annass Publish time 12-6-2018 01:51 PM

Real Review HANNAN MEDISPA SHAH ALAM SUCKSSSS

aku nak cerita pengalaman aku, baru je balik dari Hannan Medispa Shah Alam.
.
Memang aku kecewa, marah, bengang.
Aku buat appointment untuk pakej Terapi Pipi Merah + Eyelash Perming. Appointment Ja:dizzy:m 10 am.
Aku sampai sharp jam 10 am. Pekerja dia datang lagi lambat dari aku. dah aku kene tunggu pulak staff dia prepare bagai. Jam 10.30 baru naik tingkat 2. Korang tau tak kenapa aku nak pergi ke ke Hannan ni pada awal nya?
.
sebab aku nak service scan muka tu. Mesin tu scan muka n bagi tau kondisi kulit kita. Lepas tu Staff dia, nak terus buat facial kat muka aku, aku tanya lah bila nak scan muka tu? Staff tu kata oh, bila bila boleh b4 atau after facial. so kalau after macamana aku nak tau kondisi kulit aku b4 facial tu.

So aku pun pilih lah b4 facial.
Dah aku kene turun kat bawah pula. Dah turun tu, Doktor nak scan muka tu tak datang lagi. Sangkut jem kata staff front desk tu.

Gila unexcepted! Aku tak boleh terima. buka kedai jam 10. Korang datang jam 11. fu*k gila!

Kul 11 aku scan muka, Doktor tu dah lah jawab macam nak tak nak. hilang terus mood aku. Aku tanya, boleh ke nak print result scan tu? tak boleh katanya. ok lah aku terima lah. sebab aku ingat free scan ni termasuk dalam pakej tu.

Dalam Whatapp masa aku nak set appointment tu, aku dah tanya ya, service scan tu termasuk sekali tak dlam pakej, yg reply tu kata, termasuk. sebab tu aku amik pakej tu tau tak. kalau tak, baik aku pergi spa lain. banyak lagi yang murah dan berbaloi.

Ok sambung lagi. Dah selesai scan tu aku kene tunggu lagi 30 minit.

11.30 am baru depa panggil masuk untuk buat facial + eyelash perming.

Facial tu tak sampai 10 minit. Dia lap2 muka aku dgn span, urut dengan gel ape ntah, lepas tu sedut white head dengan mesin . 3 Step je weh. Haram jadah!

ingat aku tak pernah buat facial spa lain ke? normal facial 6-9 step .
cleanser
scrub
massage
masker
extracting
Toning
.
Aku tanya lah, lah dah abis ke? panas hati akutunggu 1 jam.

eyelash perming tu, habis jam 1.00 pm. 1 jam 30 minit. lantak kau lah korang mmg pemalas. saja ko biar client tunggu lama2.

Time bayar ni aku paling Panas.
Kebetulan Doktor yang scan aku tu yang jaga kaunter.

RM110 --> ok lah ni memang harga pakej.

tiba2 aku kene tambah RM50. sebab scan tu. Whatt?!!!!!!
Fuc******k la
aku selambe sound doktor tu, kenapa tak mention awal2?
dalam whatapp kenapa cakap termasuk pakej.
dah lah result scan kulit tak boleh print.
nasib baik aku bawak duit extra.
.
aku bayar lah rm110+50
.
paling best Doktor tu selambe jawab, oh mungkin org yg reply ni ingat mesin lain kut. siot betul la doktor. aku tak kisah kene bayar. tapi mention lah awal2, dah lah aku kene tunggu 1 jam 30 minit baru start sesi aku.

kau rasa?

yang paling best, No word SORRY at all.from behalf HANNAN MEDISPA SHAH ALAM. itu aku paling marah. memang aku banned tempat ni.
.
aku tengah panas, kalau orang minta maaf aku sejuk balik. Ni langsung tak jaga hati client.
.
Service ciput, pemalas, harga acah2 spa kat hotel.
eyelash perming dah lah buat senget2.
Nasib baik, aku dah tunda appointment aku jam 2 pm ke lepas raya. kalau tak memang aku maki.
Panas hati aku. serius.
.
Hish aku ni, puasa ke tak puasa. Panas pulak.
sekian luahan hati.



munchkin Publish time 12-6-2018 02:12 PM

Jap dalam mesej tu tak de sebut pun scan tu free.

Anyway harga you bayar sangat murah. I buat kat idealyst damansara tu rm500. Hydrafacial ada scan. Tapi kena bayar. Tapi lepas buat memang nampak perubahan. I pernah buat yellow light laser kat m clinic pun nampak juga perubahan. Yg ni just pancar golek laser je. Takde scan scan pun. Pun dalam rm300-rm400.

GigaMom Publish time 12-6-2018 02:56 PM

munchkin replied at 12-6-2018 02:12 PM
Jap dalam mesej tu tak de sebut pun scan tu free.

Anyway harga you bayar sangat murah. I buat ka ...

Kena tunggu sc kata pakej termasuk scan nii

megan_pox Publish time 12-6-2018 03:04 PM

Penah buat facial kat MbH..

Buat kat MbH spa kajang nampak perubahan..merelit muka aku..

Buat kat mbh spa melaka xde pulak perubahan..harga sama..300++

Pelik aku..kita ni xkisah harga asal ada perubahan..kalau takde perubahan baik aku pegi spa biasa je

munchkin Publish time 12-6-2018 03:50 PM

GigaMom replied at 12-6-2018 02:56 PM
Kena tunggu sc kata pakej termasuk scan nii

Tulah..mesej kata ada scan. Takde kata harga termasuk etc.

minahmanja Publish time 12-6-2018 04:06 PM

iols penah pegi idealyst kat jb ni, memula sampai mse nk pilih pakej facial tu, dia mmg akn scan dlu kulit kita.. then lepas scan tu dia ckp kulit iols kering then dia suh amik pakej paling mahal rm999 .. gila la.. iols ckp tkpe la i pk dlu, i amik pamphlet je dlu sbb ade few pakej lain yg iols berkenan.. i tnye la ni first time i dtg sini, u all tkde ke pakej pengenalan , dia ckp tkde.. sini kalau first time dtg biasa nya diorg akn rekemen amik pakej yg 999 tu or 500.. cehhh...

aryyan Publish time 12-6-2018 04:25 PM

jom la try klinik hana.

inangsari Publish time 12-6-2018 04:33 PM

Ada sesiapa pernah pi alainnclinic tak ? Nk cuba pi situ kalau sesiapa blh share tq

chazey Publish time 12-6-2018 05:12 PM

Bisnes bumiputera hansuang gini usah sapot laij kali. Biar jahanam jah.

inangsari Publish time 12-6-2018 05:25 PM

aryyan replied at 12-6-2018 04:25 PM
jom la try klinik hana.

Klinik hana kat mana ? Ok tak ?

joy_ah Publish time 12-6-2018 08:05 PM

Mmg doktor ke hanan tu?

amyza Publish time 12-6-2018 08:14 PM

Member ada buat dekat hannan ampang,abis 4k++. dia ckp ada perubahan tapi i yang tengok nampak sama jer. Skrg dia pakai tabita. Dulu masa treatment dia citer tak boleh pakai produk timbang kilo, chemical bla bla. Tup tup patah balik ke tabita.

sofiazara Publish time 12-6-2018 08:16 PM

klinik hana bangi? kakak aku siap dpt 1st degree burn kat muka! lepas buat chemical peel. hazabbb. itu pun pegi klinik lain baru dpt mc 3 minggu

KulitKayuManis Publish time 12-6-2018 08:20 PM

Hanan ni bersepah cawangan sampai ceruk2 sepang pun ada...tapi selalu dengar negative review...kalau org promote spa ni bukan main cakap yg hebat2 saja

robinmosby Publish time 12-6-2018 08:20 PM

Pernah pergi sini buat RF treatment. Tapi tak ada perubahan. Terus tak pergi dah

milanhawkin Publish time 12-6-2018 09:18 PM

baru je nak try... x jadi la pegi...

missinpiece Publish time 12-6-2018 09:48 PM

Huhu x jadi la pegi dah dengar review hangsuang. Kelambatan melampau2 ni iols penah alami masa sign aggreement umah. Menyakitkan hati!
Spa yg i g treatment dia murah2 je. Tapi muka merelit2 pastu. Tapi skarang da pindah belum jumpa facial treatment yg sesuai. Paling iols risau kalau kulit muka mengelupas teruk or muka dikorek ganas2 dek nak keluarkan white black head. Scary :funk:
Pedih x usah cte la

missbelladania Publish time 12-6-2018 10:01 PM

ada kawan pernah gi facial kt sini berkali2 gak treatment dia kata bagus

tp i tengok biasa je xdelah wow sgt hasilnya

suiskipas Publish time 12-6-2018 10:33 PM

Muka anak buah aku jadi mcm terbakar lpas pergi treatment kat hannan. Bkn kulit luar...tp belah dalam...mmg ngeri kalau tgk muka die. Die down gile mase tu...bile pergi kat hannan, die kate tak pernah lg customer jd gitu n janji akan bg free treatment.

Lpas tu die pergi utk treatment...tp bkn free sebenarnye. Treatmwnt mmg free, tp produk kene bayar. Frust betul die. Sbb dh baya 1k. Lpas tu kene tambaham lg. Lpas tu die x g dah. Die smbg kat dermayologist. Better la koranh avoid je hannan ni.

setori_mori Publish time 12-6-2018 11:29 PM

munchkin replied at 12-6-2018 03:50 PM
Tulah..mesej kata ada scan. Takde kata harga termasuk etc.

Kalau aku baca aku paham dia tanya scan dalam pakej = harga include dah dalam pakej = rm150 ha gitu
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Real Review HANNAN MEDISPA SHAH ALAM SUCKSSSS


ADVERTISEMENT