unahana Publish time 22-4-2018 10:45 AM

hidup hancur

Assalamualaikum.
Saya adalah seorang student. saya menyambung pelajaran dengan pinjaman mara. sekarang berada di tahun akhir. saya memerlukan nasihat dan bantuan. Masalah bermula sejak saya kena buat tesis tahun akhir. saya telah mencadangkan kepada penyelia tajuk yang saya ingin kaji. penyelia saya approve tajuk tersebut. namun saya tidak dapat proceed dengan tajuk itu kerana masalah mendapatkan data. saya pernah minta tukar tajuk dengan penyelia tapi tidak dibenarkan. berbulan bulan saya stress disebabkan ini. tak makan. tidur tak lena. saya mendapati tanda2 depress. sy akan terjaga kerana panik. bila saya makan, sy rasa nak muntah.saya akan terjaga pada waktu malam dan badan akan mengigil hingga pagi, saya rasa sangat sakit. saya terfikir untuk membunuh diri. yuran sy adalah rm11250 bg dua sem kerana sy dikira tidak menerima subsidi kerajaan. kadangkala saya membeli barang tanpa berfikir terlebih dahulu. apabila rakan ajak keluar saya akan keluar. saya takut nak menolak sebab saya tidak ramai kawan dan takut menyinggung perasaan mereka. beberapa bulan kebelakangan ini saya menolak ajakan rakan jika hendak keluar. saya juga berkurung di dalam bilik untuk mencari maklumat mengenai tesis saya. bermacam-macam cara yang saya lakukan. rakan saya pula adalah orang yang kuat makan dan sentiasa ingin makan y sedap2, kadangkala sy terpaksa mengikut kehendaknya sebelum ini. bila saya menolak beberapa kali ajakannya, hubungan kami mulai renggang. saya tiada kwn yg ingin dikongsi masalah. masalh depress semakin apabila say perlu memikirkan hutang mara yang perlu dibayar apabila tamat belajar. sy meminjam lebih dari 100k,jd kalau sy tidak mendapat 3.5 ke atas,, saya perlu membayar lebih dr 20 k. sy juga mempunyai hutang kereta. sy tdak berfikir panjang apabila membeli kereta. pd awalnya mara memberi rm 700 sebulan, rm 400 membayar hutang kereta. tp mara telah memberhentikan wang y diberib setiap bulan semasa sy tahun tiga. sy takut memberitahu ini kepada keluarga saya. keluarga saya tidak berada. sebenarnya saya datang dari keluarga yang bermasalah. keluarga saya tidak solat. ibu bapa kami tidak pernah menyuruh kami solat. ayah saya tidak solat dan mak saya solat namun apabila dia terlampau penat dia tidak solat. mak saya penat kerana semua kerja rumah diuruskannya sendiri. diabtidak pernah menyuruh sy dan adik beradik melakukan kerja rumah. dia juga bekerja. apabila pulang bekerja dia terpaksa memasak kerana sy langsung tidak pandai memasak. sy ada juga membantunya melakukan kerja rumah. namun apabila saya melihat adik beradik y lain tidak melakukannya, sy jadi sakit hati dan tidak membantunya. ayah saya pula juga tidak membantu. lebih teruk dia tidak memberikan nafkah kepada keluarga kami. makan dan minum serta belanja adik2 sy bersekolah ditanggung oleh mak sy. jika adik sy y berada di politeknik meminta duit dr ayah. ayah sy akan meminta duit dr mak sy. sy takut untuk memberitahu masalah sy, kerana mak sy akan menanggung segala-galanya. sekarang sy tidak dapat meneruskan tesis dan mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran. sy tidak tahu di mana untuk mendapatkan wang. sy juga risau terpaksa membayar penuh pinjaman mara. sesiapa yang mempunyai nasihat dan cara untuk saya keluar dari masalah ini, tolong beri cadangan. mohon jangan kecam sy, sy takut tidak dapat mengawal diri dan membunuh diri dan meninggalkan hutang2 ini untuk ditanggung oleh mak saya.

Minami2013 Publish time 22-4-2018 11:06 AM

U sambung master ke?.. utk soalan berkaitan data collection, kenapa u tk boleh collect data? Cuba cari mana2 database yg berkenaan..insyaAllah ada.. kalau sv u tk kasi tukar, mintak die guide mcm mane nk dpt kan data tu.. dulu i ade experience sbb i tk ngam dgn sv so i tukar sv terus... i dah habiskan mase setahun mcm tu je.. percaya lah, doa sungguh2 nanti ada jalan nye..

burque Publish time 22-4-2018 11:11 AM

Patutnya sebelum buat tesis dah fikir mana n how to collect data. And patut dari literature review dah boleh tgk data kajian lepas unless u buat benda baru. SV x bg tukar tajuk coz dia tau kena start dari chap 1 balik. Ada 2 benda u bole buat:
A. Drop tesis dan buat semula from a-z sem depan

B. Fabricate data kahkah

Pilihan d tgn anda

CiliPadiSedap Publish time 22-4-2018 11:28 AM

cuba bgtahu tajuk thesis? kut2 kami boleh bagi database

makita Publish time 22-4-2018 11:44 AM

Dik...try tnya sv tajuk yg sv pro dan tanya kebarangkalian data boleh diperolehi.
Kawan meols selepas 1 sem tukar tajuk sbb tajuk yg dia buat tu susah nk dpt secondary data. Kecuali guna primary data..

doubleA Publish time 22-4-2018 11:46 AM

Masalah yg bersangkut paut, mula dari thesis (study) ke pergaulan sosial, masalah duit & family. Dik, tolong berjimat cermat dahulukan keperluan berbanding kehendak. Kawan ko yg renggang sebab ko tak ikut berjimba tu bukan kawan. Kalau pun dorang tak boleh tolong lebih2 tlg faham pun jadi la. Yg kedua, kalau rasa memang tak boleh cope dgn thesis terpaksa tangguh sem. Ketiga ko kena kerja part time pun jadi la boleh cover belanja bulanan. Semoga ko kuat & dipermudahkan urusan

Sazida Publish time 22-4-2018 11:57 AM

Aku sorang je ke yg baca mcam budak sekolah rendah?? :L

unahana Publish time 22-4-2018 12:06 PM

tesis sy kena hantar minggu depan dan saya masih tidak dapat data tersebut. ya Allah sy dah tak tahu nak buat apa

unahana Publish time 22-4-2018 12:07 PM

tajuk tesis saya analisa hakisan di tasik ukm

unahana Publish time 22-4-2018 12:10 PM

semua salah sy

unahana Publish time 22-4-2018 12:10 PM

saya tidak berfikir panjang

unahana Publish time 22-4-2018 12:11 PM

macam mana saya nak fabricate data? sy sangat terdesak

unahana Publish time 22-4-2018 12:11 PM

tesis sy memerlukan terlampau banyam data. sy degree

little_sis Publish time 22-4-2018 12:14 PM

Tukar je la tajuk baru tesis tu, dari ko buang masa dan tenaga depress pikir.. kot boleh transfer depress ko tu ke sv takpe jugak.. buat la tesis yg ko boleh deliver, bg siap master tu cepat.. jgn buang masa mkn x selera tido x lena.. byk benda ko kena buat utk bantu family lps abis master tu

unahana Publish time 22-4-2018 12:23 PM

saya degree dan saya kena hantar tesia ni minggu depan

noor2 Publish time 22-4-2018 12:23 PM

Dik. ..masalah terbesar hang dalam hidup hang sekarang ni ialah tesis. ...kenapa meleret hang kutuk mak bapak hang sampai hang jaja keburukan derang. ...adehhh...elok2 dapat pinjaman hang beli kereta....kereta jenis apa yang hang beli ?..

unahana Publish time 22-4-2018 12:24 PM

saya minta maaf kerana bersikap seperti ink tetapi saya betul2 buntu memkirkan hal ini

unahana Publish time 22-4-2018 12:25 PM

adakah orang yang boleh membantu saya dengan tesis saya.. saya mohon sangat2

unahana Publish time 22-4-2018 12:26 PM

adakah sesiapa yang dapat membantu saya?

unahana Publish time 22-4-2018 12:27 PM

sy minta maaf jika bersikap seperti ini, sya betul2 buntu
Pages: [1] 2 3 4
View full version: hidup hancur


ADVERTISEMENT