melnanzz Publish time 20-5-2018 04:48 PM

PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2 [TV3: Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah

Patahnya Sebelah Sayap 2
setiap Selasa, 9.50 malam, TV3

https://1.bp.blogspot.com/-1nZ_zVO98VM/Wv1dpHR3LRI/AAAAAAAAGdI/-sCZetGV86sH5ZGzbjQaqNp20tlQXg95ACLcBGAs/s1600/Patahnya%2BSebelah%2BSayap%2B2018.jpg

Saksikan kesinambungan drama 'Patahnya Sebelah Sayap (2016)' yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. Drama mini 4 episod istimewa sempena ramadan raya, dibawakan khas oleh Nivea. Akan bersiaran mulai 22 Mei, setiap Selasa pukul 9:50 malam di TV3.

JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2
JUMLAH EPISOD : 4 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Selasa, 9.50 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah Damanhuri

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2
Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.

Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.

Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.

Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.

hijau88 Publish time 20-5-2018 08:08 PM

X sbr tunggu cerita ni.

etonjelita Publish time 25-5-2018 12:40 AM

hijau88 replied at 20-5-2018 08:08 PM
X sbr tunggu cerita ni.

Yehhh. Kita mmg btunggu tangga dlm thread citer ni b4.

hijau88 Publish time 25-5-2018 12:51 AM

etonjelita replied at 25-5-2018 12:40 AM
Yehhh. Kita mmg btunggu tangga dlm thread citer ni b4.

10 minit je setiap epi. Kejap sgt. Tp ok la at least ada jgk sambungannya.

eddlisa_uyuk Publish time 25-5-2018 07:22 AM

pendek sgt...watak aeril pun jap je
Pages: [1]
View full version: PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2 [TV3: Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah


ADVERTISEMENT