annehuda Publish time 14-5-2018 02:38 PM

Tempat bersantai yang kurang popular di Malaysia

Edited by annehuda at 15-5-2018 05:13 PM

Sis terpanggil nak buat thread ni sbb sis rasa mungkin ada antara kite yang hujung minggu nk release tension tp tak tau nak pegi mana. nak pegi oversea jauh sangat pulak. hehehe
kalau ada forumer lain yang nak menyumbang bleh la.


harap mod boleh kasi kredit kepada poremer lain jugak
sis juga ingin mintak maap kalau gmbr pemandangan kat sini byk dispam dgn muka sis, family n friends sbb sis selalu melancong dgn diorg. jadi sis kurang amek gambar pemandangan but will try. tenkius
sis edit tajuk sbb panjang sgt





annehuda Publish time 14-5-2018 03:04 PM

Edited by annehuda at 14-5-2018 03:08 PM

1. Tasik Cermin, Ipoh

Sempena cuti panjang PRU ni, sis bawak adik dan makcik sis pegi Tasik Cermin. Actually makcik sis yang beriya nk pegi Tasik Cermin tu. sbb die tgk dokumentari yg Tasik ni adalah antara tasik tercantik kat malaysia. so sis layankan jelah. cuma yg lawaknye makcik sis ni orang kg, so kitorg pegi bersiar-siar ni mmg dia pakai baju kurung je.
Lokasi die kat tengah-tengah bandar Ipoh.korang google maps je Tasik Cermin-Kinta Geopark. ye tempat die ni memang hagak tersorok dan kene masuk hutan skit. sis sarankan jalan situ agak berlopak-lopak dan lopaknye agak dalam jadi either korang parking kt selekoh nak masuk tu, ataupun semasa nak pegi tu, semua orang keluar keter kasi keter ringan skit. hehehe

on the way masuk tu pun memang dah ada tasik, tapi tasik die kecik je. cuma yang uniknye ia dikeliling bukit batu kapur.ni makcik sis berposing dulu lepas sis paksa sheols turun keter sbb takut keter sangkut kt lopak

https://farm1.staticflickr.com/965/41378954344_58769d5179_k.jpg

nnt maps akan berenti betul-betul depan sebuah rumah tinggal, dan rumah tu berpagar. takpe korang lompat je pagar tu. sebelah tu ada jalan kene mendaki skit la, tapi skit je. dah sampai tu korang akan sampai kat satu kawasan lapang dikeliling batu kapur macam ni. kawasan ni memang sunyi takde orang, pastu kalau korang menjerit akan bergema.

https://farm1.staticflickr.com/975/41378978054_bece37ed92_k.jpg

jalan lagi di sebelah kanan, akan ada gua. don't worry masuk je gua tu. tak jauh pun. kat hujung tu la tasik cermin tu.
https://farm1.staticflickr.com/966/28225661148_e8ebe001a1_k.jpg

kawasan ni memang sunyi. kebetulan masa sis and family sampai, memang takde orang. kitorg je ade kt situ. kat sini memang ade jeti besi je. kawasan ni adalah tasik yang dikelilingi batu kapur.katenye ni dulu bekas kuari, tapi jadi kawasan tadahan air plak. kalau korang zoom kt tasik tu memang nampak ada riak-riak air ditolak angin.

https://farm1.staticflickr.com/827/41197902305_ac6bdab43d_k.jpg

https://farm1.staticflickr.com/946/42053563992_509d6e9b68_k.jpg

tengah lepak tetiba muncul plak couple 2 orang tu. ingatkan hantu mane ke, sbb pompuan tu pakai kain putih.

https://farm1.staticflickr.com/907/27228414737_5b26a2b035_k.jpg

sis rasa pening skit bile berdiri and tgk ombak kecik tu, sebab terasa macam korang naik sampan. mcm tengah bergerak gitu.katenye air kat sini sangat dalam so tak recommended untuk mandi. sesuai la takat duduk-duduk sembang-sembang, makan kuaci

https://farm1.staticflickr.com/823/27228409847_f1e167e46a_k.jpg

oh ye lupe nak cakap. tempat ni memang takde signboard. so jgn risau, insya allah korang tak sesat. tp sis rasa tempat ni best dan tenang. tapi agak merbahaya kalau pegi sorang-sorang sebab terlalu tenang. hahahaha tp sis mintak maapla takde gambar tasik ni. gigih nau kitorg bergambar sebab rasa mcm menang treasure hunt sbb berjaya jumpe tempat ni.


yang bestnye, tempat ni tak jauh dari Kellie's Castle. dlm 15 minit je, dan jugak dalam 15 min dr bandar ipoh. so kalau korang nak round-round ipoh hari tu memang sesuai sangat.


zulka Publish time 14-5-2018 03:12 PM

ader antu tak.. hehe

nuralisa Publish time 14-5-2018 03:13 PM

mesti makcik uolss happy2 kan..:)

annehuda Publish time 14-5-2018 03:32 PM

nuralisa replied at 14-5-2018 03:13 PM
mesti makcik uolss happy2 kan..

die yg beriya nk dtg. meols mase tu rasa mcm nak patah balik je. sbb sampai tu memang berenti depan-depan rumah tinggal. nsb baik kebetulan tu ade orang baru keluar dr tasik tu. makcik meols mmg happy dan meols pun layankan jelah hahaha

annehuda Publish time 14-5-2018 03:51 PM

Edited by annehuda at 14-5-2018 03:52 PM



2. Puncak Cenderawasih, Kangar

kalau korang kene outstation gi Perlis, dan menetap kt Hotel Seri Malaysia tu, sis sarankan pekate uols bungkus skali kasut sukan dan pegi panjat bukit Puncak Cenderawasih.Bukit ni tak tinggi mana pun, tak sampai 100m pun.dan kedudukan dia kat tepi Hotel Seri Malaysia. dont worry chuols, dekat je pun sebelah menyebelah. kalau kt kangar, tempat ni dikenali sebagai Guar Sami.ianya merupakan bukit yang ketinggiannye takde la jauh mane tak smpi 50m pun. tp yg menariknye, sbb dr puncak tu uols leh nampak permandangan Kangar.

dan hiking trail die pun sbnrnye tangga dan laluan batu. so confirm korang takkan sesat punye

https://farm1.staticflickr.com/956/42054334322_f45f4c4e9e_k.jpg

kalau pancit pun takpe di sepanjang trail ada pondok untuk berehat. tp tak digalakkan bawak kfc utk piknik sbb kt sini byk monyet

https://farm1.staticflickr.com/829/41379577374_fb0447f015_k.jpg

ni antara pemandangan sawah padi sepanjang korang naik bukit tu

https://farm1.staticflickr.com/968/41198614515_3bf33ba167_k.jpg

ok dah sampai. sekejap je kan
https://farm1.staticflickr.com/977/40292143160_3ac12ef4af_k.jpg

bangunan putih tu adalah bangunan kerajaan negeri perlis.

https://farm1.staticflickr.com/832/41198617395_45af0d9b57_k.jpg

kat puncak tu hadelah batu-batu jadi kalau korang tak gayat bleh la bergambar bajet hipster mcm sis.





annehuda Publish time 14-5-2018 03:54 PM

zulka replied at 14-5-2018 03:12 PM
ader antu tak.. hehe

mcm hader. tak tau la kalau hader. hahahha

sbb meols baca blog ada blog tu kate, ada pakcik yg tinggal kt rumah sekitar situ kutip rm5. tp masa meols smpi takde pun rumah kt situ. kecuali rumah abandon tu la

LelaRentaka7 Publish time 15-5-2018 12:48 AM

No hal nak kasi kledex as long as ada piccas and buat trip review {:runo

zameyla Publish time 15-5-2018 09:32 AM

annehuda replied at 14-5-2018 03:32 PM
die yg beriya nk dtg. meols mase tu rasa mcm nak patah balik je. sbb sampai tu memang berenti depa ...

ada gambar tak tasik cermin tu chuolls..
ke aku yg tak nampak gambo?

azradiza Publish time 15-5-2018 09:54 AM

annehuda replied at 14-5-2018 03:04 PM
1. Tasik Cermin, Ipoh

Sempena cuti panjang PRU ni, sis bawak adik dan makcik sis pegi Tasik Cermi ...

tasik cermin ni cantik viewnye
tapi jalan nak masuk hazabedah sangat


annehuda Publish time 15-5-2018 12:46 PM

zameyla replied at 15-5-2018 09:32 AM
ada gambar tak tasik cermin tu chuolls..
ke aku yg tak nampak gambo?

ade uols tp banyak dispam oleh makcik dan adik meols.

https://1.bp.blogspot.com/-ukdintCCFqA/WIOSd3NNbZI/AAAAAAAARvI/vpaIEAwljicDqow-5vsc8Tl7iGsAt8p_QCLcB/s640/TASIK%2BCERMIN%2B%25288%2529.JPG

ni gambo keseluruhan tasik tu kredit tu tuan punye blog

http://missflyfluffy.blogspot.my/2017/01/misi-mencari-tasik-cermin-ipoh.html

uols bygkan mcm ni, tasik yang tepi die dipagari bukit batu kapur gitu.

annehuda Publish time 15-5-2018 12:48 PM

azradiza replied at 15-5-2018 09:54 AM
tasik cermin ni cantik viewnye
tapi jalan nak masuk hazabedah sangat

ye btul sbb tu meols sarankan parking jauh skit. hari tu meols pegi lopak berair, dah la jalan cukup satu keter je

annehuda Publish time 15-5-2018 01:23 PM

Edited by annehuda at 15-5-2018 01:26 PM

3. Pulau Bidan, Telur dan Songsong
Ok trip ni sis pegi last year. trip ni 2 hari 1 malam, buat weekend. so sesuai la takyah dah amek cuti.and the trip cost about RM150, termasuk la utk makan 2 hari tu dan penginapan. but oopppsss penginapan tu bkn hotel ye chuols. tp tido dalam khemah. jd pg yg sukekan adventure mcm ni, sesuai la utk ikut trip ni. for the trip, kitorg naik kt Jeti Sungai Udang, Yan. tp sbb trip ni pakai pakej, so kalau korg nk naik kt sini mmg kene kenal orang la nk book boat. tp kalau korg dr luar, pegi terus je tanjung dawai, atau pantai merdeka. kat sana ade orang sediakan trip dtg pulau ni. kos tak dpt nk kenal pasti sebab dah termasuk dlm harga pakej. kitorg malam tu tido kt Pulau Bidan.

https://farm1.staticflickr.com/962/40313761560_7d528f8a52_k.jpg

opkos kene naik bot pegi sana. tp bukanla bot cikai, jaket keselamatan pun disediakan.

Pemandangan kt Pulau Bidan tu. ni view from my khemah

https://farm1.staticflickr.com/949/28248116238_ed2b59db6d_k.jpg

yg korang nampak gunung tu adalah gunung jerai. actually kalau korg naik jerai pun leh nampak pulau ni.

https://farm1.staticflickr.com/905/41400508104_f8149948fb_k.jpg

kombinasi hari yang cerah dgn air pantai yang membiru memang best.

https://farm1.staticflickr.com/960/41400517304_6aeace2f64_k.jpg

tp kat sini nak mandi hagak tak sesuai sbb banyak batu karang.

https://farm1.staticflickr.com/963/42120746481_178bab6827_k.jpg

kitorg mandi kt sini la. tp hagak dalam jd pada yg tak brape nk pandai berenang tu bawakla pelampung. actually kt hujung tu la paling sesuai nak berenang sbb cetek dan pantai tapi sebab ada family kt situ kitorg malas la nk kacau.

dan Pulau Bidan ni pun ade bilik air, tp bilik air die hazabedah la skit. stakat nk kencing dan tukar baju tu bleh la. dan pulau ni pun sbnrnye ade penghuni, penghuni omputih. katenye aktivis jaga pulau, siap ade kebun kecik apa suma. tak sure la diorg ni pendatang haram ke halal ke.

sekeliling Pulau Bidan ni pun ade batu-batu merah yg terhasil akibat hakisan angin dan ombak. sis mintak maap kamera kurang berkualiti skit tp korang bayangkan mcm kat planet alien la sebab hade batu-batuan unik ni

https://farm1.staticflickr.com/953/42120753591_f256df0b4b_k.jpg

sila pakai kasut sebab kalau pakai selipar memang sakit sebab batu die tajam

https://farm1.staticflickr.com/966/42074635982_2ec5c96e1f_k.jpg

esoknye kitorg pegi Pulau Telur. Pulau Telur ni kecik je, tp puas la mandi-mandi kat sini. kebetulan ada satu family ni camping kat situ sebab mancing. ni antarahasil tangkapan diorg

https://farm1.staticflickr.com/945/41219635375_7a41218e01_k.jpg

Pulau Songsong kami pegi sekejap je, sebab memasing pun dah spend byk masa kat 2 pulau td smpi terlepas jadual waktu. tp yg sis leh cakap, Pulau Songsong tu adalah tempat yg agak menarik sebab korang leh nampak bangunan tinggalan zaman jepun, macam ada satu jeti kt situ, tp nampak mcm rumah api pun ye.

my review is, stakat nk weekend getaway sis rasa berbaloi jugak dtg sini. sbb trip tu pun yg join ramai student. tuang-tuang minyak n tol. lagipun pulau ni memang sunyi so kalau korang nak ketenangan pun sesuai la dtg sini. tp mmg sunyi la uols. cuma bile org claim tempat ni Maldives Malaysia, idakla sampai gitu sekali. kalau sis leh kasi bintang, sis kasi 2.5/5 tu pun sebab fasiliti die memang sangat terhad tak mcm pulau-pulau lain.oh ye masa sis datang sini pun, ada group lain baru habis buat kem motivasi kt sini. jadi kalau korang nk buat company teambuilding ala ala survival, try la dtg sini.

zameyla Publish time 15-5-2018 02:04 PM

annehuda replied at 15-5-2018 01:23 PM
3. Pulau Bidan, Telur dan Songsong
Ok trip ni sis pegi last year. trip ni 2 hari 1 malam, buat week ...

"esoknye kitorg pegi Pulau Telur. Pulau Telur ni kecik je, tp puas la mandi-mandi kat sini. kebetulan ada satu family ni camping kat situ sebab mancing. ni antarahasil tangkapan diorg"


mmg aku tak nampak gambar la. Ko ada letak gambar kan?

LelaRentaka7 Publish time 15-5-2018 02:13 PM

annehuda replied at 15-5-2018 01:23 PM
3. Pulau Bidan, Telur dan Songsong
Ok trip ni sis pegi last year. trip ni 2 hari 1 malam, buat week ...

Anne, dari jeti2 yang you sebut kat atas tu memang ada yang offer package island hopping and accommodation eh?
Especially yang Island hopping yang you buat, packagenya is how?
How many island in total did you manage to go?
Cool sesangat trip uols ni and dah dalam wish list.
Thanks and x.

annehuda Publish time 15-5-2018 02:16 PM

4. Bukit Tuk Dun, Pauh

once more, kalau uols gi Perlis dan sukakan aktiviti fizikal santai-santai, sis sarankan uols leh try naik Bukit Tuk Dun ni. Bukit Tuk Dun ni terletak di belakang politeknik perlis. kalau nak naik tu, kene naik melalui tangki air.sis nak explain pun susah direction die, tapi insya allah next trip sis akan letak location pintu masuk Tuk Dun tu kat sini.

Tuk Dun ni sbnrnye adalah kawasan ladang getah. dan antara tempat yang menjadi favourite org Perlis and sekitarnya utk aktiviti hiking sebabnye, laluan die mudah, dan ketinggian die pun tak brape tinggi. dlm 100meter lebih je. yg penting tempat ni pacat-free. tp opkos utk aktiviti mcm ni adalah tidak disarankan utk uols pegi sorang-sorang, jd silalah bawak teman ye. dan dont worry chuols nama je kebun tp line phone penuh kay kat sini. bergantung pada cuaca, disarankan utk naik belah pagi dalam pkl 7. sebab tempat ni hagak kering jadi kalau dh pukul 9 pun panas namatey so silalah bawak payung atau topi dan jangan lupe air.


https://farm1.staticflickr.com/957/27250928827_d235be5048_k.jpg

mcm biasa hujung minggu kami bangun lambat and start mendaki dalam pkl 7.45 gitu

https://farm1.staticflickr.com/970/42121496071_b29a04ce95_k.jpg

tp syukur time ni matahari baru nak naik. waktu ni baru dalam 10 minit la mendaki

https://farm1.staticflickr.com/951/28248906958_be239317bd_k.jpg

sebenarnye perjalanan nk naik tu tak lama pun average dlm setgh jam gitu, tapi dah sekejap berenti nk bergambo kan. time ni dah pkl 8. fefeeling mcm kt morocco plak sbb kawasan die mcm gurun dgn background langit biru tu. #NoFilter

https://farm1.staticflickr.com/907/40314591430_b89445a530_k.jpg

kalau penat pun takpe di tengah perjalanan ada pondok. leh la berehat sambil berposing sakan dan minum air

https://farm1.staticflickr.com/963/41401217274_e96e8ceb2f_k.jpg

kitorg bertuah sebab cuaca sangat cantik masa tu. so that blue sky is even bluer in real time. maap kamera cikai kitorg tak dpt nk capture kecantikan langit biru tu

https://farm1.staticflickr.com/957/41401228004_db20b3ac23_k.jpg

tangga batu ni adalah new addition pada Tuk Dun ni.

https://farm1.staticflickr.com/965/41220478045_0b654b14ab_k.jpg

ok dah sampai. ni lah pemandangan atas Tuk Dun. kat puncak sebenarnye ada pondok dan toilet, tapi sebab mase tu ramai gak orang yg sampai dulu drpd kitorg, kitorg lepak kt lereng je.

https://farm1.staticflickr.com/963/42075314682_2ae9f118d0_k.jpg

my review is, tempat ni sesuai la kalau korang nk cuci mata tengok kehijauan alam. sambil santai santai berjalan sepak daun dengan kawan-kawan. nak piknik pun boleh. tp ada beberapa peraturan yg perlu dipatuhi. :lol:sbb tmpt ni dulu memang tumpuan ramai, tp ditutup seketika sebab terlalu ramai org masuk siap ada org bukak gerai minum lg kt pintu masuk tu, sampai rosak anak pokok getah kat sini. :lol: jadi kalau nak naik, jgn rosakkan pokok, bawak turun sampah dan jangan kotorkan tempat ni. apepun in the next few years, bila pokok dah besar, memang susah nk fefeeling kat gurun lg dah pasni. so if uols kt perlis try la naik, takpa memang sesuai utk starters, bebudak pun bleh naik. walaupun tmpt ni bukan kawasan pelancongan i think it is worth it jugak utk naik sekali sekala.

annehuda Publish time 15-5-2018 03:07 PM

zameyla replied at 15-5-2018 02:04 PM
"esoknye kitorg pegi Pulau Telur. Pulau Telur ni kecik je, tp puas la mandi-mandi kat sini. kebetu ...

kalau uols tak nampak maknenye uols ada 3 kali jumaat je ni hahahaha

annehuda Publish time 15-5-2018 03:13 PM

LelaRentaka7 replied at 15-5-2018 02:13 PM
Anne, dari jeti2 yang you sebut kat atas tu memang ada yang offer package island hopping and accom ...

yg tu meols tak pasti. tp masa trip meols kt bidan tu kan ade family tgh piknik kt situ, so weols sembang-sembangla. theyols sewa bot nelayan dr jeti pantai merdeka. cuma takdela island hopping. hantar pagi pastu tghari tu amek diorg balik je. kos dr jeti pantai merdeka mahal skit sbb dr situ jauh skit dr jeti meols.

cer try contact diorg ni. kot diorg ade arrange lg ke daytrip ni. ni meols dpt dr group hikers meols


LelaRentaka7 Publish time 15-5-2018 03:36 PM

annehuda replied at 15-5-2018 03:13 PM
yg tu meols tak pasti. tp masa trip meols kt bidan tu kan ade family tgh piknik kt situ, so weols...

Thanks Anne. That helps. Dah bookmarked.

zameyla Publish time 15-5-2018 03:38 PM

annehuda replied at 15-5-2018 03:07 PM
kalau uols tak nampak maknenye uols ada 3 kali jumaat je ni hahahaha

:'(:'(:'(
betul la tak nampak pic...
yg uolls post island hopping tu nampak lak...:sweat3:
Pages: [1] 2 3
View full version: Tempat bersantai yang kurang popular di Malaysia


ADVERTISEMENT