dan usaha adalah pegangan untuk kita mencapai kejayaan.
usah peduli kata-kata orang.
ianya hanya tentang diri kita dan apa yang kita inginkan di dalam hidup.


seperti maksud namamu 'perhiasan yang hidup bahagia',
jadilah perhiasan yang membanggakan ibumu ini.
perhiasan yang elok, molek dan terjaga.
akan ibu jaga kamu dengan sebaiknya agar kebahagiaanmu tidak tercalar.


ya Allah.
Kau lindunglah dia.
Kau jagalah dia.













Pages: [1]
View full version: Puteriku


ADVERTISEMENT