Cari-Zai Publish time 29-3-2018 11:26 AM

Banyak Lagi Lokasi Sakura Yang Masih Rahsia Di Jepun, Kenapa Baru Tahu?

Sebut sahaja keindahan di bumi Jepun, pasti semua terbayang bunga Sakura di Tokyo, Osaka atau Kyoto, kan? Musim sakura tiba awal di Fukuoka berbanding kota raya lain di Jepun. Apa kata kali ini kita 'jalan-jalan' di wilayah Fukuoka pula?

Walaupun kurang mendapat tumpuan pelancong, lokasi ini tetap ada keunikannya tersendiri. Kereta api laju (bullet train Shinkansen) dari Tokyo ke Fukuoka mengambil masa selama 5 jam. Memetik bolg Home Away, musim sakura di sini bermula dari lewat Mac sehingga awal April. Jom tengok rimbunan sakura di sini!




Taman Nishi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/001717v99jr6ggdq6lddml.jpgTerpukau dengan pemandangan kuntuman sakura yang mekar



Dengan pemandangan indah, Teluk Hakata dinobatkan sebagai salah satu lokasi terpilih dalam senarai Japan’s Top 100 Cherry Blossom Spots dan pemilihan itu memang sesuai sangat. Di sini terdapat 1,300 jenis pokok ceri pelbagai spesis – weeping cherry, Oshima cherry, dan mountain cherry.




Taman Maizuru

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/001811ugyh7zysgy8sglcw.jpgMusim bunga atau spring yang mengiringi kehadiran sakura



Ia memiliki hampir 1,000 pokok Yoshino dan weeping cherry yang sarat dengan kuntuman bunga. Inilah antara taman terbaik untuk melihat bunga sakura di Fukuoka. Taman ini menawarkan pengalaman melihat sakura yang unik dengan latar belakang sejarah kerana di sini terdapat runtuhan Istana Fukuoka.




Istana Kokura

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/001847dwi064w0zi5bwh22.jpgKecantikan sakura berlatar istana zaman silam



Asalnya dibina pada 1602, istana ini dibina semula pada 1959 setelah ia dimusnahkan oleh kebakaran. Kawasan sekitar istana dikenali sebagai Taman Katsuyama, sebuah kawasan terkenal dengan bunga sakura. Kokura Castle Sakura Festival ke-14 akan diadakan dari 31 Mac hingga 1 April, 2018.




Kuil Dazaifu Tenmangu

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/001918qubrhv0rgb88bo1z.jpgSakura juga adalah pokok ceri berbunga



Secara amnya, apabila sakura muncul di sini, kuntuman bunga buah plum mulai berkurangan. Tetapi, jika musim dingin terlalu sejuk, bunga plum mekar agak lewat. Jadi, sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat bunga plum dan bunga ceri mekar serentak. Inilah keajaiban yang mempesonakan!




Taman Amagi


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/001951k1txgjozj9get3d3.jpgKecantikan bunga sakura memukau pandangan



Taman yang luas ini amat popular di kalangan penduduk tempatan untuk menikmati sakura dalam suasana yang nyaman dan semulajadi. Di taman itu terdapat 4,000 pokok ceri. Kebanyakannya telah ditanam di sekeliling Kolam Sakura yang terletak di tengah-tengah taman.


Memang keindahan bunga sakura tak dapat disangkal lagi. Kena kumpul duit kalau nak pergi Jepun tengok sendiri. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan! - CARI







meisapoya Publish time 29-3-2018 12:10 PM

Cantik nye.... {:childlikeo
X berkesempatan lg nk ber hana matsuri..
Ade rezeki nnt blh gi....

cmf_ultraviolet Publish time 29-3-2018 07:34 PM

cantiknyaaaa

Artemesiaa Publish time 1-4-2018 11:13 AM

Sebab kebanyakan tak gi try tengok kat tempat lain sebab terlalu nak ikut kawasan yang kawan2 dah pernah pergi je sebab tu ramai tak tahu nak gi area lain

ira_229 Publish time 5-4-2018 01:35 PM

Edited by ira_229 at 5-4-2018 01:40 PM

dulu saya pergi ke kawazu dlm perterngahan Mar 2016 bunga kebanyakkan dah gugur n layu nasib baik tempat dia cantik & menenangkan klu tidak tak berbaloi pergi...tempat ini mmg cantik semulajadi..kawazu mmg tempat tumpuan pelancung jika nak tengok sakura..mula berkembang pada akhir feb tiap tahun..disini bunga sakura cepat keluar disebabkan kedudukannya dekat dgn pantai hawanya kurang sejuk jadi pohon sakura cepat mengeluarkan bunga
ada juga bunga2 lain yg sedang mekar..




yg ini di taman istana osaka..bunga baru nak kembang...ni rasanya bukan sakura sebab baunya wangi...kat sini sakura pun ada tapi bunga2 lain bagi saya lebih cantik menawan..




friedfishsoup Publish time 5-4-2018 11:15 PM

ok la.. i prefer cherry blossoms.

aunisofia Publish time 6-4-2018 10:47 AM

subhanallah...cantiknya

ainunaina Publish time 19-4-2018 03:22 PM

baru balik....subhanallah...mak aii cantik sangat2...
Pages: [1]
View full version: Banyak Lagi Lokasi Sakura Yang Masih Rahsia Di Jepun, Kenapa Baru Tahu?


ADVERTISEMENT