mohabbatein Publish time 6-4-2018 06:56 PM

Bront Palarae, Kazuki Kitamura Bergabung Dalam ‘Folklore’


http://astrokentico.s3.amazonaws.com/astrogempak/media/articleasset/2016/aug/17/bront-palarae-kazuki.jpg?ext=.jpg

Pelakon Bront Palarae bakal membintangi drama antologi seram berjudul Folklore bersama bintang ternama Jepun, Kazuki Kitamura.

HBO Asia memberitahu penggambaran untuk drama tersebut sudah pun bermula untuk siri ini yang mempunyai enam bahagian.

Penggambaran Folklore dijalankan di Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Menariknya, kisah seram yang berlaku adalah berdasarkan kepercayaan dan mitos setiap negara yang terlibat.

Folklore diterbitkan dibawah idea pengarah filem yang berasal dariSingapura, Eric Khoo ini turut dibarisi oleh pengarah-pengarah hebat dari negara-negara terpilih seperti Ho Yuhang (Malaysia), Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saito (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea Selatan) dan Pen-Ek Ratanaruang (Thailand).

Drama berdurasi selama satu jam ini bakal disiarkan di saluran HBO.

Terdahulu, Bront sebelum ini pernah membintangi beberapa filem luar seperti siri original HBO Asia Halfworld dan Pengabdi Setan.

Pelakon hebat inu juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 dan juga Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN2015.

Manakala Kazuki Kitamura pula pernah membintangi siri original HBO Asia, Halfworld dan Godzilla: Final World.

chazey Publish time 6-4-2018 07:11 PM

WOOOOWOW tengok list direktur pun dah cukop buat akak teruja nak tengok!

Andyscenes Publish time 6-4-2018 07:34 PM

Apa kabar raja ilya?

doubleA Publish time 6-4-2018 08:18 PM

Menarik!!!!!

felinecat Publish time 6-4-2018 08:23 PM

Pergh, menarik.dedua kacak

alieyrina Publish time 6-4-2018 10:16 PM

Wahh..my boyfren ada cita baru..tazabar nak nengok!

BangNuar Publish time 10-4-2018 03:45 PM

makin mendonia... tahniah! :$:$

JiEunTak Publish time 10-4-2018 03:58 PM

Way to go Bront! Memang layakkk sangat di international kan!

Muka dia ni eksotik semcm...like very the mysterious and sexy :D

dekmieDandy Publish time 10-4-2018 04:15 PM

hensemnye abe Kazuki
Pages: [1]
View full version: Bront Palarae, Kazuki Kitamura Bergabung Dalam ‘Folklore’


ADVERTISEMENT