Cari-Azza Publish time 30-4-2018 01:18 PM

Lelaki Wajib Tahu Ini, Baru Lah Power - 9 Punca Sperma Lemah


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/224904lfjggyr5f87ckf55.jpg




Kejantanan orang dulu-dulu terletak pada ramainya anak. Lagi ramai anak lagi terbukti kelakian individu tersebut. Tidak hairanlah zaman dulu-dulu anak berderet-deret hingga ada yang membentuk satu pasukan bola sepak.

Namun agak berbeza dengan lelaki zaman sekarang.
Anak ramai bukan penentu kejantanan kerana lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Namun ada juga yang berkata lelaki masa kini tidak subur. Mengikut kajian, sperma menjadi lemah kerana banyak faktor.
9 faktor ini membuatkan sperma lemah hingga sukar mendapat anak.


1)    Panas vs sejuk
Testis berfungsi lebih baik dalam suhu sejuk berbanding suhu panas. Lelaki yang selalu terdedah dengan cuaca panas mungkin mempunyai sperma yang lemah.

2)    Kegemukan
Lebih gemuk lelaki, lebih banyak hormon wanita (estrogen) dirembeskan dalam tubuh. Obesiti boleh mengakibatkan penurunan jumlah sperma, fungsi seksual dan ketidaksuburan sistem reproduksi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/224134al5262ka316fya71.jpg




3)    Perokok tegar
Tembakau mengandungi nikotin yang mengganggu fungsi seksual lelaki lalu mengurangkan penghasilan sperma. Ambil perhatian ya perokok sekalian.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/224126ga6asbsrvbnubga6.jpg




4)    Demam panas
Kajian menyatakan kepekatan sperma boleh menurun hingga 35% daripada suhu biasa.

5)    Kerap berendam air panas
30 minit anda berendam dalam jakuzi membuatkan produktiviti sperma menurun.

6)    Seluar ketat
Keadaan seluar terlalu ketat menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut sekaligus menganggu sistem pembiakan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/224422wv5vqwc3w4qwfqvx.jpg

7) Pembesaran pembuluh darah
Dianggarkan sebanyak 15% daripada lelaki menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah yang biasanya berlaku di testis kiri. Keadaan ini mengakibatkan lelaki mempunyai jumlah sperma yang rendah.

8)    Radiasi telefon bimbit / komputer riba
Jangan main-main ya, radiasi telefon bimbit yang disimpan dalam poket seluar juga dikatakan turut memberi kesan pada tahap kesuburan alamat kelamin lelaki. Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil akibat daripada penggunaan komputer riba dan telefon mencatat suhu 35 darjah selsius. Jadi, pastikan jangan letakkan labtop terlalu lama atas peha ya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/224134igygqiiyvvjyqvtt.jpg



9)    Penyakit
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, kesan atau jangkitan kuman, trauma dan masalah psikologi seksual turut menjejaskan kualiti sperma.

Banyak sebab rupanya. Jadi jaga kesihatan untuk mendapatkan sperma yang baik okey. - CARI

besarkecik Publish time 30-4-2018 01:49 PM

Jenuh la aku nak riba kereta

AbukRokok Publish time 30-4-2018 01:52 PM

kereta riba tu apa?

Naomi_Teh Publish time 10-7-2018 12:06 PM

> https://www.khangshenherbs.com/health-tips/7-testosterone-killers-men-need-to-avoid/ <
Pages: [1]
View full version: Lelaki Wajib Tahu Ini, Baru Lah Power - 9 Punca Sperma Lemah


ADVERTISEMENT