Cari-Faizal Publish time 6-4-2018 11:47 AM

Comelnya! Apam Persis Aiskrim Cornetto Sudah Tular! Kena Cuba Ya..

Jika baru-baru ini viral tentang apam yang dihasilkan dengan 3 bahan sahaja. Kali ini apa kata kita cuba pula apam yang seakan-akan aiskrim Cornetto.


Apam ini berbentuk kon dan mempunyai lapisan berwarna-warni serta terdapat juga lapisan coklatdi atasnya. Memang persis aiskrim Cornetto.







https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/05/054819mioyykd40ouyyryv.jpg


Apam ini amat sesuai dinikmati ketika minum petang ataupun sarapan pagi. Anak-anak dan keluarga pasti suka dengan warnanya yang cantik dan rasanya juga enak.


Berikut resepi yang dikongsi oleh Na Lee untuk rujukan anda semua.


Resipi Apam Cornetto


Bahan-bahan


4 biji telur gred A
1 sudu ovelete
1 cawan gula halus (gunakan cawan matrik)
Sedikit Essen vanila
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan


Cara memasak


1.Putar bahan-bahan seperti telur, ovelete, gula dan essen vanila sehingga gebu dan likat.


2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.

3. Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.


4. Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/05/054819kwhlr2rr0559h569.jpg


5. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).


6. Sementara itu panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan di atas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/05/054819d3dahm34z71dg07z.jpg


Mudah sahaja kan caranya? Selamat mencuba. - CARI


Kredit: Na Lee

myakayina Publish time 6-4-2018 12:32 PM

cantik dan nampak menyelerakan...

cewekbopot Publish time 6-4-2018 02:04 PM

aduhaiii comelnyaaaaa

grizz Publish time 6-4-2018 02:46 PM

klu anak iolss msti mkn yg atas je..wlpn yg bwh tu kale beria2..

vanillaninja Publish time 6-4-2018 02:52 PM

Rasa macam nak turun bawah office ni beli Cornetto.

CardiGans85 Publish time 6-4-2018 02:58 PM

Cantik..tp sy x kan mkn sbb pewarna. Cukup la minum air sirap ros yg bergelen msk dlm bdn ni. Lain org lain selera.

blewnatural Publish time 7-4-2018 01:37 AM

Aiskrim cornetto pelangi tu ,uiii manis sangat ..

dewi_rina Publish time 7-4-2018 08:09 AM

Comelnyaaaaa, nak makan pun sayang nie

Sesuai kalau buat birthday anak2 hidangkan nie :)

swimswim Publish time 7-4-2018 10:35 AM

menarik ni.. lps ni xde dah apam polkadot

munahminah Publish time 7-4-2018 06:50 PM

Adoi comelnya tp tinggi pewarna

RatuDunia94 Publish time 7-4-2018 08:46 PM

Ha'ah budak2 mesti makan coklatnya je..

missDollie Publish time 7-4-2018 09:20 PM

Comel nye....

dubuk Publish time 8-4-2018 01:25 PM

kalau semuanya coklat dubuk makan.. malas nak makan tepung warna lain :lol:

pinkypetal Publish time 8-4-2018 09:12 PM

Comelnya....

merrissa Publish time 9-4-2018 05:26 PM

kreatif.....nmpk mcm sodap

drivethru Publish time 11-4-2018 01:36 PM

Xyah buh kaler. Buat warna putih jer. Conetto vanilla.

xdielzx Publish time 8-7-2018 06:43 PM

tak pernah nampak pun.. menariknya rupa!

Amalinarazi Publish time 18-7-2018 09:10 AM

Comelnyaaaaa

raihaneem Publish time 13-2-2019 08:43 AM

CardiGans85 replied at 6-4-2018 02:58 PM
Cantik..tp sy x kan mkn sbb pewarna. Cukup la minum air sirap ros yg bergelen msk dlm bdn ni. Lain o ...

Sama la..warna warni sgt saya tak mkn..suka natural atau colourless...tp apam ni cute banget..nampak sedap.
Sorg bos ni siap ckp..nak mati cepat mkn la semua pewarna ni.
Pastu pewangi kereta, air freshner ..dia ckp..haa nak mandul cepat ka..boh la kat semua tempat.. hihi

Rasa mcm dpt bos persatuan pengguna Islam penang pulak..

leogirl8902 Publish time 18-2-2019 03:24 PM

sedapnya. kt mana boleh beli?
Pages: [1] 2
View full version: Comelnya! Apam Persis Aiskrim Cornetto Sudah Tular! Kena Cuba Ya..


ADVERTISEMENT