cmf_BeachBoys Publish time 4-4-2018 02:51 PM

Rusia umum penghantaran awal sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki

https://img.astroawani.com/2018-02/81518298378_TBTURKIDARURAT.jpg

Erdogan berkata pelaburan dalam loji tenaga nuklear pertama Turki yang sedang dibina oleh Perbadanan Tenaga Atom Rusia di Akkuyu bakal melebihi US$20 bilion. - Gambar fail

ANKARA: Presiden Vladimir Putin berkata Rusia dan Turki telah mencapai kata sepakat untuk mempercepat penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki, lapor agensi berita China Xinhua.

Hubungan antara Turki dan Rusia kini berkembang "setapak demi setapak," katanya dalam sidang akhbar bersama rakan sejawat dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa di Ankara.


Erdogan berkata pelaburan dalam loji tenaga nuklear pertama Turki yang sedang dibina oleh Perbadanan Tenaga Atom Rusia (Rosatom) di Akkuyu dalam wilayah selatan Mersin, bakal melebihi US$20 bilion.

Mesyuarat Majlis Kerjasama Peringkat Tinggi Turki-Rusia pada Selasa, yang dihadiri kedua-dua presiden dan beberapa menteri, turut membincangkan usaha-usaha bagi mempertingkat hubungan dua hala.

-- BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-dunia/rusia-umum-penghantaran-awal-sistem-pertahanan-peluru-berpandu-s-400-ke-turki-172045

cmf_BeachBoys Publish time 6-4-2018 03:38 AM

NATO dan tali barutnya berada dalam kedudukan yang semakin tertekan.
Pages: [1]
View full version: Rusia umum penghantaran awal sistem pertahanan peluru berpandu S-400 ke Turki


ADVERTISEMENT