Cari-Nora Publish time 27-4-2018 10:54 AM

Sama Macam Emerald Pool Di Krabi, Jom Mandi Manda Di Sungai Jernih Di Terengganu

Tak jauh, hanya terletak di ‘Ganu’ kita! Air sungai yang jernih dan mengundang ini terletak di daerah Besut, Hutan Lipur Lata Belatan dan merupakan pintu masuk utama kepada mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/211143am4jxgzzguutowtm.jpg
Foto:Facebook

Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik.

Jika anda ingin melakukan aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, anda hendaklah berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/211143jnnwf2fpww0p56f2.jpg
Foto:Facebook

Pengunjung hutan lipur ini dikenakan bayaran masuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/211143em5wj7wpyhzyryah.jpg
Foto:Facebook

Lokasi:
Hanya 24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Teren gganu - Kota Bharu.


Hutan Lipur Lata Belatan ini terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/26/211143my8264ls9s8r49l6.jpg
Foto:Facebook

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu.
Tel:09-6274155


Diharapkan keindahan dan kebersihan hutan dan sungai di sini sentiasa terpelihara supaya generasi akan datang dapat sama-sama menikmati dan menghargai keindahannya!


Jom Ganu kita! -CARI

Artemesiaa Publish time 27-4-2018 11:15 AM

Harap kecantikan, keaslian dan kebersihannya sentiasa terjaga selalu dan tak jadi seperti ditempat lain.

grizz Publish time 27-4-2018 11:32 AM

indah lg ke..
dlu2 slalu g..

Andyscenes Publish time 27-4-2018 11:42 AM

Kat langkawi pun ada juga, air terjun temurun namanya..

Themilo Publish time 27-4-2018 12:31 PM

iols pernah pergi taman negara endau, pun ada air terjun biru camni.. kitorang mandi-manda kat situ tengahari, then kawan meols nampak cik pon bertenggek atas pokok.. mencecet weols lari.. {:smileo{:smileo

armin Publish time 27-4-2018 12:33 PM

Themilo: iols pernah pergi taman negara endau, pun ada air terjun biru camni.. kitorang mandi-manda kat situ tengahari, then kawan meols nampak cik pon berteng ...siang2 ada cik pon ke?

Themilo Publish time 27-4-2018 01:01 PM

armin replied at 27-4-2018 04:33 AM
siang2 ada cik pon ke?

of course ada sisthur, tengah hari, tengah hutan belantara plak tu.. iols tak nampak, cuma gelabah je la bila kawan tu suruh packing cepat2 & blah..

moonbug Publish time 27-4-2018 02:00 PM

Cantiknya. Mmg biru ye air dia ke ada time juga

drivethru Publish time 27-4-2018 06:08 PM

moonbug replied at 27-4-2018 02:00 PM
Cantiknya. Mmg biru ye air dia ke ada time juga

Aku ni buta warna. Bila orang cakap air kaler biru, puas aku tenung tang mana biru nyer. Air laut pun macam tu jugak.

chicozinn Publish time 30-4-2018 09:38 AM

harap simpan la khazanah negara ni..jgan la ditarahnye segala hutan n sungai pastu wat taman tema air last2 byar mahal nk mampos kononnye untuk kemajuan negara..haktuihhh!!

korokure Publish time 6-5-2018 10:45 PM

sangat indah dan tenang. boleh singgah nantibila ke Terengganu

ctsueraya Publish time 6-6-2018 09:02 AM

bestnye...taktau dalam Malaysia pun ada ala2 Emerald Pool..teringat masa mandi kat Krabi
lama hokayh berendam sebab tak dalam kan kolam tu
tapi air dia ada rase2 lain sikit kan haha

bedahmenjuyah Publish time 6-6-2018 11:17 AM

Themilo replied at 27-4-2018 01:01 PM
of course ada sisthur, tengah hari, tengah hutan belantara plak tu.. iols tak nampak, cuma gelabah ...

Eeee skerinya. Tak tau plak siang2 pun menjelma
Pages: [1]
View full version: Sama Macam Emerald Pool Di Krabi, Jom Mandi Manda Di Sungai Jernih Di Terengganu


ADVERTISEMENT