Tak Cukup Satu, Ayam Sumbat Keju Jalapeno Memang Terbaik
Pernah makan ayam Le Cordon Bleu? Sedap kan?Resipi kali ini lebih kurang sama namun ada sentuhan jalapeno dan pelbagai rempah penyedap rasa. Tak cuba lagi tak tahu kesedapannya. Jom cuba.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201805/08/182516yveppjrkzeecvrwv.jpg
Foto:Twisted
Bahan-bahan
• 3 dada ayam
• 1 cawan keju mozzarella
• 1 cawan keju cheddar
• 1 cawan keju krim
• ½ cawan daging bacon rangup
• 1/2 cawan jalapeno, dipotong dadu
• Lada hitam
• 2 cawan susu mentega
• 1 1/2 cawan tepung
• 1 sudu besar paprika
• 1 sudu besar serbuk cayenne
• 1 sudu besar serbuk bawang putih
• 1 sudu besar garam
• 1 sudu besar lada hitam
• Garam dan lada hitam sebagai perasa
FUhXGD6hCuk
Arahan
1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan krim keju, mozzarella,cheddar,daging rangup, jalapeno dan lada hitam. Gunakan sudu dan ambil campuran tadi dan letakkan di atas plastik pembalut dan gulung seperti bentuk sosej dan letakkan dalam peti sejuk.
2. Dalam masa yang sama, lenyekkan dada ayam yang diletakkan di dalam plastik pembalut. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Potong campuran keju tadi dan letakkan atas dada ayam. Gulung seperti burrito dan pin menggunakan lidipencungkil gigi.
3. Kemudian rendamkan dalam susu mentega. Dalam mangkuk yang lain letakkan tepung dan perasakan dengan rempah-rempah dalam bahan di atas beserta garam dan lada hitam. Kemudian letakkan di dalam mangkuk tepung tadi.
4. Goreng ia di dalam minyak panas lebih kurang 3 minit. Kemudian letakkan dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10 minit.
5. Sedia untuk dimakan! -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201805/08/182447twqwx28xo22e2yon.jpg
Foto: Twisted alamak malasnye nk wt..
bli kt taxes chicken jela cmni.. grizz: alamak malasnye nk wt..bli kt taxes chicken jela cmni..
Ooooo kt texas chicken ado jual ye. {:hooray nampak sedappppppppp pernah makan cordon bleu tu sbb curious..skali xmampu habiskan sbb besar plak..hahaha 1 sudu besar garam? Kalau dengan cheese lagi masin tak? Maaf ye, sy baru nak belajar memasak. Macam sedapp tak sedap pun jalapeno kat c.texas tu... susu mentega tu cemana? ecahaha replied at 28-5-2018 03:25 PM
susu mentega tu cemana?
rasanya buttermilk, ada jual dalam kotak
Kenapa macam terbakar jer Sedapnya.. tq share resepi saya selalu nak beli jalapeno tapi kat pasaraya umah jarang ade :'( Tq share resepi.. Sedap jugak rasanya ,,,, ayam pulak Tu Rasanya jalapeno ni pedas tak Sedap ni..boleh cuba
Pages:
[1]