Cari-Nora Publish time 29-3-2018 11:50 AM

Kafe Anime Pertama Di Pulau Pinang, Bawa Anak-Anak Mesti Suka

Pernahkah anda menonton anime dan terfkir betapa lazatnya makanan yang dihidangkan dalam cerita itu? Kini anda tak perlu bayangkan lagi,hanya datang ke Dream Mansion yang terletak di Pulau Pinang dan impian anda akan jadi nyata!


Selain makanan dan suasana kafe yang menarik, anda mungkin akan dilayani karakter anime di sini. Tak ramai yang sukakan konsep kafe bertema kerana kebanyakan kafe sebegini hanya menarik dari segi hiasan dalaman namun tidak dari segi makanan yang disajikan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193543uuh7ca85h5850v7a.jpg
Foto: Penangfoodie


Namun Dream Mansion membuktikan sebaliknya. Ternyata ada banyak makanan yang sedap-sedap boleh dinikmati.


Terletak di Lebuh Thye Sin, dari luar kafe ini nampak sungguh elegan dan bersih dengan tema hitam dan putih. Ruang makan kafe ini sungguh besar dan setiap sudut mempunyai tema yang berlainan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193543w0erso33isl333t3.jpg
Foto: Penangfoodie


Berbalik kepada menu. Antara minuman yang wajib dipesan ialah Hot Salted Caramel Macchiato, Iced Blood Chocolate, Strawhat Luffy dan Perverted Cyborg.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193544ctb4bwbvqq8wp04z.jpg
Foto: Penangfoodie


Nama-nama minuman ini juga diinspirasikan daripada anime. Makanan yang wajib anda pesan pula antaranya ialah Temari Bento.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193544lwft4xnqqwtfvvjw.jpg
Foto: Penangfoodie



Ia merupakan pelbagai jenis sushi yang dibentuk menjadi bulat dan diletakkan dalam kotak yang comel. Terlalu indah untuk dimakan!


Selain itu anda juga perlu pesan Grilled Salmon dengan Mentaiko. Umpama makanan mewah, ikan salmon yang lebut dipanggang sempurna dan digabungkan dengan sos istimewa yang melengkapkan juadah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193544s3qhhjejqgr3sq1s.jpg
Foto: Penangfoodie


Bagi anda yang suka pedas bolehlah pesan Mapo Tofu. Anda boleh pilih tahap kepedasan dari 1 hingga 5. Berani cuba 5?


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193543wz6arctc22sz8f23.jpg
Foto: Penangfoodie


Tak lupa juga Curry Rice dengan Grilled Salmon yang turut popular di sini. Nampak sungguh menyelerakan!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193543lorkoo8w5ffob5dd.jpg
Foto: Penangfoodie


Bagi yang gemarkan pencuci mulut, paling top ialah Giant Parfait. Ia digelar giant kerana terdapat 12 jenis aiskrim di dalam cawan besar dan dilapisi dengan puding coklat dan juga marshmallow, Pocky, strawberi dan krim putar.


Boleh pergi makan dengan kawan ramai-ramai dan kongsi aiskrim gergasi ni! Menariknya, jika anda dapat habiskan ia di bawah 30 minit secara bersendirian, ia adalah percuma!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/27/193544c5g6cy5godsak42a.jpg
Foto: Penangfoodie


Ada berani nak cuba? Jom ke sana, tunggu apa lagi?!


Dream Mansion Penang
Alamat: 80&82, Lebuh Tye Sin, George Town, Penang.
Waktu Operasi: 12 pm-11 pm (Setiap hari)
Facebook: https://www.facebook.com/Dreammansionpenang/
-CARI

manehnya Publish time 29-3-2018 12:10 PM

x sesuai utk budak2 kecik, sesuai utk budak2 baru nk up je

supikan Publish time 25-9-2018 10:28 PM

Belum sampai lg ni

Daporpink Publish time 27-9-2018 01:13 PM

kene pergi ni. menarik

AfiLaiCR Publish time 13-9-2019 03:40 PM

Cam menarik je. So far hanya duk customise barang dgn gambar2 anime. Kena tryla nanti
Pages: [1]
View full version: Kafe Anime Pertama Di Pulau Pinang, Bawa Anak-Anak Mesti Suka


ADVERTISEMENT