Addministrator Publish time 1-6-2018 03:58 PM

MY-Visit | Kuching, Sarawak.

https://www.thenational.ae/image/policy:1.173824:1499300657/image/jpeg.jpg?f=16x9&w=1200&$p$f$w=dfa40e8

Kuching - Sebuah bandar yang indah dihiasi oleh sepanjang jajaran Sungai Sarawak. Bandar ini punya lagenda tersendiri dari hikayat ke mitos. Namun, bila disebut pasal Kuching , kebanyakan dalam kalangan rakyat Malaysia akan berkata "mee kolok , kek lapis sarawak , aok , rumah atas pokok" dan sebagainya. Buat mereka yang belumpernah menjejak kaki keibu kota bumi kenyalang, saya secara hati terbuka ingin menjemput kalian untuk bertandang ke Kuching, Sarawak. Bandaraya yang kaya dengan budaya, makanan di samping orangnya yang peramah tidak akan mengecewakan anda yang ingin datang ke sini.

https://s-ec.bstatic.com/images/hotel/max1024x768/812/81279846.jpg


Kebanyakan hotel-hotel yang ada di Kuching tidaklah begitu membebankan . Anda boleh dapat hotel 3 bintang dengan harga RM72 semalam di tengah-tengah bandar Kuching berhampiran dengan kawasan-kawasan yang menarik. Tidak itu juga , jika anda penggemar makanan , Kuching adalah syurga koleksi makanan penduduk tempatan. Masyarakat melayu dengan mee laksa sarawak, masyarakat iban dengan ayam pansuh dan tidak lupa juga masyarakat cina popular dengan mee kolok.

https://img.rnudah.com/images/29/298808049061881.jpg
Selain itu juga, Kek Lapis Sarawak amat sinonim dengan negeri bumi kenyalang ini. Kebanyakan pelancong-pelancong yang datang bertandang ke bumi kenyalang tidak akan melepaskan peluang untuk membawa/membeli kek lapis sarawak sebagai tanda kenang-kenangan dan tidak lupa juga sebagai makanan hidangan ketika raya. Antara pembuat kek lapis sarawak yang terkenal di Kuching adalah Mira Cake House, Dayang Salhah dan sebagainya. Harga sepotong kek lapis sarawak boleh didapati dengan harga RM10.

Antara tempat - tempat menarik yang boleh dikunjungi ketika berada di Kuching :-

1) Kuching Waterfront (mercu bandaraya Kuching)
2) Kuching Top Spot
3) Muzium Kuching
4) Kubah Ria
5) Kedai Mira Cake House
6) Dayang Salhah Cake House
7) Kampung Budaya Sarawak
8) Pantai Damai, Santubong
9) Bako National Park
10) Taman Pahlawan Sarawak

korokure Publish time 1-6-2018 11:10 PM

wow murah juga hotel kat sini. berbaloi kalau travel ke kuching

Addministrator Publish time 2-6-2018 10:35 AM

korokure replied at 1-6-2018 11:10 PM
wow murah juga hotel kat sini. berbaloi kalau travel ke kuching

sangat berbaloi especially bile bercerita pasal Makanan.

korokure Publish time 3-6-2018 01:58 PM

https://www.malaysiatravelforum.com.my/forum/cities-of-malaysia/sarawak/1353-mount-santubong
Pages: [1]
View full version: MY-Visit | Kuching, Sarawak.


ADVERTISEMENT