Cari-Azza Publish time 29-3-2018 12:56 PM

Menu Hujung Bulan - Salad Telur Ala Thai - Rasa Masam, Manis Semua Ada

Hujung-hujung bulan begini, ramai yang bergaji paras-paras nyawa terpaksa mengikat perut. Maklumlah, nak menunggu gaji seterusnya pula mengambil masa beberapa hari. Ada pula yang terpaksa menunggu hingga seminggu jika syarikat mengalami masalah kewangan.

Jadi, ramai yang cuma makan mee segera atau pun berpuasa.
Namun, ada satu alternatif yang dikongsi oleh portal makanan dari Thailand yang sesuai dinikmati oleh bilangan orang yang ramai, mungkin dimakan bersama rakan serumah. Menu yang dimaksudkan ialah telur mata goreng yang digaul bersama salad. Nampak macam biasa tapi cuba campurkan dengan perasa seperti jus limau nipis, cili padi, sos ikan dan madu. Rasanya sangat lazat. Silap-silap bertambah nasi.

Jom tengok

Salad telur masam manis
Bahan-bahan
- Telur (bilangannya terpulang pada anda)
- Cili padi tumbuk
- Jus limau nipis
- Sos ikan
- Gula/madu
- Hirisan bawang
- Hirisan lobak merah
- Daun saderi dan tomato

Cara membuatnya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/092253gszgfi3awwaxgsf8.png1) Pecahkan telur dalam mangkuk (sebiji-biji) dan tak perlu kacau pun.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/092249vsj11guj7qg6jqj7.png2) Goreng dalam minyak yang banyak (pastikan telur kuning tidak pecah).


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/092249haoj0tj0gtw9gvei.png3) Balik-balikkan telur mengikut kegaringan yang anda mahu. Tos kan dan ketepikan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/092251uol0l0jjjlou0u0m.png4) Sementara itu, masukkan cili padi, sos ikan, jus limau nipis dan gula dalam mangkuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/092858dna571r7zg996g5u.png5) Taburkan hirisan bawang dan lobak merah.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/093059r0t2rrt8utjfntdo.png6) Masukkan juga daun saderi dan hirisan tomato. Kacau biar sebati.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/093154l7rswo2u25jdlduc.png7) Gunting telur dan masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.


Anda boleh menyesuaikan dengan citarasa sendiri ya. Mungkin boleh kurangkan sedikit penggunaan minyak ketika mengoreng. Kesihatan kena jaga ya. - CARI


Kredit: Instagram pleunpung_namprik

nisako Publish time 29-3-2018 01:59 PM

wah menarik....... boleh try la......

RatuDunia94 Publish time 29-3-2018 07:03 PM

Banyaknya minyakkkkkkk!

Cari-Azza Publish time 29-3-2018 09:18 PM

RatuDunia94 replied at 29-3-2018 07:03 PM
Banyaknya minyakkkkkkk!

Haah, tu yang admin tulis kena kurangkan minyak. Kolestrol banyak uiii:L

fliphair8 Publish time 29-3-2018 09:35 PM

Siam kalo masak telor mmg gitu laaa minyaknyaaaa.....bertakongggggg....sedaaaaap...

MarissaOberlin Publish time 30-3-2018 11:53 AM

Aiyooooo minyak dia
Pages: [1]
View full version: Menu Hujung Bulan - Salad Telur Ala Thai - Rasa Masam, Manis Semua Ada


ADVERTISEMENT