espri6006 Publish time 20-5-2018 04:30 PM

Cerita Hantu - Hiking

Memandangkan pakcik dah tak jumpa, disini pakcik nak letak satu cerita berkisarkan kisah pakcik pergi hiking CBL - Chemerong Langsir dan Berembun pada march 2018. Kepada MOD kalau dah ada sila merge...kalau belum yang lain2 boleh tambah.

Kisahnya ...ni kali kedua pakcik nazz ke CBL kali pertama dulu pada tahun 2016, alhamdulillah berjaya. So kali kedua ni pada tahun 2018 kami menjadi peserta pertama yang mendaki selepas CBL ditutup pada orang ramai sempena musim tenkujuh. Grup pakcik nazz seramai 24 orang dan kebanyakkannya kami tak berapa kenal kerana hasil perkongsian mulut kemulut.

Gruop kami ni kalau yang paling veteren berusia 51 dan 48 tahun (suami isteri) ini kali pertama mendaki sebab nak cabar diri katannya. Nasib baik ada yg tua dari pakcik..lega rasanya. Pakcik dan kawan pakcik (Aina Mualaf) pun dah senja gak ..adalah dalam 45 tahun.
So nak dijadikan cerita grup pakcik ni nak bergerak terus ke Langsir, maksudnya tak akan berhenti untuk bermalam di Kem B. Kalau yang biasa, perjalanan akan bermula di kaki Chemerung dan akan tiba di Kem B utk bermalam dan keesokan pagi akan ke langsir, tapi kami nak terus ke Langsir walaupun dijangka akan sampai malam. Perjalanan ni kami bermula jam 10 pagi dan dengan beg yang sarat dengan kelengkapan akan memenatkan.

Seawal perjalanan sudah nampak keletihan di muka Akak W (bukan nama semabrangan), dan sambil dibantu suami dia Akak W meneruskan perjalanan. Kawan pakcik sendiri pun memang nampak sedikti penyesalan dimuka dia..kerana sudah beberapa kali nak stop dan patah balik, tapi aku bagi kata2 semangat bagi meneruskan perjalanan ( Gila kau nak pusing balik). Tiba di air terjun chemerong, dan kami berhenti rehat sebentar...walaupun baru beberapa jam berjalan tappi sudah nampak tanda2 keletihan di akak w, cuma dia nampak enjoy je dengan keadaan sekeliling.
untuk pengetahuan korang dalam grup kami ada lebih kurang 8 orang perempuan termasuk akak w dan si aina (kwn pakcik).
Setelah itu...dipendekkan, kami sudah sampai maghrib di air terjun sungai bangan atau sungai balu. memang sampai disitu hari sudah hampir gelap...grup kami berpecah dari 24 hanya lebih kurang 10 orang yang tinggal belakang dan sambil ditemani oleh seorang 'guide" manakala yang lain sudah berjalan dahulu untuk pasang khemha dan sebagainya. Sambil kami menunggu solat asar merangkap maghrib, ada yng sudah berjalan dulu. Memang dari sungai balu untuk ke Langsir adalah lebih kurang sejam tapi memandangkan kami berjalan dalam malam dan masing2 dah penat mungkin akan ambik masa sikit. Kami start panjat bukit untuk ke lansgir tu dari sungai balu. Laluannya memang amat sukar dengan berbatu dan dengan curam yang amat dalam. Kami memanjat dengan berhati2 dengan memasang lampu didahi. ketika memanjat bukit tersebut akak W..rasa macam penat...so dia berhenti dan berehat. Lepas beberapa minit dia jalan lagi..dan berehat lagi...tetiba suami dia kejutkan dia....ah sudah..pengsan. Kami semua berusaha untuk mengankat dia untuk baring memandangkan kami masih mendaki jadi menyukarkan dia untuk berbaring. So kami semua kipas dia biar dia dapat udara sikit. Masing kelihatan agak cemas..ye lah dengan keadaan gelap gelita...akak w pulak pengsan ditengah hutan pulak tu. Lepas beberapa ketika akak w sedar....So suami dia tanya boleh jalan tak? dia cakap boleh tapi slow slow...Baru je jalan bebrapa langkah..akak w pengsan lagi. So kali ni pakcik nazz duduk paling belakang sekali. Dan semua angkat akak w ni cuba baringkan dia dan bukak tudung kakak tu. Suami dia meriba akak w ni dan cuba kejutkan dia. Bila dia buka mata...akak tu cuba meracau..dia pandang ke atas...dan pandang ke pokok yang ada ata kepala kami...bayangkan pakcik duduk belakang sekali..kami keliling akak w...di belakang pakcik gelap gelita..cuma laluan mendaki yangjauh kebawah. Suami akak tu cuba tutup mata akak tu dan baca apa yang patut. Salah seorang ahli perempuan pakcik cuba menenangkan juga. Dia cuba menggosok tangan akak tu sambil membaca ayat kursi sambil kami2 ni perhatikan bersedia apa yang patut.Adalah dalam 10 minit akak tu merengek..macam menangis pun ada...suami dia berusaha utk sedarkan dia dan tutup mata dia...perasaan pakcik hanya allah yang tahu dalam kegelapan malam tu bolehpulak akak w pengsan dan meracau. Selepas suami akak w tu baca apa yang patut...alhamdulillah akak w dah pulih sikit. So dia kata boleh berjalan. Lepas tu bayangkan Guide kami dengan bawak beg akak w lagi dengan beg dia lagi dengan bag kawan pakcik lagi ( sebab pakcik dh tak larat nak bawak beg lebih) dia ikat semua beg2 tu supaya tak jatuh. kagum sungguh dengan semangat Guide kitaorg. Masing2 dah kepenatan yang amat sangat dah dan menerusakn perjalanan. Selepas laulan yang berbukit kami jumpa jalan yang mendatar..tapi terlalu mendatar cuma laluannya agak baik. Selepas jalan beberapa lama pun tak tahu ..kami nampak kilauan lampu....dari depan. Alhamdulillah..kami jumpa dalam 6-7 orang ahli grup kami yang datang mencari. memang dah rancang supaya diaorg jalan dulu dan pasang khemah...dan kalau kami lambat sampai...datang cari kami. Ada yang bawak beg kami ...tak lama kami sampai di langsir tempat perkhemahan kami. alhamdulillah....
Akak w ..terus masuk khemah dan tidur....pagi esoknya akak w dah pulih dan bercerita pada kami, yang sebenarnya dia nampak makhluk bertenggek atas pokok dengan mata yang merah bersinar. Makhluk itu betul2 duduk atas pokok sebelah pakcik masa kat akak w pengsan tadi. Dia kata makhluk tu ikut dia...sebab tu dia berjalan lepas dari pengsan tadi dengan tunduk sahaja sebab makhluk tu duk perhatikan dia....Lepas tu akak w tu kena lagi......sambung.

shernazz Publish time 20-5-2018 06:34 PM

Sambung lah lagi..
Huhuuu....

Andyscenes Publish time 20-5-2018 06:44 PM

Nak lagiiii

Zazama Publish time 20-5-2018 07:46 PM

Mana dia sambungan pakcikkk?

Pinky26 Publish time 20-5-2018 08:01 PM

Best pakcik, sila sambung

gummiebear Publish time 20-5-2018 08:10 PM

Sambung lagi pakcikk

salmon-suki Publish time 20-5-2018 08:55 PM

Yayyyy new story...bod mps dah kesepian sejak tiada citer2 baru ni..tenkiyu2 share..ada gk bnde nk.baca..{:1_152:}{:1_152:}

awaynepian Publish time 21-5-2018 05:40 AM

kesian akak w tu..berapa kali pengsan..

awaynepian Publish time 21-5-2018 05:41 AM

chemerong langsir ni area mana tt??. sayaminat gak hiking ni tapi gunung kat semenanjung je...sabah sarawak xsampai lagi..

s@s@ Publish time 21-5-2018 09:08 AM

awaynepian replied at 21-5-2018 05:41 AM
chemerong langsir ni area mana tt??. sayaminat gak hiking ni tapi gunung kat semenanjung je...sabah...

ganu kite

sbb tu sg bangan tu ada panggil bangang, ikut slang ganu

espri6006 Publish time 21-5-2018 11:01 AM

okey sambungan

Setelah bersukia ria mandi manda, hari balik pun tiba. Kami still kena balik ikut Gunung Berembun..biasanya kalau tidur di Kem B, kami akan balik ikut sungai bangang/balu tapi sebab kami terus ke langsir jadi kami akan turun ikut berembun. Dia ibarat dari E, D, C, B, A....macam tu lah perjalanan kami. Kalau naik dari A...biasanya akan turun ikut E tapi kami terbalik terpksa balik ikut A.

Bagi sesiapa yang tak pernah naik ke CBL...anda tak dapat bayangkan betapa siksanya perjalanan kami dengan keadaan bukit yang sentiasa menaik...maka segala beg yang digalas macam nak dicampak ketepi jer. Tapi memandangkan kami nak balik jadi kami akan panjat gunung berembun. Orang lain semua dh kedepan hanya tinggal akak w dan pakcik dan kwn pakcik Aina. Memang pakcik akan last sekali sebab terpaksa temankan kawan pakcik yang dah letih. Pakcik bagi laluan utk akak w dan suami kedepan dulu.

Alhamdulillah perjalanan kami di berembun lepas..tanpa ada apa2 gangguan. Kami dah sampai balik di Kem Y iaitu tempat behenti utk makan. Maknanya kem Y tu dah stop paling last sekali. Masing2 dah kepenatan terutama akak W dan Aina. Mereka berdua ni dah 40++ jadi tenaga kurang. lainlah budak2 lain semua 20 dan 30++. Kami berhenti makan makanan yang kami bungkus semasa di Tapak perkhemahan tadi. Disitu juga kami solat zohor. Kami yang lelaki mandi manda di kem Y. Rupanya di Kem Y juga ada port yang cantik...sebab masa kami pergi dulu tak pernah explore kem Y ni. Dia mempunyai air terjun yang agak tinggi tapi kami tak turun lah sebab kami mandi bahagian atas.

So semua dah ready ..kami memulakn perjalann balik. Sepanjang kami turun kami berjumpa dengan sekumpulan pendaki melayu....pendaki cina..singaporean pun ada. Di pendekkan cerita..kami dah sampai ke kaki gunuung...tapi belum sampai ke starting poin lagi. Lebih kurang dalam 1km lebih sikitlah nak sampai. bayangkan kami sampai lebih kurang jam 6..suasana dah hampir gelap sebab dalam hutan kan...masa ni lah terjadi yg kedua akak w tu pengsan. waktu jejak kaki ke kawasan pejalan kaki yang telah dibina oleh pihak chemerong tetib akak w pengsan. Kami ada lbh kurang 7 org sekali dengan Guide kami. Pakcik Nazz dan si aina jalan depan sekali dan akak w dan suami dia jalan belakang bersama dengan Guide dan 2 org lagi ahli grup. Bayangkan akak w pengsan..pakcik nazz nak pergi tapi dihalang oleh si aina.>>lebih kurang macam ni lah dia cakap.
."jangan kau pergi bah, saya peroid ni".
"kalau kau pigi sana nanti bende tu datang dekat saya bah"

Pakcik bukan main lagi...dengan semua bulu roma naik tegak. Jadi pakcik pun tak jadi lah nak pergi kat dekat akak w tu...cuma 3 orang yang angkat akak w tu. dekat susah payah angkat akak w tu. Tapi memandangkan kami dah kaki gunung jadi senang nak bawaklah. Pakcik dah start mata melilau...mana tau kot2 bende tu ada duk celah2 pokok ke..celah2 batu ke yg ada sekelilinghutanni. Lama juga akak w ni pengsan. Lepas dia sedar balik...dia bagi tau terus...bende tu ada lagi duk ikut kitaorg. Kali ni dia duk depan akak tu...masa dah nak sampai ni lah agaknya last time nak sakat kot..tu pasal lah akak w tu pengsan,... Akak w dah boleh jalan tapi disebabkan macam lemah...suami dia peganglah supaya tak tumbang. Kami dah mula start baca ayat kursi manakala si aina duk sibuk pegang aku...Alhamdulillah kami dah sampai ke starting point tanpa ada gangguan lagi. Kami order tehpeng....maklumlah kan semua dah penat jadi semua duk sibuk order makanan dan air minuman.

So dari peristiwa itu ...kalau badan lemah memang takleh naik gunung..apatah lagi akak w dan kawan pakcik sendiri datang bulan kan....itu lah saja cerita pakcik.

espri6006 Publish time 21-5-2018 11:02 AM

awaynepian replied at 21-5-2018 05:41 AM
chemerong langsir ni area mana tt??. sayaminat gak hiking ni tapi gunung kat semenanjung je...sabah...

Chemerong ni di terengganu. iaitu di daerah dungun..lebih kurang sejam perjalanan dari tempat saya.

kuihbakar Publish time 21-5-2018 11:46 AM

Tulun sambung

espri6006 Publish time 21-5-2018 11:53 AM

sapa2 kalau ada cerita berkenaan hiking boleh sambung.

espri6006 Publish time 21-5-2018 11:55 AM

kuihbakar replied at 21-5-2018 11:46 AM
Tulun sambung

abang takde dik cerita2 seram ni. sepanjang 45 tahun abang hidup yang tu je lah cerita abang..tu pun kisah akak w jer. Alhamdulillah dan rasanya taknak kisah2 seram ni menghantui abang ni dik.

kuihbakar Publish time 21-5-2018 12:26 PM

espri6006 replied at 21-5-2018 11:55 AM
abang takde dik cerita2 seram ni. sepanjang 45 tahun abang hidup yang tu je lah cerita abang..tu p ...

Ooo dah abis ya. Hahah okeh.

chicmushroomkd Publish time 21-5-2018 01:41 PM

Pernah pergi ke chemerung tu...tp seksanya nak pi kawasan mandi dia...walkway yg ada pun cerun betul...masa pi tuh tgh pregnant 6 ke 7 bln mcm tuh...cekang kaki nih duk bertahan time nak turun...time nak naik pun sama jugak...tempat mandi cantik tapi walkway nak turun tuh dah mencabar sgt2 la bagi iols....kalo pi hiking lagi dasatla jalannya

myakayina Publish time 21-5-2018 02:28 PM

cantik waterfallnya..nak kesana pun mecabar jugalah..

espri6006 Publish time 21-5-2018 03:05 PM

Cantik dan bersih kat atas sana...memang susah nak sampai...bayangkan kalau pergi terus kalau tak berhenti akan makan masa 8-9 jam...

gummygummy Publish time 21-5-2018 03:41 PM

kisah tak hiking tapi gi air terjun kat rawang. apa ntah nama tempat air tu ada cing cing belakng dia.

kitorang gi mandi kat situ nak naik atas tu jauh jugak la berjalan nya. bila nak maghrib kami turun nak balik leps setel mandi sume. ada sorang kawan tu berdua jalan paling belakang, tiba2 yang A ni slow, B ni pon tegur la weyh A kenapa kau slow je mata jangan melilau jalan cepat!
Then A yang terpana tadi terkejut terus la jalan. Bila dalam kete A cerita dia jalan perlahan sebab ternampak sebuah perkampungan yang cantik gila siapa da pelita2 kayu sume. Rumah tu memang cantik sangat sebab tu dia macam slow sebab terpana dengan kecantikan. Padahal situ utan rimba mana datangnya kampung2

Bila ramai2 dengar macam tu sume bersyukur sebab B tegur dia and walk together. Kalau tak kemana ntah perginya A.

Ok tu je.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Cerita Hantu - Hiking


ADVERTISEMENT