Cari-Azza Publish time 24-4-2018 04:28 PM

Hangatkan Tubuh Cara Orang Cina – Amoi Kongsi Resipi Sup Longan Dan Kurma Merah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/22/190045trmwgzvvjmkww9gk.jpg




Setiap bangsa mempunyai amalan atau petua masing-masing demi mendapatkan badan yang sihat. Jika orang Melayu kaya dengan pemakanan jamunya, orang India pula dengan rahsia kunyitnya, kaum Cina juga mengamalkan petua tradisi iaitu kurma merah.
    Walaupun ramai yang mengamalkan petua ini adalah ibu bersalin kerana mahu susu ibu meriah, namun sebenarnya ia sangat bagus diamalkan bagi semua yang mahukan vitamin semulajadi.
   
Maklumlah bila yang asli ini, ia pastinya tiada kesan sampingan. menambahkan kecergasan, menghangatkan tubuh dan bagus untuk menambah sel sel darah merah untuk mereka yang kurang darah atau anemia.
   
Netizen ini, Amanda Tan atau popular dengan nama Amoi Jamu berkongsi resipi yang sangat mudah disediakan ini iaitu sup longan dan kurma merah. Semuanya untuk sihat dengan cara semulajadi. Jom hangatkan tubuh carabangsa Cina.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/22/185436woh6c6ocg3ccfhg6.jpg



Sup kurma merah dan longan
Bahan-bahan
-    segenggam longan kering
-    segenggam kurma merah
-    segenggam buah goji
-    segenggam Yuk Chuk
-    2 batang Huai Shan atau dikenali ‘Naikamo’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/22/185437njxjj5n3h4fcncxy.jpgBahan-bahan herba



Cara membuatnya
1)    Bersihkan semua bahan. Hiris kulit Huai Shan dan cuci sekali lagi. Potong saiz sederhana.
2)    Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Isikan 800ml air.
3)    Biarkan mendidih dengan api kecil selama 2 jam (jaga supaya tidak hangus atau melimpah). Jika air kurang, tambahkan air.
4)    Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/22/185436fke9cooc5t6e52e5.jpgSetelah 2 jam direbus



Manfaat
- Longan kering - bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.
- Kurma cina -memperkaya dan menambah sel sel darah merah.
- Buah Goji -bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan.
- Yuk Chuk - menguatkan paru paru dan sistem imun badan.
- Huai Shan @‘Naikamo’- kuatkan organ perut dan limpa dan kurangkan keletihan.

* Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina. Huai Shan pula boleh dibeli di pasar raya bahagian sayur sayuran.

Jom sihat secara semulajadi. - CARI

Kredit : FB Amanda Tan

grizz Publish time 24-4-2018 04:30 PM

aku klu nk minum minuman kesihatan ni g je kedai mkn cina..yg halal la..
senang..

noraidil_06 Publish time 24-4-2018 04:37 PM

My fav ms dlm pantang. Beli kt kedai ubat cina. Campak je dlm slow cookerm done. Kalau rajin, msk dgn ikan haruan

chinta89 Publish time 24-4-2018 04:44 PM

MCM BEST JE

missinpiece Publish time 24-4-2018 05:05 PM

Sup ayam masak ngn herba sodap

CiliPadiSedap Publish time 24-4-2018 05:15 PM

noraidil_06 replied at 24-4-2018 04:37 PM
My fav ms dlm pantang. Beli kt kedai ubat cina. Campak je dlm slow cookerm done. Kalau rajin, msk dg ...

kaka masak ikan haruan, sekali isi hilang lupa padam api dapur:lol:

myakayina Publish time 24-4-2018 05:26 PM

goji beri tu aku selalu letak kat overnight oat..sedap ..my cainis kolig jua yg ajar..

Catpaw Publish time 24-4-2018 06:18 PM

Pernah buat kurma merah, goji rebus. Tambah gula batu sikit, lagi manis ;P

Buat yang tak pernah cuba, kurma merah tu beli yang ada biji, sebelum rebus buang dulu biji dia. Bukan kurma yang jenis manisan tu tau :laugh3: kawan cina iols juga ajar mende ni. Siap ajar srh bubuh dalam sup

Cari-Azza Publish time 24-4-2018 06:48 PM

myakayina replied at 24-4-2018 05:26 PM
goji beri tu aku selalu letak kat overnight oat..sedap ..my cainis kolig jua yg ajar..

tabur macam tu ja ke kena rebus?

DeeHanania Publish time 24-4-2018 07:08 PM

Faveret nie...
Slalu buat rebus kurma merah,goji&halia...
Sedap!!!

lwyl Publish time 24-4-2018 09:44 PM

Masak nasi campak goji berries sedikit. Baik untuk mata.

Rendam kurma merah dan goji berries dalam secawan air panas dan minum.

umbut Publish time 25-4-2018 08:59 AM

Aku selalu minum longan, kurma merah utk bykkan susu badan..

hiriko Publish time 25-4-2018 09:20 AM

Catpaw replied at 24-4-2018 06:18 PM
Pernah buat kurma merah, goji rebus. Tambah gula batu sikit, lagi manis

Buat yang tak pernah c ...

Kenapa kena buang biji dulu ye??

myakayina Publish time 25-4-2018 09:42 AM

Cari-Azza replied at 24-4-2018 06:48 PM
tabur macam tu ja ke kena rebus?

rendam dlm air panas sekejap, biarkan sejuk lepas tu baru masuk dlm oat..

Catpaw Publish time 25-4-2018 08:18 PM

hiriko replied at 25-4-2018 09:20 AM
Kenapa kena buang biji dulu ye??

Bijik kurma tu panas kate ahmoi sekerja iols, tu yang dia srh buang duu

chicozinn Publish time 26-4-2018 04:29 PM

meolss penah beli kurma merah da siap buang biji..rasa pelik siot xcam kurma merah yg belum buang biji punya..trus stop minum padahal dulu rajin wat air rebus nk tmbah susu..sejak anak da benti bf, trus xbeli lagi da brg2 tu sume

vee_zara Publish time 29-5-2018 12:55 AM

Sedappp rasa fresh je kat tekak.

drivethru Publish time 29-5-2018 10:38 PM

Selalu beli yg dah siap pack kat kedai mee tarik warisan. Balik rumah tambah air panas jer.

kucing02 Publish time 28-11-2018 12:38 PM

sedap.. segar je bila minum ni

mizziaz Publish time 29-11-2018 09:45 AM

Light & refreshing.
Kalau letak ice pun sedap gaks. Jadi ala2 linchi kang.
Pages: [1] 2
View full version: Hangatkan Tubuh Cara Orang Cina – Amoi Kongsi Resipi Sup Longan Dan Kurma Merah


ADVERTISEMENT