Badigol Publish time 9-4-2018 10:28 AM

Neelofa Akui Fazura Adalah Pesaing Terdekat Untuk Raih Trofi Utama AME 2018

Neelofa Akui Fazura Adalah Pesaing Terdekat Untuk Raih Trofi Utama AME 2018
Written by Bella | April 9th, 2018










Walaupun sudah dua tahun berturut-turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) , selebriti popular Neelofa secara jujurnya mengakui Fazura adalah pesaing terdekatnya untuk merangkul anugerah tersebut. Seperti yang anda tahu, nama Fazura kini memang cukup hangat di dalam industri hiburan tempatan.https://i0.wp.com/s9.postimg.org/vrkyikbxb/neelofa_fazura_pesaing.jpg?w=584&ssl=1Persaingan adalah satu realiti. Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.

Farah Nabilah juga ada kelebihan daripada segi undian dan bakatnya dalam lakonan sehingga meraih perhatian ramai. Bukan bermaksud saya tidak yakin dengan diri sendiri, sebaliknya, siapa pesaing saya dan kelebihan yang mereka ada.https://i1.wp.com/scontent-lht6-1.cdninstagram.com/vp/6ff1993eae9dea1dd73bd7154f2e3d98/5B6456D2/t51.2885-15/e35/27578708_931372807037675_1310232245260255232_n.jpg?w=584&ssl=1Pada masa yang sama, Neelofa tidak kisah dengan segala kecaman yang diterima kerana secara tidak langsung ia membuatkan peminat setianya lebih kuat menyokong beliau.Dengan kecaman inilah membuatkan peminat berdiri teguh di belakang dan membawa saya kekal bersama mereka. Mereka juga terus bekerja keras demi kerjaya saya.https://i2.wp.com/s9.postimg.org/w4ccot72n/neelofa_mohd_noor.jpg?w=584&ssl=1Saya tak boleh menutup mulut orang daripada terus mengata. Apa yang saya boleh buat adalah kuatkan hati dan berusaha demi kerjaya seni dan perniagaan saya supaya menjadi inspirasi kepada orang lain.Neelofa bukan sahaja berjaya membawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP tetapi memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP ( Drama Red Velvet).



BoongaKertas Publish time 9-4-2018 10:31 AM

hahahaha! tajuk tu misleading betul BH ni chuols. Dia sebut farah nabilah gak.


tp bak kata tweet femes, "When youre not a real actress nor a singer but u want to remain being talked about"


ekekeke. :lol:

fliphair8 Publish time 9-4-2018 10:33 AM

BoongaKertas replied at 9-4-2018 10:31 AM
hahahaha! tajuk tu misleading betul BH ni chuols. Dia sebut farah nabilah gak.




Aku tompang gelak......hahahahaha

Badigol Publish time 9-4-2018 10:33 AM

Edited by Badigol at 9-4-2018 02:58 AM

Noor Neelofa yang baru sahaja memenangi Anugerah Top Top MeleTOP (Wanita) jujur mengakui bahawa pelakon Nur Fazura adalah saingannya yang terdekat untuk memenangi kategori utama Top Top MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018).




“Pesaing saya sudah tentu nama-nama besar seperti Fazura dan Farah Nabilah. Saya rasa Farah Nabilah sebagai artis baru yang ada beberapa naskhah atau drama yang baru dilakonkan mendapat sambutan yang sangat hebat, dan macam Fazura sendiri merupakan nama yang cukup hebat.


Bahkan, bukan nama asing lagi dalam industri. Lagi pula dia sebelum ini telah memenangi pelakon filem terbaik. Saya rasa tak mustahil dia menang Anugerah itu,” katanya selepas sahaja selesai AME2018.

Sementara itu, Neelofa atau lebih mesra dipanggil dengan Lofa turut berkata dia tidak kisah dengan setiap kecaman atau kritikan yang diperkatakan kepadanya. Baginya, semuanya positif buat dirinya.




“Apa yang penting saya dan team berpuas hati dan saya tahu dress yang saya kenakan pada malam ini cantik. Tak kisahlah apa yang orang nak cakap, kita ambil yang positif,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kemenangannya pada malam ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T. kepadanya, walaupun ada segelintir netizen Yang mempertikaikan kemenangannya.

“Rezeki Allah orang tak boleh nak pertikaikan itu. Sejauh mana sekalipun atau berapa banyak duit atau askar-askar yang dikumpulkan untuk mengundi, akhirnya Allah yang tentukan. Saya tak perlukan semua itu, sebab saya mempunyai orang belakang yang kuat, yang sentiasa menyokong saya, walaupun ketika saya dikecam atau dikritik dengan teruk,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/h)


Denco Publish time 9-4-2018 10:34 AM

lagi 5 thn pun ko hadap la sorang2 sana anugerah ni ...xde org kesah pun :lol:

Nur9786 Publish time 9-4-2018 10:36 AM

Beli undi sms bape riban kak? :lol:

delia3003 Publish time 9-4-2018 10:40 AM

Dah nama pun Anugerah Neletop, dah tentu2 pemenat2 ko berhempas pulas nak bagi ko menang:lol:

Eeeww...tak kuasa nak tengok anugerah syioook sendiri ni

BoongaKertas Publish time 9-4-2018 10:41 AM

meols lupa lah, ame ni dpt duit ke x eh setiap anugerah tu? and how much? :L

MadameOnion Publish time 9-4-2018 10:41 AM

hahaha..nampak sangat nak bgtau orang kononnya dia lagi hebat dari fazura la kononnya..ala2 the best woman wins gitewww

BoongaKertas Publish time 9-4-2018 10:41 AM

fliphair8 replied at 9-4-2018 10:33 AM
Aku tompang gelak......hahahahaha

tajuk tu jer dah misleading, emosi meols tgk BH ni tau. Nak lakukan newspaper lettew! ;P

gingerbreaf Publish time 9-4-2018 10:42 AM

Yo la byk fans fattzura tak ngundi untuk anugerah ni termasuk iols . tapi fazura still menang award . tabik spring la faz

damian_lee Publish time 9-4-2018 10:43 AM

Xkan tengok pown .. koser jer


Nak sangat pajura and pattah amin datang
Nak juga tgk mcm mana menggelupur nak curi perhatian ..


Koserrrr

BoongaKertas Publish time 9-4-2018 10:43 AM

MadameOnion replied at 9-4-2018 10:41 AM
hahaha..nampak sangat nak bgtau orang kononnya dia lagi hebat dari fazura la kononnya..ala2 the best ...

meols nak komen mcm ni gak memula tp mcm euwww plak nak tulis part best woman wins tu. hahahaha! sheols kayu, WAJIB masuk kelas kak oggy!;P

kosukeconan Publish time 9-4-2018 10:46 AM

dr gaya hajzouk ni mcm la ame ni berprestig sgt ;P
voting jer pun oiii, bayar je lah bot kompom dpt vote tinggi

ira_229 Publish time 9-4-2018 10:48 AM

fliphair8 replied at 9-4-2018 10:33 AM
Aku tompang gelak......hahahahaha

:lol::lol::lol: joms gelak ramai2.....{:1_563:}{:1_563:}
anugerah syiok sendiri...{:1_571:}
perasaan tak dia seorang sahaja yg gigih pakaian mcm cinderella...tak dapat berlakun dapat pakai baju pun jadilah... agaknya habis berapa juta rm..?
mesti astrok dah habak siang2...
kata fazura amik lah semua award tu dik non..akak pun jijik nak terima...wakaka...

ira_229 Publish time 9-4-2018 10:50 AM

Edited by ira_229 at 9-4-2018 11:07 AM

BoongaKertas replied at 9-4-2018 10:43 AM
meols nak komen mcm ni gak memula tp mcm euwww plak nak tulis part best woman wins tu. hahahaha! s ...
masuklah kelas mana klu mmg takde bakat...kesian guru2 mereka nanti...bak menjirus air di daun keladi...

annehuda Publish time 9-4-2018 10:50 AM

kalau bukan sebab porem ni bukak thread psl ame, aku pun tak tau malam td ada ame ni. sejuk beku tahap negatif darjah celcius

Rainrein Publish time 9-4-2018 10:53 AM

Ko sorang je hadap award ni jahzouk oi.

noreen Publish time 9-4-2018 10:53 AM

hahahahahako rs bila ko dh menang bakat ko setaraf ke ngn fazura ?
jauh oii...farah nabila yg baru ngn zahira yg baru pon ko xtergapai..ada hati naksaing fazura....
fazura pon xhadap anugerah syok sendiri lopa oi...malu je lah

epis Publish time 9-4-2018 10:55 AM

gingerbreaf replied at 9-4-2018 10:42 AM
Yo la byk fans fattzura tak ngundi untuk anugerah ni termasuk iols . tapi fazura still menang award...

Fazura menang ape eh malam td?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Neelofa Akui Fazura Adalah Pesaing Terdekat Untuk Raih Trofi Utama AME 2018


ADVERTISEMENT