mademoiselle96 Publish time 28-5-2018 01:04 PM

PENYAKIT SCHIZOPHRENIA YANG AGGRESSIVE

Hi, Assalamualaikum.Saya nak tanya pendapat sesiapa dkt sini, saya ada 7 adik beradik. yang sulung dah kahwin, jadi dia tinggal dgn suami dia. tinggallah 6 org adik beradik termasuk parents saya. kakak saya tiga orang dah kerja, ayah saya dah pencen dan mak saya bekerja lagi. saya masih belajar dan adik saya akan masuk belajar bulan 7 ni. saya ada abang yg sakit schizophrenia. dah nak dkt 10 tahun duduk rumah dan selama dia duduk rumah ni, mmg setiap bulan, kalau x setiap bulan pun, every three months ke relapse. semalam baru balik dri solat terawikh, sampai rumah, saya dgr ada orgg jerit2 dpn rumah, kuat sgt marah2 ayah saya. semua org takut. saya, adik lelaki saya dan kakak saya dkt ruang tamu, 2 kakak saya dkt dalam bilik tingkat atas. kakak saya yg sekali dgn saya ni nasihat lah dia sbb dia menyumpah seranah ayah saya, marah2, salahkan dia semata2 sebab ayah saya minta dia basuh tandas dia sendiri, basuh baju sbb bulan 7 ni parents saya nak pergi haji. bila kakak saya nasihat dia ckp pergi mampos dgn dosa, lpstu pergi mampos lah ayah saya. saya mana boleh dgr benda tu, saya pun bersuara lah. dan dia nak pukul saya, dan adik saya masuk campur, dan dia pergi tumbuk kepala adik saya bertubi2. saya dah tolak beberapa kali dgn kakak saya tpi sbb dia gemuk dan besar, saya tak mampu sgt. ayah saya dtg dan kakak saya dan mak saya pun leraikan pergaduhan tu. dia tuduh adik saya berlagak hero dan kakak saya yg menangis sebagai overreacting sbb sayang sgt adik saya. dan dia ugut bunuh saya, dia ckp dia akan cari saya sampai dpt dan patahkan leher saya dgn adik saya. lagi satu, dia mmg berdendam dan cemburu dgn kejayaan org lain. sbb dulu dia kenaexpel sbb pointer x cukup. saya dpt masuk university UK manakala adik saya dpt belajar mechanical engineering. masalahnya sekarang, masa parents saya pergi haji, saya risau keadaan ktorang. dgn ramai perempuannya dkt rumah, kalau jadi apa2 saya x boleh terima. saya nak masukkan dia dalam hospital mental secara kekal sbb saya dah x larat nak hidup dgn dia lagi. kakak saya pun sama. dan saya risau parents saya kalau apa2 jadi bila siblings saya semua dah kahwin dan tinggal dia je. sbb dulu dia pernah pukul ayah saya hampir mati. boleh x sesiapa recommend apa patut saya buat? report polis ke?

rottberry Publish time 28-5-2018 01:48 PM

seram jugak hakak baca. abang tu sakit dia on off ke? atau kerap sangat2 datang kepala hangin dia?
kalau dah xbley handle bincang la dgn mak ayah better hantar ke mental hosp.
doktor lebih arif nak handle kalau involve situasi bahaya ni.
agak2 agresif sangat boleh je call polis. dpd membahayakan diri dn family.

mademoiselle96 Publish time 28-5-2018 01:58 PM

rottberry replied at 28-5-2018 01:48 PM
seram jugak hakak baca. abang tu sakit dia on off ke? atau kerap sangat2 datang kepala hangin dia?
...

Hmmm dia akan relapse balik bila dia stress. bila org push dia sikit suruh buat something dalam hidup dia. mcm buat kerja rumah. nnti mulalah dia pelik2. saya pun takut kak. risau family members saya yg lain

Allthatnana Publish time 28-5-2018 01:58 PM

Ni mmg kena dpt rawatan ni..dah smpi pukul bapak u smpi nk mati..scary wehhh.. :o

rottberry Publish time 28-5-2018 02:11 PM

mademoiselle96 replied at 28-5-2018 01:58 PM
Hmmm dia akan relapse balik bila dia stress. bila org push dia sikit suruh buat something dalam hi ...

o ye ke? tak berapa tau pasal schizophrenia ni jadi tak berani nak kupas lanjut.
cuma secara general memang kena bagi pakar yang handle. sebab korang adik beradik bukan tau bila stress dia datang.
bukan nak buang dia daripada keluarga. nama pun abang kan.
tapi dpd terus menerus korang mengadap sisi buruk dia lama2 jadi nanah juga dalam femili.
mungkin payah mula mula nak terima kenyataan tapi ubat selalunya memang pahit.
bila manis manis aje ni biasanya jadi kanser. ambil tindakan segera ya.


mademoiselle96 Publish time 28-5-2018 02:16 PM

rottberry replied at 28-5-2018 02:11 PM
o ye ke? tak berapa tau pasal schizophrenia ni jadi tak berani nak kupas lanjut.
cuma secara gene ...

mmg saya dgn adik beradik nak masukkan dalam hospital permanently tpi mak ayah saya mcm bantah. lagi2 mak saya. ada kawan polis ckp report polis biar mahkamah tentukan tpi mcm lah parents saya nak file report atas anak dia sendiri.

mademoiselle96 Publish time 28-5-2018 02:17 PM

Allthatnana replied at 28-5-2018 01:58 PM
Ni mmg kena dpt rawatan ni..dah smpi pukul bapak u smpi nk mati..scary wehhh..

mmg menakutkan. saya duduk rumah pun rasa x selamat. rasa trauma bila dgr org jerit2 sikit pun.

kuihbakar Publish time 28-5-2018 03:22 PM

arwah abang akk sama dik. tapi dah meninggal 5 tahun lepas. abang akk ada makan sejenis ubaat apa akk tak ingat nama. alhamdulillah terkawal takde mengamuk dah

supernaturalee Publish time 28-5-2018 03:48 PM

mademoiselle96 replied at 28-5-2018 02:16 PM
mmg saya dgn adik beradik nak masukkan dalam hospital permanently tpi mak ayah saya mcm bantah. la ...

why don't you je yg pegi buat report polis
bkn ape...ade few cases yg ada relate dgn mslh mental kronik mcm ni
end up family members menemui ajal di tgn si mental td
nk plk u sndiri post td kata abg u pnh pukul ur dad separuh mati

bertindak segera sementara msh ada kesempatan ni


missus_meow Publish time 28-5-2018 04:42 PM

mademoiselle96 replied at 28-5-2018 02:16 PM
mmg saya dgn adik beradik nak masukkan dalam hospital permanently tpi mak ayah saya mcm bantah. la ...

cuba pujuk parents. sebelum tjadi ape2 yg x elok, mungkin jln yg terbaik ialah utk dimasukkan ke hospital. permanently or tidak lbh baik rujuk pakar. schizophrenia ni sakit mental yg major, bkn kes kecik2. bkn shj utk keselamatan u all sekeluarga, tp utk ur bro as well.

Naatasha Publish time 29-5-2018 02:10 AM

I nasihat kan korang berkumpul adik beradik without abg tu. Bincang la apa yg terbaik. Mak u pun x patut halang korg nk report polis sbb ni unt kebaikan sume pihak. Daripada hilang sorg anak kat rumah sbb nk bg rawatan, alih2 hilang 5 anak kena sembelih (maaf kalo ayat i kasar. Terima ayat i sbg contoh). Tak kan nk tgu ada pertumpahan darah baru mak u nk bertindak.

Patut masa dia ngamuk mlm tu u call polis.

munchkin Publish time 29-5-2018 02:57 AM

Report polis. Ckp ada sakit jiwa. Mereka tolong hantarkan ke hospital utk dapatkan rawatan nanti.

Sorrylah mak you tu selfish. Sayang abang you sorang je ke. Nak tunggu lain mati baru nak menyesal.

Panggil polis bukan depa jail. Panggil polis utk kawal dia dari tak terkawal. Kadang depa panggil sekali ambulan dtg ngan straight jacket.

Dah makan ubat nanti terkawal lah dia insyaAllah.

razzims Publish time 29-5-2018 05:06 AM

Edited by razzims at 29-5-2018 05:09 AM

takyah report polis. bawak terus pergi hospital. takyah duduk wad pun takpe janji ubat makan. takkan nak tunggu dia ngamuk libas parang baru kau nak bawak dik?

Megikari Publish time 29-5-2018 05:34 AM

Since parents u taknak hantar dia ke spital, at least minta diorang bawak abang u jumpa psychiatrist. Kalau taknak gak, memang selfish la parents u (sori to say). Banyak dah kes family in denial bila berdepan dgn ahli kluarga bermasalah macam ni. Either sebab malu or sayang tak kena tempat. Bila ada yg jadi mangsa amuk baru nak menyesal.

X semestinya parents u yg kena buat police report. U pun boleh, atas dasar risaukan keselamatan. Tak semestinya nak tunggu dia mengamuk baru nak report.

Slow talk with your parents. Semoga Allah lindungi family u

mademoiselle96 Publish time 29-5-2018 06:15 AM

kuihbakar replied at 28-5-2018 03:22 PM
arwah abang akk sama dik. tapi dah meninggal 5 tahun lepas. abang akk ada makan sejenis ubaat apa ak ...

arwah abang akak pun penyakit sama jgk ke? ohh mkn anti-psychosis eh?

mademoiselle96 Publish time 29-5-2018 06:19 AM

supernaturalee replied at 28-5-2018 03:48 PM
why don't you je yg pegi buat report polis
bkn ape...ade few cases yg ada relate dgn mslh mental...

mmg saya pun plan mcm tu tpi apa2 pun saya kena bincang dgn parents saya. parents saya masih berharap yang dia akan baik. dan bila dia keluar rehabilitation center dkt hukm, dia jadi mcm org normal. tpi lama2 dia akan relapse balik bila dia stress, ada benda yg dia x suka tpi org suruh dia buat. dan bila dia relapse tu saya dah fed-up. tpi kesian pun kesian.

kuihbakar Publish time 29-5-2018 06:27 AM

mademoiselle96 replied at 29-5-2018 06:15 AM
arwah abang akak pun penyakit sama jgk ke? ohh mkn anti-psychosis eh?

Ya. Sebelum ni memang bertahun macam tu mengamuk. Tapi beberapa tahun sebelum meninggal, Dr bagi satu ubat baru pada dia. Alhamdulillah takde tindakan agresif dah

dauswq Publish time 29-5-2018 11:43 AM

mademoiselle96 replied at 28-5-2018 02:16 PM
mmg saya dgn adik beradik nak masukkan dalam hospital permanently tpi mak ayah saya mcm bantah. la ...
jadi berita kes pembunuhan seisi keluarga di gemencheh, n9 sbg sandaran
bertindaklah sblm terlambat.

mula2 ni mmg gaduh dgn ibubapa dulu tp nanti diorg akan faham..


seeriesagain Publish time 29-5-2018 06:35 PM

Dia ada on treatment x?

razzims Publish time 29-5-2018 09:43 PM

cer check dengan specialist hukm tu. kenapa relapse balik
Pages: [1] 2
View full version: PENYAKIT SCHIZOPHRENIA YANG AGGRESSIVE


ADVERTISEMENT