MonnaLissa_ Publish time 29-3-2018 11:02 PM

Perlu ke?

Hai Assalam,

Nak tanya lah... anak sy berumur 7tahun. Which is darjah 1. Td pergi sekolah ambik report card sgala. Result taklah baeeek mana tp ok lah. Ade 2 E.Saya tak paranoid pn sebb sy rasa terlalu awal untk push belajar mcm nak giler. Dekt skolah tadi sy ada berbual dengan parents2 lain, saya nmpk dorg mcm sedih giler dgn result anak dorg. Macam2 soalan yg dorg tanya dekt cikgu like “anak saya lembap ke” “anak sy tak pandai ke”.. saya hanya duduk dan dengar je. (Saya bukan mak yg baik ke sebab tak rasa mcm tuh?)

After dat, dorg ada ckp nak hantar anak tuisyen n class lain bla bla.. (mcm waktu cuti2 sekolah,weekend)

Persoalan saya, saya kene push anak saya belajar mcm tuh ke? Means hantar tuisyen sgala tuh? Ke sy ajar dekt rumah slow2 je? (Mmg tiap malam ada ajar anak membaca dan buat latihan tp saya tak push sgt)

Ade tak parent2 yg ada pgalaman dlm ni? Apa perlu saya buat ye?

Terima kasih

Victorioussss Publish time 30-3-2018 08:26 AM

7 tahun too early. Mgkin u boleh bg dia tuisyen tp jangan push too much dan bagi dia masa untuk bermain supaya dia rasa sbg kanak2
Masa skg ni mmg silibus tak mcm dulu. Tak silap i, darjah 1 dh blaja darab bahagi segala

Kesian btul budak2 skg
Jika darjah 1 tak pandai baca, menulis, mengira..mmg ketinggalan la murid tu

pawie Publish time 30-3-2018 08:31 AM

jangan push anak.....
tapi belajar...cara mengenali anak berfikir
sebab kita manusia berbeza cara, sifat,kelebihan dan kekurangan....
ramai...anak pandai mula..mula....but gagal di pertengahan
ada yang gagal permulaan...tetapi berjaya diakhirnya....
yang penting....bukan result...tetapi cara ia berfikir..dan menyelesaikan masaalah.

pumpkingirl Publish time 30-3-2018 10:23 AM

Bagi i "result takla baik mana tapi ok" tu boleh diterima kalau takde D,E..kalau dah ada D,E u kena buat sesuatu walaupun dia baru darjah 1.sbb i rasa darjah 1 ni basic je soalannya.
Bukannya nak suruh u push anak u sgt..tp yg penting kena pastikan darjah 1 dah boleh kuasai 3M..tulis kira baca.
Bila dah pandai 3M akan memudahkn anak u.dia akan rasa yakin dan seronok nak ke sekolah.dia akan mudah faham apa yg cikgu tulis dan terangkn.seterusnya memudahkn dia buat kerja sekolah.memudahkan dia ulangkaji sendiri.
kesian la kalau ibu bapa tak pastikan anak2 mahir 3m..nanti budak tu yg akan rasa rendah diri,tak seronok dan tak bersemangat nak belajar..bangun pagi pun mesti rasa lemah je nak menghadapi benda2 yg dia tak faham di sekolah..kita mesti taknak anak kita mcm tu kan..

Camarlaut Publish time 30-3-2018 11:50 AM

Anak sy darjah 1 thn lepas.hantar dia g tuisyen kat sekolah memlm.cikgu sekolah tu gak ajar..tengok anak buat latihan utk satu jam tuisyen tu dpt la 3 muka je.sbb cikgu nk check sorang2 n betulkan sorang2.mcm xberbaloi je tuisyen.baik ajar sendiri kat rmh.
Yg penting anak happy blaja n paham..

sarahmirza Publish time 30-3-2018 11:54 AM

Baru darjah satu.
Biarlah dia bermain tapi bukan sekadar bermain, ajar dia berfikir dan bertolenrasi.
Untuk anak2 i, i tak push sangat mereka dalam akademik semata2 tapi I juga beratkan sahsiah diri, hidup bermasyarakat dan latih dia berfikir kesan dari perbuatan dia.


I pernah jumpa budak darjah 1-3 yang kategori cerdik pandai... pandai on paper sebab exam banyak A.
Tapi mereka tak boleh nak bekerjasama dengan orang lain.
Mereka tak boleh fikir kesannya kenapa kita tak boleh letak beg sekolah atas meja waktu tengah hari.

Kenapa nak? Sebab orang lain nak duduk situ dan makan.
Dia boleh jawab, saya hari2 letak beg kat sini bila di minta pindahkan beg ke tempat lain..

See, bijak belajar tapi takde ihsan dan hanya pentingkan diri sendiri.
Apa salahnya kau letak beg kau kat hujung kantin tepi dinding sana supaya orang lain boleh duduk di situ dan makan?


Eh... ada kaitan ke dengan thread ni?


;P

onexox97 Publish time 30-3-2018 12:38 PM

benda gini takyah ikut org, anak saya darjah satu membaca pun belum pandai, otak dia ingat main je jadi satu kemujuran sangat kalau dia boleh duk diam buat keje sekolah, kat sekolah pulak dia banyak x buat sebab pesen dia kena ada cikgu kat sebelah, mana la boleh tapi nanti lah sy ada duit bangak nk hantar tusyen,

Hana Publish time 30-3-2018 01:16 PM

Edited by Hana at 30-3-2018 04:24 PM

bukan tak baik sbb u cool. mcm hasben i. :lol:
perkara2 ini bergantung pada u sendiri. kalau u sendiri tak kisah, tak perlu ikut orang lain.

kalau ai, ai kisah & paranoid kalau anak dapat E.;P
sekolah anai ai, masih ada streaming class. kalau boleh, ai tanaklah dia duk2 kelas2 terakhir. nnt banyak budak nakal aje. kalau boleh ai nak dia duk kelas yang sederhana. ada budak rajin buat homework. ada budak main. kelas tgh2 lah.
tapi, guru besar ckp, tahun depan dah takde streaming class. so,maybe tahun depan, i dah tak paranoid & gelabah time tahun baru.

sorry yek dgn pendapat ai yang ini - kalau anak u dpt E utk subject core - BM, Maths, BI or Sains, i rasa u patut risau. :$sbb u tak sebut subject apa.
lain2 subject dpt E takpe. ada anak kawan ai, subject agama dapat E tapi, semua subject core dapat A, so dia still dlm kelas Pertama utk darjah 3.:$
i nak tulis pasal anak ai tapi, kat sini ramai betul peminat ai, nanti orang2 repeat2 next posting atau thread luahan atau kat current issue, so, i takyah sebut lah pasal anak ai.ai tulis pasal anak orang lain ajek. ;P

sarahmirza Publish time 30-3-2018 02:23 PM

Hana replied at 30-3-2018 01:16 PM
bukan tak baik sbb u cool. mcm hasben i.
perkara2 ini bergantung pada u sendiri. kalau u send ...

Streaming class ni banyak tak bagus dari bagus.
Perasan ke tidak, budak2 sekarang dah tak macam kita zaman budak2 dulu?
Kalau kerap ke sekolah, jenguk budak2 tu waktu transit sek keb & sek agama, sesekali jadi “makcik sibuk” tegur kelakuan anak orang...
Tau la, perangai budak sekarang macam mana...

Itu belum lagi kisah putus kawan sebab tukar kelas pandai ke kelas tak berapa pandai.

pusak_lanji Publish time 30-3-2018 04:12 PM

Bg pndapat aku lah...
Sekarang nih...budak lmbt ckit dlm pelajaran..plu d bri perhatian...xleh harapkn cgu d sekolah...sbb cgu sekarang bkn mcm cikgu zmn kita dulu...zaman dulu..yg lambat d ajar sampai dpt...cikgu skrg...yg lmbt..tinggal lh jwb nye...

Hana Publish time 30-3-2018 04:15 PM

sarahmirza replied at 30-3-2018 02:23 PM
Streaming class ni banyak tak bagus dari bagus.
Perasan ke tidak, budak2 sekarang dah tak macam k ...

Kalau saya, saya suka streaming class. sbb kita boleh tahu kedudukan anak kita dlm banyak2 budak.
kalau sekolah yang kemasukan ada ujian mcm SRAI, tak payah streaming class pun takpe.
sebenarnya saya tak suka budak nakal or kuat main sekelas dgn budak2 tekun buat keje or nak belajar. kalau boleh saya suka anak dlm persekitaran semua orang tekun buat keje sekolah.




shunnaray Publish time 30-3-2018 05:08 PM

darjah satu rasa mcm too early utk hantar tuisyen. tp silibus budak2 darjah 1 start tahun lepas dah mcm budak darjah 3. mmg agak susah. pastu budak2 ni ada yg slow learner ada yg fast. ada cara tersendiri nak tackle.

kalau taknak hantar tuisyen lagi parents kena take part jd cikgu kat rumah. kalau nak harap cikgu sorg ajar dalam kelas mmg susah la dia nak concentrate kt anak kita sorg.

tp sy setuju kalau boleh jgnla biar pelajaran anak merundum sampai turun kelas hujung2. layanan cikgu pun tak sama rasanya compare dgn budak2 kelas depan. pastu budak2 kelas hujung ni peel diorg mcm lebih agresif. itu dari apa yg sy observe dan dari cerita anak sy la...

sarahmirza Publish time 30-3-2018 05:38 PM

Edited by sarahmirza at 30-3-2018 06:03 PM

Hana replied at 30-3-2018 04:15 PM
Kalau saya, saya suka streaming class. sbb kita boleh tahu kedudukan anak kita dlm banyak2 budak.
...

Ye, semua parents nakkan persekitaran kawan anak2 dia pandai, rajin belajar or nak belajar. Tapi disebabkan streaming class ini yang buat ada budak yang tak rajin belajar or tak minat belajar.

Bila streaming class, cikgu akan fokus ke kelas pandai sahaja, kelas hujung dilayan sambil lewa... cikgu sekarang pun bukan macam cikgu dulu.. cikgu dulu jad cikgu sebab nak curah ilmu, cikgu sekarang jadi cikgu sebab nak gaji dan bergaya..

Sebenarnya , parents kena la rajin pesan kepada anak, pandai memilih kawan.. i memang selalu pesan kat anak2, pilih kawan yang tak nakal, pilih kawan yang rajin buat homework etc.. nak tahu betul ke kawan2 anak, sebab itu i rajin sesekali ke sekolah tengokkan perangai budak2 tu.. bila tahu budak ni nakal, tak beradab dan kurang minat belajar, i bisik2 kat anak jangan kawan rapat dan ikutkan sangat budak tu... kalau i tengok anak kawan dengan budak pandai & nak belajar, i galakkan mereka berkawan sambil2 belajar makan kat kantin ke, bawa kfc ke, mcD ke..

Hahahahaha

Btw, sekolah anak i takde streaming class tapi every year budak2 ditukarkan kelas untuk galakkan mereka bercampur gaul sesama mereka..



onexox97 Publish time 30-3-2018 08:51 PM

anak sy duk kelas akhir sekali
tapi dia rajin belajar dan buat keje sekolah :( ;(:(

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:46 PM

Victorioussss replied at 30-3-2018 08:26 AM
7 tahun too early. Mgkin u boleh bg dia tuisyen tp jangan push too much dan bagi dia masa untuk berm ...

Haa betul lah tuh. Dulu tak blaja lg semua ni masa darjah 1. Kesian nyaaa

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:46 PM

pawie replied at 30-3-2018 08:31 AM
jangan push anak.....
tapi belajar...cara mengenali anak berfikir
sebab kita manusia berbeza cara, ...

Terima kasih

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:48 PM

pumpkingirl replied at 30-3-2018 10:23 AM
Bagi i "result takla baik mana tapi ok" tu boleh diterima kalau takde D,E..kalau dah ada D,E u kena...

Anak saya dah menguasai 3m tuh. Dah boleh membaca cuma tak lancar sgt. Lain2 so far ok. Cuma mungkin masa exam dye ttbe blur kot. Hurm

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:49 PM

Camarlaut replied at 30-3-2018 11:50 AM
Anak sy darjah 1 thn lepas.hantar dia g tuisyen kat sekolah memlm.cikgu sekolah tu gak ajar..tengok...

Nak kejar tuisyen, mengaji lg. Lain2 aktiviti tak masuk lg tuh. Mcm beban kn dye je nnti. Sy takut dye stress pulak

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:50 PM

sarahmirza replied at 30-3-2018 11:54 AM
Baru darjah satu.
Biarlah dia bermain tapi bukan sekadar bermain, ajar dia berfikir dan bertolenras ...

Hehehe hujung2 mcm tgh marah sgt. Btw terima kasih atas nasihat

MonnaLissa_ Publish time 30-3-2018 10:51 PM

onexox97 replied at 30-3-2018 12:38 PM
benda gini takyah ikut org, anak saya darjah satu membaca pun belum pandai, otak dia ingat main je j ...

Anak sya pn ingt main je. Bila suruh belajar dye dah mcm hilang arah. Tp tetap buat cuma dye ambik masa. Contoh tgh buat latihan, tetiba sakit perut.. tetiba lapar. Hurm
Pages: [1] 2 3
View full version: Perlu ke?


ADVERTISEMENT