Cari-Nora Publish time 1-6-2018 10:17 AM

Resipi Dari Tanah Seberang, Ayam Goreng Jawa Jadi Igauan Ramai

Kami yakin ramai pembaca di luar sana sukakan makanan Indonesia. Oleh itu kali ini kami ingin kongsikan resipi yang sedap dari tanah seberang iaitu Ayam Goreng Jawa. Cubalah!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201806/01/101651dyjhptb5yyjbsirm.jpgFoto: Facebook Rasa




Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam | bersihkan dan potong
1 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukupnya


Bahan kisar:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201805/31/215246j4c0az9p4haaiiar.jpgFoto: Facebook Rasa


5 tangkai cili kering
1 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
1 batang serai
2.5cm lengkuas
2 sudu teh gula Melaka


Hiasan:
Capsicum pelbagai warna


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201805/31/215502f5hjxwi9nx903lji.jpgFoto: Facebook Rasa



Cara-Cara:


1. Di dalam periuk, satukan ayam, santan, air asam jawa, garam, gula Melaka dan bahan kisar. Renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.


2. Asingkan ayam dari kuah. Rehatkan ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.


3. Gaul ayam dengan tepung beras dan goreng sehingga garing.


4. Hidangkan ayam dengan kuah tadi dan tabur hirisan capsicum pelbagai warna. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba! -CARI

duffyduck Publish time 8-6-2018 09:24 PM

menarik. boleh tunjuk skill raya nnt haha

sapasapa Publish time 14-5-2021 05:38 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

sparkly Publish time 13-6-2021 10:53 PM

Resepi yg menarik dan senang di buat
Pages: [1]
View full version: Resipi Dari Tanah Seberang, Ayam Goreng Jawa Jadi Igauan Ramai


ADVERTISEMENT