missjuli Publish time 30-3-2018 04:51 PM

Rawatan Dialisis tu Sakit ke Tidak? Jangan pandang mudah!

Saya tak sengaja, terbaca mengenai pesakit yang terpaksa menjalani rawatan dialisis atau rawatan bersihkan darah ini. Saya rasa amatlah simpati dan dalam waktu yang sama rasa ngeri bila terbaca satu blog ini, yang berkongsi pengalaman yang beliau alami dan hadapi sepjg menjalani dialisis. {:limpo

Menurut beliau, rasanya amatlah sakit dan kdg kala lengan dan kakinya bengkak. Dan pada peringkat awal, badan akan rasa lesu, rasa nak pitam dan menggigil. Rasa sakit yang amat sangat. Jarum yang digunakan pun oleh tahan juga besarnya.Baca pun dh rasa kesakitannya inikan pula bahu yang memikul. {:downo

Jadi saya berasa bertanggungjawab utk berkongsi senarai pusat dialisis yang terdapat di sekitar Malaysia.
https://www.lookp.com/malaysia/dialysis-centre

Rawatan dialisis perlu dilakukan segara secara berkala atau keaadan pesakit bertambah teruk kerana kekurangan darah(kurang pasti mengenai hal ini, menurut pembacaan saya, kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan kita kehilangan darah dalam jumlah yang banyak juga, kalau salah tlg betulkan)

Jadi, saya berharap sgt dengan adanya info begini, pesakit diluar sana dapat membuat tindakan segera.

Doa saya agar pesakit diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan yang mungkin akan ada sedikit perubahan dari segi rutin dan sebagainya. Harapan saya agar mereka tidak berputus asa dan teruskan perjuangan anda. {:childlikeo

*satu lagi pesanan saya, kalau ada ibu ayah, adik beradik atau ahli keluarga yang terpaksa menjalani dialisis ni, saya minta sangat, jaga la mereka dengan kelembutan. Sebab diaorang lemah (sakitnya dialisis tak boleh terluah dgn kata2) dan kalau boleh jgn la biarkan diaorang bersendirian selepas membuat rawatan, (takut diaorang pitam sbb bdn lemah).

{:mlcry:} nampak macam senang dialisis tu, tapi kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu sakitnya. Hurm, please jaga cara pemakanan, rajinkan bersenam, dan buatlah health screaaning ( setahun sekali pun dah memadai).

Sekian.
Sesiapa ada pengalaman membuat rawatan dialisis, dialu-alukan berkongsi pengalaman. Mungkin bermanfaat kpd semua.
Pages: [1]
View full version: Rawatan Dialisis tu Sakit ke Tidak? Jangan pandang mudah!


ADVERTISEMENT