Cari-Nora Publish time 12-4-2018 11:25 AM

Gua Fingal Di Scotland Bakal Membawa Anda Masuk Ke Zaman Romawi Kuno

Gua Fingal adalah salah satu gua di dunia yang mempunyai bentuk dinding yang menarik iaitu berbentuk heksagon. Ia terjadi akibatyan g terbentuk kerana letusan gunung berapi.


Gua ini terletak di Pulau Staffa, bahagian barat laut Scotland dan telah didaftarkan dalam National Trust for Scotland, sebuah lembaga konservasi berkaitan dengan alam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/111951qvzw0vizl060olrp.jpgFoto: visitcryptoville.com




Keindahan Gua Fingal telah menjadi sumber inspirasi kepada beberapa seniman dan artis. Antaranya Felix Mendelssohn, seorang komposer berasal dari Jerman.


Dia telah mencipta sebuah lagu berjudul Hebrides Overture setelah kunjungannya ke gua ini sekitar tahun 1830. JMW Turner, seorang pelukis berasal dari England turut membuat karya tentang tempat ini yang berjudul Staffa, Fingal’s Cavepada tahun 1831.


Dari luar pulau ini kelihatan seperti Parthenon (kuil Dewi Athena) yang terletak di Greek. Jika anda memasuki kawasan dalam gua anda akan terasa seperti masuk ke sebuah istana pada masa Romawi kuno.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/111951a6pg881i0p8kpss8.jpgFoto: www.wildlifearchives.com




Tiang-tiang berukuran raksasa berdiri kukuh di sisi kanan dan kiri manakala tiang kecil di bawahnya seolah-olah pengawal yang menyambut kedatangan pengunjung. Bezanya, dasarnya bukanlah tanah atau lantai berkilap, tapi air laut yang biru dan bergelombang.


Cara ke Gua Fingal:


Anda harus terbang ke Glasgow, Scotland terlebih dahulu kemudian menaiki kapal terbang tempatan untuk ke Pulau Tiree,(lapangan terbang paling dekat dengan Pulau Staffa). Anda boleh memilih pelbagai jenis pakej melalui agen pelancongan setibanya anda Pulau Tiree.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/111951e6hzvf0g5f06z0f9.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/112353vaeat5pn7zit7eli.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/112353negg33tgs0g0jgwt.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/12/111951sei24zyoghmef1jo.jpg
Foto: Pandotrip.com


Biasanya,pakej-pakej tersebut termasuk pulau-pulau lain di sekitar Staffa, bukan hanya ke Fingal’s Cave sahaja. April hingga September adalah bulan yang paling sesuai untuk melawat gua ini.


Geram tengok gambar? Apa lagi menabunglah dan lawat Gua Fingal jika anda berpeluang ke Scotland! -CARI

zulka Publish time 12-4-2018 11:27 AM

wow..cantiknye

Artemesiaa Publish time 12-4-2018 12:01 PM

Cantik dan unik macam dalam filem

nisako Publish time 12-4-2018 12:11 PM

cantiknye...............

meklalala Publish time 12-4-2018 03:52 PM

cantik sangat..kalau dapat pergi sini bestnyaaaa

abangadek Publish time 12-4-2018 05:49 PM

gerun tengok air laut mcm tu

cmf_ultraviolet Publish time 12-4-2018 06:29 PM

cantik sangat

airmineral Publish time 12-4-2018 08:20 PM

Wowwww unik dan cantiqqqq

nafham Publish time 13-4-2018 06:48 AM

Actually ada few places yg batu2an dia mcm ni. Kat hendon pun ada jua. Tp paling popular or cos lah Giant Causeway kat North Ireland. Iols tahun lepas ke sana. Takjub sgt sbb batu2an dia gitu. Cantik buat amik gambar. Huntung iols dtg ms low tides. So banyak batuan2 terdedah. Kalau dtg time high tide, sendu lah sikit sbb sparuh batu2an dia hilang.

mujer_in_espejo Publish time 14-4-2018 06:32 PM

di Tawau, sabah pun ada batu2 cmni kan
Pages: [1]
View full version: Gua Fingal Di Scotland Bakal Membawa Anda Masuk Ke Zaman Romawi Kuno


ADVERTISEMENT