melnanzz Publish time 29-4-2018 04:55 PM

CIK SEMPURNA [Dahlia TV3: Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areed

Cik Sempurna
slot Dahlia TV3
bermula Mei 2018

https://3.bp.blogspot.com/-2RLIC8U3i90/WuBCK4FJzpI/AAAAAAAAGXI/THyguE87G2UXcJx4CXD-6iG9Hj_TInTMACLcBGAs/s1600/Cik%2BSempurna.jpg

Nantkan drama bersiri 'Cik Sempurna' yang menampilkan gandingan Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman dan Dayang Areeda. Drama sebanyak 21 episod terbitan A. Aida Production Sdn Bhd dibawah arahan Khalid Nadzri. Akan bersiaran pada bulan Mei nanti menerusi slot Dahlia di TV3.

JUDUL : CIK SEMPURNA
JUMLAH EPISOD : 21 episod
TARIKH TAYANGAN : Mei 2018
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3
IDEA ASAL : Dato A. Aida & Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areeda, Aiman Graseka, Farisya Irwayu, Aishah Atan, Nor Albaniah

WATAK PELAKON
Emma Maembong sebagai Noreen
Azrel Ismail sebagai Hadi
Zoey Rahman sebagai Zharif
Dayang Areeda sebagai Munirah

LAGU TEMA / OST
iamNEETA - Terima Kasih
-sdHPD8lt9o

melnanzz Publish time 18-6-2018 11:31 PM

Episod pertama baru sahaja ditayangkan di slot Dahlia TV3.

SINOPSIS CIK SEMPURNA
Memaparkan Noreen, sangat pembersih dan cerewet. Masalahnya, Noreen selalu mengamuk kerana dia tinggal dengan adiknya, Munirah yang pemalas dan pengotor.

Namun, bab penampilan, Munirah yang ceria sentiasa mahu nampak cantik dan bergaya. Dia sentiasa menebalkan telinga apabila kakaknya membebel.

Di pejabat juga semua kakitangan meluat dengan sikap Noreen yang terlalu terperinci itu. Apa yang melucukan, mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang kontras dengan mereka.

Lalu banyak dipaparkan pengajaran dan kesabaran mendepani serta menerima pasangan suami isteri selepas kahwin.

https://2.bp.blogspot.com/-pIvFTtSXK4o/Wxo5XgEIjJI/AAAAAAAAGjU/9uaYSV90lxIX7XV9QojFJMczotBzbsfyACLcBGAs/s1600/Pelakon%2BCik%2BSempurna.jpg

hambaallah1709 Publish time 1-7-2018 07:54 PM

layan juga citer ni...
ok la...
dayang areeda yang watak munirah tu siapa yer?

watachiwa Publish time 6-7-2018 08:49 AM

hambaallah1709 replied at 1-7-2018 07:54 PM
layan juga citer ni...
ok la...
dayang areeda yang watak munirah tu siapa yer?

rasernya dia sokmo berlakon antagonis sebelum ni.
bukan drama yg pakcik remy dgn Ain Edruce tu dia ke berlakon jd Syikin.

Azrel ni bile lak watak dia jumpe emma tu.
ke time osmet dia kawen dgn adik emma?
Pages: [1]
View full version: CIK SEMPURNA [Dahlia TV3: Emma Maembong, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Dayang Areed


ADVERTISEMENT