ninyahnoks Publish time 5-4-2018 05:21 PM

AME 2018: Adakah Fattah Amin dan Isteri Akan Boikot?

Edited by ninyahnoks at 5-4-2018 05:49 PM

Nampak seprti kedua kedua nya takde promote AME tahun ni, atau nyah yang terlepas pandang.
Adakah theyols boikot? Adakah theyols akan hadir ke majlis tersebut Ahad ni?
Utusan Malaysia dah keluarkan prediction yang kedua dua akan bakal membolot katgeori masing masing termasuk artis top top meletop.tak sabar nak tunggu.

AME 2018: Dan pemenangnya ialah...?

BAKAL berlangsung pada 8 Mac ini, Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018) dijangka menjadi platform terbaik untuk menyalurkan mesej positif kepada penggiat seni tempatan.

Selain menetapkan objektif untuk memartabat karya seni tanah air di samping menyuntik nilai komersial menerusi pembabitan peminat yang mengundi, AME 2018 berperanan sebagai jambatan yang menyatukan artis dan para penyokongnya.


Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris berkata, penganjuran AME adalah alternatif Astro selaku penganjur dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Kami rasakan, menjadi tanggungjawab Astro untuk menyebarkan aura positif ke seluruh negara demi kebaikan bersama.

“Justeru, saya berharap setiap individu yang terlibat dengan AME 2018 memanfaatkan peluang ini untuk membanteras lambakan pahlawan papan kekunci (keyboard warriors).

“Pahlawan papan kekunci dilihat sebagai anasir negatif yang mampu menghancurkan keharmonian sesama manusia. Kena perangi habis-habisan,” ujarnya.

Terdapat 18 kategori dipertanding dan trofi kemenangan AME 2018 adalah berdasarkan undian peminat sepenuhnya.

Pengacara utama program yang berlangsung pada Ahad ini masih mengekalkan Neelofa dan Nabil Ahmad.

Lagu MeleTOP

Bayang - Khai Bahar
Dirgahayu - Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Jampi - Hael Husaini
Nakal Nakal Nakal - Ayda Jebat
Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Pilihan Hits: Bayang - Khai Bahar

Meskipun lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dilihat agak kuat, namun Bayang dibayangi personaliti Khai Bahar yang punya sokongan padu peminatnya dari serantau Asia.

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
Akim Ahmad & Stacy
Amyra Rosli & Amar Baharin
Jep Sepahtu & Sari Yanti
Mia Ahmad & Izham Tarmizi
Pilihan Hits: Akim Ahmad & Stacy

Lahir daripada program realiti Akademi Fantasia, pasangan ini mempunyai pengaruh kuat jika melibatkan undian peminat untuk mengekalkan kemenangan edisi lalu.

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana
Arif Jiwa Asyraf
Lara Alana
Syeriv Samheizy
Yusuf Iskandar
Pilihan Hits: Yusuf Iskandar

Rasanya kanak-kanak lain sukar menggugat populariti Yusuf Iskandar berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial miliknya, di samping sokongan padu peminat kucing paling popular di Malaysia, Bujibu.

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick - Kimchi Untuk Awak
Nur Fazura - J Revolusi
Zizan Razak - Abang Long Fadil 2
Zul Ariffin - J Revolusi
Zul Ariffin - Tombiruo: Penunggu Rimba
Pilihan Hits: Zul Ariffin - Tombiruo: Penunggu Rimba

Tidak keterlaluan jika dikatakan Zul Ariffin mampu mendominasi kedudukan dua teratas undian bagi kategori ini tetapi kehebatan lakonannya menerusi Tombiruo: Penunggu Rimba lebih signifikan.

Pelakon TV MeleTOP

Fattah Amin
Neelofa
Siti Nordiana
Syafiq Kyle
Zul Ariffin
Pilihan Hits: Fattah Amin

Auranya sebagai hero baharu Malaya masih relevan untuk diguna pakai bagi mempertahan kemenangan lalu, tambahan pula dengan kerancakan filem sulungnya, KL Special Force dalam mengumpul jumlah kutipan pecah panggung.

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 - Minggu 1
Gema Gegar Vaganza
Maharaja Lawak Mega 2017
Sepahtu Reunion Live 2017
Tazkirah Malam Jumaat
Pilihan Hits: Sepahtu Reunion Live 2017

Kredibiliti anggota Sepahtu cukup dikenali dan kumpulan tersebut bukan sahaja mendapat undian daripada peminat sendiri tetapi dipercayai mampu mengumpul undian daripada peminat barisan pelawak lain yang terbabit dalam rancangan Sepahtu Reunion.

Artis Baharu MeleTOP

As’ad Motawh
Farah Nabilah
Fendy Bakry
Hannah Delisha
Wany Hasrita
Pilihan Hits: Wany Hasrita Kejayaan Wany Hasrita membolot tiga trofi ketika berlangsungnya Anugerah Era Digital Muzik 2017 pada Januari lalu menjadi petunjuk awal untuk penyanyi itu naik ke pentas menerima trofi bagi kategori ini.

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim
Jep Sepahtu
Kamal Adli
Sharifah Sakinah
Zizan Razak
Pilihan Hits: Fikry Ibrahim

Meskipun Kamal Adli dilihat sebagai pesaing hebat ekoran kemenangannya menerusi Super Spontan Superstar 2017, namun Fikry Ibrahim dilihat mampu memberi cabaran kerana meraih populariti berdasarkan drama lakonannya.

Penyanyi MeleTOP

Ayda Jebat
Hael Husaini
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Siti Nordiana
Pilihan Hits: Khai Bahar

Kemampuan Khai Bahar memenangi dua trofi Anugerah Planet Muzik pada tahun lalu menunjukkan kuasa undian berpihak kepadanya dan sukar untuk dirampas oleh penyanyi lain.

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin
Neelofa
Nur Fazura
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Pilihan Hits: Nur Fazura

Sejak mewarnai industri seni tempatan, sukar untuk dinafikan bahawa Nur Fazura paling sinonim dengan gelaran Ratu Fesyen dek pemilihan gayanya yang ada kelas tersendiri.

Hos MeleTOP

Alif Satar
Datuk AC Mizal
Jihan Muse
Nabil Ahmad
Siti Nordiana
Pilihan Hits: Jihan Muse

Kehangatan program realiti Gegar Vaganza yang dianjurkan selama empat musim menjadi modal untuk Jihan merebut trofi kategori ini daripada tangan Neelofa yang menarik diri.

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2
Bisik Pada Langit
J Revolusi
Kimchi Untuk Awak
Tombiruo: Penunggu Rimba
Pilihan Hits: Tombiruo: Penunggu Rimba

Berdasarkan kutipan, filem Abang Long Fadil 2 lebih tinggi rekodnya tetapi gabungan populariti Zul Ariffin dan Tombiruo; Penunggu Rimba memberi kelebihan buat produksi ini.

Penyampai Radio MeleTOP

DJ Lin
Fad
Jep
Johan
Radin
Pilihan Hits: Johan

Johan berjaya mengekalkan siri kemenangannya untuk meraih undian tertinggi pada sebarang majlis anugerah yang melibatkan undian peminat dan kali ini dia dilihat mampu meneruskan momentumnya.

Grup/Duo MeleTOP

Akim & The Majistret
Caliph Busker ft Faizal Tahir
Tajul & Wany Hasrita
Zizan & SonaOne
Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Pilihan Hits:

Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Kelahiran bayi sulung Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah memberi kelebihan buat penyanyi tersohor ini untuk meraih udian peminat apatah lagi karya Dirgahayu nyanyiannya dengan Faizal Tahir menjadi siulan ramai.

Drama MeleTOP

Cekelat Semanis Honey
Hero Seorang Cinderella
Mencintaimu Mr Photographer
Red Velvet
Titian Cinta
Pilihan Hits: Hero Seorang Cinderella

Drama rantaian ini memiliki kekuatan dari sudut nilai sentimental kerana menjadi detik pengenalan pasangan pelakon popular yang merupakan hero dan heroinnya iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura.

Program Radio MeleTOP

Johara Pagi Era
Petang Era
Santai Sinar
Super 40 Era
Suria Cinta
Pilihan Hits: Johara Pagi Era

Menjadi radio paling ramai didengar oleh golongan muda, tidak mustahil segmen pagi kendalian trio Johan, Hanif dan Ray itu kekal untuk menerajui takhta.

Top Top MeleTop Lelaki/Wanita

Pilihan Hits: Fattah Amin & Nur Fazura

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Fattah Amin dan Nur Fazura secara jelas mempunyai peluang besar untuk mendominasi dua trofi ini dan medan ‘balas dendam’ peminat mereka lantaran tidak layak dicalonkan menerusi kategori Couple MeleTop.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/ame-2018-dan-pemenangnya-ialah-1.642284#ixzz5BmvTn1ot
Utusan Melayu (M) Bhd

Loginlogoff Publish time 5-4-2018 05:48 PM


FESYEN MELETOP: NEELOPA
PELAKON MELETOP: NEELOPA
DRAMA MELETOP: NEELOPA


ANUGERAH MELETOP TOP TOP 2018= NEELOPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

NETIZEN MELETOP 2018: BANI LOPAAAAAAAAAAAAAAAAA{:1_152:}{:1_152:}







:lol::lol:

ninyahnoks Publish time 5-4-2018 05:55 PM

Loginlogoff replied at 5-4-2018 05:48 PM
FESYEN MELETOP: NEELOPA
PELAKON MELETOP: NEELOPA
DRAMA MELETOP: NEELOPA


Tak sabar nak tengok Lofa bagi award kat Fazura.

smudger01 Publish time 5-4-2018 07:52 PM

Tak penting anugerah ni utk seorang yg bernama fazura. I sokong 100% klu fazzy x dtg. Not her level.

Thumbellina Publish time 5-4-2018 08:04 PM

smudger01 replied at 5-4-2018 07:52 PM
Tak penting anugerah ni utk seorang yg bernama fazura. I sokong 100% klu fazzy x dtg. Not her level. ...

Kalau dua2 pergi apa jadi kat hajjah??

MatDeghem Publish time 5-4-2018 08:15 PM

Tentu Hajjah rangkul semua award. Lobenak vote thru sms.....beribu ribuuuuuu ringgit :lol: (shawn yg supply kot)

Badut Meletops.....

https://www.instagram.com/p/BhLDnYMFvKE/
Angkat tangan....angkat tangan









:lol:


superwhy Publish time 5-4-2018 08:33 PM

MatDeghem replied at 5-4-2018 08:15 PM
Tentu Hajjah rangkul semua award. Lobenak vote thru sms.....beribu ribuuuuuu ringgit(shawn yg ...

hadap nawwwww ;P kat sini je dia bole mendoniaaa...kasi can la

melnanzz Publish time 5-4-2018 08:33 PM

Loginlogoff replied at 5-4-2018 05:48 PM
FESYEN MELETOP: NEELOPA
PELAKON MELETOP: NEELOPA
DRAMA MELETOP: NEELOPA


bawak mengucap, Log

superwhy Publish time 5-4-2018 08:33 PM

takde nye diorg boikot..tapi diorg 7 & 8 kat kuching for mood republik..syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr{:1_545:}

MatDeghem Publish time 5-4-2018 08:34 PM

Loginlogoff replied at 5-4-2018 05:48 PM
FESYEN MELETOP: NEELOPA
PELAKON MELETOP: NEELOPA
DRAMA MELETOP: NEELOPA




:lol:

melnanzz Publish time 5-4-2018 08:35 PM

Thumbellina replied at 5-4-2018 08:04 PM
Kalau dua2 pergi apa jadi kat hajjah??

pulang awal untuk elak drama?

melnanzz Publish time 5-4-2018 08:37 PM

superwhy replied at 5-4-2018 08:33 PM
takde nye diorg boikot..tapi diorg 7 & 8 kat kuching for mood republik..syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ...

Ya, betul. Fattah tak boikot. Dia cuma tak dapat hadir sebab clash dengan event di Kuching.

https://www.instagram.com/p/Bg06JpJgRz7/

tahtah Publish time 5-4-2018 08:57 PM

Teruskannn voteeeeee!! HAHAHAHAHAHAHA

tahtah Publish time 5-4-2018 08:59 PM

MatDeghem replied at 5-4-2018 08:15 PM
Tentu Hajjah rangkul semua award. Lobenak vote thru sms.....beribu ribuuuuuu ringgit(shawn yg ...

dengan kasut tongkol nyaaa ... ya owlohhhhh...

MatDeghem Publish time 5-4-2018 09:09 PM

Fesyen Meletops.....










:lol::lol:





ninyahnoks Publish time 5-4-2018 09:26 PM

Kasihan lah fans yang mengundi kalau Fattah dan wife tak datang.

MatDeghem Publish time 5-4-2018 09:42 PM

tahtah replied at 5-4-2018 08:59 PM
dengan kasut tongkol nyaaa ... ya owlohhhhh...

Kasut Tongkol.....:lol:




Confident level Hajjah memang tinggi.....dah pakai kasut tongkol pun katek :lol:










gingerbreaf Publish time 5-4-2018 09:48 PM

MatDeghem replied at 5-4-2018 09:42 PM
Kasut Tongkol.....




Kasut 8 inci pun tak ckp tinggi klu iols pakai kasut ni mau tinggi naw2

superwhy Publish time 5-4-2018 10:01 PM

MatDeghem replied at 5-4-2018 09:09 PM
Fesyen Meletops.....

hkahkakha aduuuhhhh tak tau nak gelak ke nangis tgk dia pakai baju yg macam blankettu;P

best gak kalo sume category hajah bolotttttttttttttttttttt;P

superwhy Publish time 5-4-2018 10:04 PM

ninyahnoks replied at 5-4-2018 09:26 PM
Kasihan lah fans yang mengundi kalau Fattah dan wife tak datang.

fans tak kesahpun diorg datang ke tak kat program puaka merentong ni..iolss bila datang mood iolss vote la..tapi olss suka diorg tak datang;P



kasi la jah bolot sumee..ambikla ambikla..nak menang sangat amikla ;P

kat sini je pun dia bole mendoniaaa:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: AME 2018: Adakah Fattah Amin dan Isteri Akan Boikot?


ADVERTISEMENT