easicircle Publish time 23-4-2018 11:38 AM

6 Matlamat Kewangan yang Perlu Dicapai Sebelum Usia 30 tahun

Edited by easicircle at 23-4-2018 11:43 AM

Urus Pendapatan Dengan BaikHal ini adalah faktor asas untuk mencapai matlamat kewangan sebenar. Apa jenis pekerjaan sekalipun tidak kira bergaji besar mahupun kecil. Anda perlu bijak menguruskan pendapatan dengan mendahulukan segala komitmen bulanan terlebih dahulu. Utamakan keperluan daripada kehendak. Perlu konsisten supaya aliran kewangan anda tidak terjejas.
Mempunyai Simpanan TetapSimpanan tetap bermaksud simpanan kecemasan yang anda akan hanya keluarkan jika berlakunya hal penting dankecemasan sahaja. Mulakan dengan ketepikan 10 peratus daripada gaji anda.Namun, cuba tingkatkan jumlah simpanan mengikut kemampuan secara berkala.

Mempunyai Perlindungan InsuransKesihatan adalah aset yang paling berharga. Maka lindungilah diri di usia muda dengan perlindungan insurans nyawa dan kesihatan. Sekurang-kurangnya anda mempunyai biayai untuk kesihatan dan diri jika ditimpa musibah yang tak diduga.

Mempunyai AsetMembeli sekurang-sekurangnya sebuah rumah sebagai aset. Beli rumah mengikut kemampuan gaji anda. Cuba sediakan satu tabung khas sebagai simpanan persediaan untuk memiliki rumah pertama. Pembelian rumah atau hartanah juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dijual pada masa akan datang. Selain itu, membeli rumah di usia muda juga mampu memanjangkan tempoh pinjaman perumahan dan ansuran bulanan juga akan menjadi rendah.

Bebas dari Hutang JahatElakkan dari membuat pinjaman peribadi, kad kredit, atau membeli telefon pintar secara ansuran. Hal ini, hanya akan mengakibatkan anda terikat dengan hutang yang mempunyai kadar faedahyang tinggi. Jika ini berlaku ia hanya akan menambah beban hutang anda. Malah menyukarkan pinjaman anda daripada diluluskan.

Mempunyai Kenderaan SendiriMemiliki kereta idaman menjadi impian setiap orang. Namun memiliki kereta mengikut kemampuan itu jauh lebih penting. Ambil tahu tentang kos penyelenggaran sesebuah kenderaan supaya tidak terbeban dengan kos selenggara. Tidak perlu memakai kereta import jika separuh daripada gaji anda harus dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan.

grizz Publish time 23-4-2018 01:44 PM

ade yek term utang jahat..
utang baik tu cmne lak..

airisa Publish time 23-4-2018 02:21 PM

grizz replied at 23-4-2018 01:44 PM
ade yek term utang jahat..
utang baik tu cmne lak..

hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah

grizz Publish time 23-4-2018 02:27 PM

airisa replied at 23-4-2018 02:21 PM
hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah

owh..gtu..{:spoto

easicircle Publish time 23-4-2018 03:11 PM

airisa replied at 23-4-2018 02:21 PM
hutang baik tu hutang yg memberikan faedah - hutang rumah

terima kasih untuk pencerahan.

Tunan Publish time 18-9-2022 08:37 PM

Semua tu dah ada kecuali hutang jahat

Ada 1 personal loan. Lagi setahun nak bayar
Dan shopping guna Cc
Pages: [1]
View full version: 6 Matlamat Kewangan yang Perlu Dicapai Sebelum Usia 30 tahun


ADVERTISEMENT