Cari-Faizal Publish time 11-4-2018 01:49 PM

Ini Resipi Nasi Ayam Gabungan Resipi Kak Laily Subang Dan Steak Me'nate! Wow..

Nasi ayam merupakan menu favourite rakyat Malaysia. Ternyata nasi ayam ni banyak versinya. Ada yang ayam digoreng garing, ayam digoreng basah dan ada juga ayam digoreng madu.

Tak kurang juga dengan nasi yang pelbagai versi. Ada nasi yang berwarna putih dan ada juga nasi yang seakan-akan warna kekuningan.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/11/125324nqyoz2noyoqfj1m5.jpg


Jika hendak menghasilkan nasi ayam yang luar biasa kesedapannya ada cara dan tekniknya. Jika ingin mencuba kelainan dan menikmati nasi ayam sebenar boleh cuba resepi oleh Puan Rafiza Idayu ini.


Memetik dari laman Mingguan Wanita, khabarnya, resipi ini merupakan adaptasi resipi Nasi Ayam Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me'nate oleh Tuan Haji Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

Berikut antara perkongsian tip tersebut:

1. Nasi tampak 'mewah' dan sedap

Rendam beras dengan kunyit 15-30 minit dan toskan. Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita warna kuning krim sahaja. Warna pastel menampakkan hidangan kelihatan 'mewah'.

Lemak ayam adalah 'the ultimate secret' dalam pembuatan nasi ayam. Lemak paling banyak di bahagian tongkeng ayam. Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk digunakan ketika menumis nanti.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/11/125324hp900zmwpx9vmpww.jpg


Bahan-bahan

Beras 3 pot (Untuk 6-7 orang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam
Bay leaf atau daun pandan
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit

Cara-caranya

1. Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi di atas dapur dan tutup.
2. Setelah lemak bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih berserta halia yang ditumbuk halus.
3. Kemudian masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
4. Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan juga sama sukatan beras tersebut.
5.Pindakan ke periuk nasi. Bias sehingga masak.

2. Ayam 'Juicy'

Masak air sehingga mendidih dan guna api yang besar. Pastikan didihkan air yang banyak hingga mampu meneggelamkan semua ayam.
Bila air dah menggelegak, baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg k eatas. Terpulang nam potong 12 ataupun 4 ataupun seekor ayam direbus.

Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5-6 minit.

Tujuan menggunakan air mendidih untuk 'perangkap' jus ayam agar kekal dalam daging ayam tersebut.

Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup, nasi dan sambal.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/11/125324yt71r77hsyp111ng.jpg


Bahan-bahan prapan ayam

2 ulas bawang putih
3 sudu madu
2 sudu sostiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
Sedikit lada sulah

Cara-caranya

1. Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan tadi. Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3. Guna api sederhana kecil, apabila minyak sudah betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat. Goreng dalam 5-7 minit sahaja.
Boleh juga nak grill dalam oven atau panggang atas arang api. Resipi tetap sama.

3. Sambal nasi ayam
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/11/125324kerdiww93rhhhh3q.jpg


Bahan-bahan

6 biji lada besar merah
4 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau
Sedikit halia
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
200 ml air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara-caranya

1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan ayam.
2. Masukkan dalam priuk, masak guna api yang kecil.
3. Sudah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Siap.!

Selamat mencuba. - CARI

Sumber: Rafiza Idayu Via Mingguan Wanita

moonbug Publish time 11-4-2018 02:15 PM

Bestnya. Mcm sedap je. Kalau buat utk makan ramai-ramai berbaloi

CiliPadiSedap Publish time 11-4-2018 02:33 PM

lemak ayam sekarang mahal sejak ada gst, akak pakai lemak vokuru je

UsuFie Publish time 11-4-2018 02:43 PM


kicapnya takda pulak resepi

nisako Publish time 11-4-2018 03:20 PM

wow boleh try la ni..........

cewekbopot Publish time 11-4-2018 04:46 PM

nmpak uenak

RatuDunia94 Publish time 11-4-2018 09:56 PM

Lbh kurang je dgn resepi nasi aym yg selalu iols buat..

rohayatimat Publish time 11-4-2018 11:59 PM

Wahhhh...Tengok gambar pun sedap...bertambah terliur jadinya...Terima kasih kerana berkongsi resepi, mesti cuba bila ada masa terutama bila anak2 balik bercuti...

www.ibusambal.com

mystica Publish time 12-4-2018 12:50 AM

nampak sedap. i sgt suka nasi ayam.

pearl.silver Publish time 12-4-2018 01:03 AM

Teringinnyaa nasi ayam yg sedap..
Kat mana nk cari ni..

tri-max Publish time 12-4-2018 08:32 AM

yeah... another keeper recipe,
tang lemak montot tu maybe skip jah, ngak lalu di tekak we oulss ;P

ms.mango Publish time 12-4-2018 06:06 PM

nampak sedap.. leh try buat.. jadi lapar la petang2 ni :L

myakayina Publish time 16-4-2018 12:04 PM

last week baru je mkn n.ayam k.laily ..mmg sedap..resepi dia pun mudah jer..tak remeh..
ayam dia tu yg special..rebus then goreng deep fry sekejap sampai kulit crispy..

lyza2474 Publish time 16-4-2018 03:40 PM

kalau nak jagalagi sihat.. x yah punmasukkan kiub ayam tu.. masukan air rebusan ayam sudah....

burberry Publish time 17-4-2018 10:15 AM

lyza2474 replied at 16-4-2018 03:40 PM
kalau nak jagalagi sihat.. x yah punmasukkan kiub ayam tu.. masukan air rebusan ayam sudah....
...

ha a akak pon pakai air rebusan ayam je...resepi lain sama cam akak buat..

kelip2_07 Publish time 30-4-2018 10:55 AM

sdpnyee..dh la tgh lpr

Rob07 Publish time 16-7-2019 12:12 PM

Best nya.. wajib cuba nih!

Roziah85 Publish time 15-12-2019 12:56 PM

huhuhu.. try tgk http://www.rahsianasiayam.com ada ajar buat nasi ayam hainan khas untuk peniaga

Daisyna Publish time 17-12-2019 05:34 PM

Paling sedap nasi ayam yg mak kita buat.:P

misc Publish time 17-12-2019 11:29 PM

Patutla nasi ayam aku buat biasa2 saja wpun cara masak sama je. Bahan utama tongkeng ayam tu aku tak makan.
Pages: [1] 2
View full version: Ini Resipi Nasi Ayam Gabungan Resipi Kak Laily Subang Dan Steak Me'nate! Wow..


ADVERTISEMENT