Cari-Hafizi Publish time 9-4-2018 05:20 PM

Siapa Sangka Ada Hutan Di Tengah Bandar , Ini Lima Permata Tersembunyi Di Kuala

Kuala Lumpur merupakan antara bandar di negara ini yang membangun dengan pesat dan terus maju dari pelbagai sudut. Malah ibu negara Malaysia ini juga menjadi tumpuan utama para pelancong yang melancong di negara ini. Kesibukan kota ini sehingga tengah malam menyebabkan ramai penduduk luar bandar berhijrah mencari rezeki.


Tetapi disebalik pembangunan yang pesat terdapat beberapa lokasi yang tersembunyi dan boleh dianggap seperti permata kerana ia mempunyai sejarah serta keistimewaannya suatu masa dahulu.


Jadi kali ini kami ingin berkongsi lima permata tersembunyi di Kuala Lumpur seperti yang dimuat naik di laman sesawang Kaki Sini.


1. Rumah Penghulu di Badan Warisan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162628ghahigjjac5qtgai.jpg
Foto - myrokan.com


Kalau di kampung kita sudah biasa lihat rumah Melayu tradisional tetapi bukan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kerana itu ia boleh dianggap sebagai permata yang tersembunyi di ibu kota ini.


Rumah Penghulu Abu Seman ini adalah rumah Melayu tradisional yang dibawa dari Kedah ke Kuala Lumpur oleh Badan Warisan Malaysia. Rumah yang dibina pada tahun 1916 ini masih mengekalkan ciri-ciri tradisinya.


2. Lorong Panggung

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162653h22767aff0oo7i6l.jpg
Foto - @heartpatrick

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162648w9u9b2frk1sxa29x.jpg
Foto - @syuhaidazain


Bagi mereka yang suka bergambar anda disarankan datang ke lorong ini yang terletak berdekatan dengan Chinatown. Apa yang menarik lorong ini membawa anda kembali ke zaman 60-an kerana deretan kedainya yang lama tetapi masih lagi beroperasi.

3. Serani Row

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162641hdaaawsajkadw2bq.jpg
Foto - @syuhaidazain


Serani Row ini dulunya merupakan kawasan kediaman bagi komuniti Eurasian yang dibina sekitar tahun 1930-an. Tetapi pada hari ini kawasan ini hanyalah deretan banggunan yang ditinggalkan. Namun apa yang menarik adalah nafas baharu yang diberikan di sini apabila dinding bangunan di sini dilukis dengan lukisan mural yang menarik.


4. Kuala Lumpur Heritage Trails


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162644rgfoofazlg24ugu6.jpg
Foto - Tourism Malaysia


Biarpun Kuala Lumpur terus membangun tetapi masih ada beberapa lokasi yang masih yang dijaga bagi memelihara warisan serta sejarahnya. Heritage Trails ini adalah salah satu daripadanya. Pelancong boleh melihat bangunan bersejarah ini di tengah-tengah bandar yang sibuk.


Heritage Trails ini akan membawa anda melihat 11 bangunan bersejarah terutama sekali semasa zaman pemerintahan Brtish di negara ini. Malah lokasi ini juga turut menyediakan pengalaman luar biasa iaitu anda boleh melihatnya secara 3D.


5. Taman Eko Rimba

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/09/162656arn5hk4rnn4v0dar.jpg
Foto - @syuhaidazain


Yang terakhir ini amat cool kerana siapa sangka ditengah-tengah bandar masih ada hutan. Ya betul disebalik pembangungan pesat masih ada kawasan di Kuala Lumpur mempunyai hutan. Lokasi tersebut adalah Taman Eko Rimba terletak di dalam Hutan Lipur Bukit Nenas yang merupakan hutan simpan tertua di negara ini.


Apa yang mengagumkan adalah anda boleh melihat pemandangan semula jadi dengan menggunakan Canopy Walk sepanjang 200 meter. Jadi apa kata pergilah ke sini untuk menghirup udara segar bagi yang tinggal di Kuala Lumpur itu.


Jadi apa tunggu lagi bolehlah anda cari masa untuk melihat sendiri lima permata tersembunyi di Kuala Lumpur ini. -CARI

CiliPadiSedap Publish time 9-4-2018 07:32 PM

taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat.4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pintu exit. baki dua kali pergi sesat sebab gps tertinggal kat mana ntah sampai ke hulu banat di bawa.

mrt setakat ni xsesat lagi. yang buat mrt ni cerdik tak sesatkan pelanggan.

anony-mous Publish time 9-4-2018 08:26 PM

CiliPadiSedap: taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat.  4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pintu exit. baki dua kali pergi sesat sebab gps tertin ...

Klau naik mrt nk trun mana? I x pernah smpai. Sesuai x bwak baby & stroller?

sabundettol Publish time 9-4-2018 09:37 PM

CiliPadiSedap: taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat.  4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pintu exit. baki dua kali pergi sesat sebab gps tertin ...

Boleh bgtaw mrt mana..hihi

Nenasketum Publish time 9-4-2018 10:59 PM

Bukan pintu masuk dekat depan dang wangi ka. Aku dok tengok mat & minah salleh manjat tangga.

zulka Publish time 10-4-2018 09:09 AM

gambar no 2 & 3 tu bukan hutan...sampah ;P

transporter Publish time 10-4-2018 09:37 AM

Items 1 - 4 out of topic, bukanlah 'Hutan Di Tengah Bandar'

Red_mAnc Publish time 10-4-2018 09:50 AM

CiliPadiSedap replied at 9-4-2018 07:32 PM
taman eko rimba tu 6 kali pergi 6 kali sesat.4 kali pergi sesat di stesyen masjid jamek salah pint ...

Bukan ke dari time LRT dulu pun senang je sampai area ni? Opposite stesen LRT Dang Wangi je then ikut la trail ke Monorail Bkt Nenas.. Tulah guna GPS BN sebab tu ang sesat ... ;P

AbukRokok Publish time 10-4-2018 10:30 AM

inilah permata yang hilang

Artemesiaa Publish time 10-4-2018 11:22 AM

Lorong Panggung tu kalau dibaik pulih persekitarannya pasti lebih ramai pelancong luar datang sebab pelancong luar suka tengok bangunan pre war macam ni

dekmieDandy Publish time 10-4-2018 12:01 PM

nak ajak member gi Taman Eko Rimba tu

tapi malagnye semua lagi suka gi mall

ntah tahun bila la nak gi, padahal office sebelah stesen dang wangi je

chicozinn Publish time 10-4-2018 02:58 PM

zulka replied at 10-4-2018 09:09 AM
gambar no 2 & 3 tu bukan hutan...sampah

baru nak cakap..ehehhehehhe;P

aunisofia Publish time 11-4-2018 10:24 AM

zulka replied at 10-4-2018 09:09 AM
gambar no 2 & 3 tu bukan hutan...sampah

{:mlbigsmile:}{:mlbigsmile:}

notsospecial007 Publish time 12-7-2018 04:59 PM

xpenah tau pun tempat2 ni.. nice info!

mamapea Publish time 13-7-2018 02:59 PM

best la tmn eco rimba tu...xtau pun taman tu wujud...

nohas Publish time 24-6-2022 10:40 AM

Lorong Panggung dah cantik...
ada projek Kwai Hai Hong..
tempat menarik utk photoshoot..


tahun 2014


tahun 2019

boleh baca entry Kembali ke Lorong Panggung

Suasana Lorong Panggung di tahun 2014 : Jejak Warisan KL - Chinatown

Blisse Publish time 12-10-2022 10:54 AM

Thanks for the sharing.
Pages: [1]
View full version: Siapa Sangka Ada Hutan Di Tengah Bandar , Ini Lima Permata Tersembunyi Di Kuala


ADVERTISEMENT