Cari-Nora Publish time 4-4-2018 10:35 AM

Rasa Keju Meleleh, Ayam Cendawan Parmesan Berkrim Memang Power

Resipi Ayam Cendawan Parmesan Berkrim boleh disediakan dalam 30 minit dan kuah parmesan bawang putih ini bakal menjadi kegemaran keluarga anda! Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama pasta pilihan anda!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/03/192009pz6t35abvsccsi0j.jpg
Foto: Facebook


Bahan-bahan


•4ayam (bahagian dada tanpa tulang dihiris nipis)
•2 sudu besar minyak zaitun
•Garam dan lada hitam
•225 gram cendawan shiitake yang dihiris


Untuk sos
•¼ cawan mentega
•2 ulas bawang putih dicincang
•1 sudu besar tepung serbaguna
•½ cawan stok ayam
•1 cawan krim
•½ cawan parutan keju parmesan
•½ sudu teh serbuk bawang putih
•¼ sudu teh lada hitam
•½ sudu teh garam
•1 cawan bayam dipotong


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/03/192009qagsh0fsmoakzipz.jpg
Foto: Facebook


Cara-Cara


1.Dalam kuali yang besar, masukkan minyak zaitun dan masak ayam dengan api sederhana selama 3 hingga 5 minit. Asingkan kemudian masukkan cendawan dan masak beberapa minit sehingga lembut dan asingkan ia.


2.Untuk membuat sos, masukkan mentega dalam kuali sehingga cair. Tambah bawang putih dan masak hingga wangi.


3. Kemudian masukkan stok ayam, krim, keju parmesan, serbuk bawang putih, lada hitam dan garam. Masukkan pula bayam dan biar sehingga kuah pekat.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201804/03/192009vpz7aisu6fs1rs4f.jpgFoto: Facebook


Tambah ayam dan cendawan ke dalam sos dan tuang ke atas pasta kegemaran anda. Nikmati hidangan yang sungguh menyelerakan ini bersama seisi keluarga! Selamat mencuba. -CARI

idakamaruddin Publish time 4-4-2018 11:07 AM

dappppnyeeeeeeeeeee

myakayina Publish time 4-4-2018 11:17 AM

sedapnya..boleh cuba ni..

dewi_rina Publish time 4-4-2018 11:49 AM

Sedapnyaaaaa :drool3:

beeeee Publish time 4-4-2018 02:50 PM

wuish lezatnyee

dubuk Publish time 4-4-2018 05:26 PM

hoiiiiiiiiiiiiiiiiii sedapnyaaaaa :drool3:

intanpurnama Publish time 4-4-2018 08:52 PM

Wow yummynyeeee.

sapeka Publish time 9-4-2018 12:17 PM

wowwww
sedapnye
mewah sangat
ade masa nak buat la

hasniey Publish time 13-4-2018 02:05 AM

fav menu2 mcmni
dapppp

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:17 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Rasa Keju Meleleh, Ayam Cendawan Parmesan Berkrim Memang Power


ADVERTISEMENT