Patty Burger Lembut Dan Juicy, Punyalah Sedap Resipi Asli Ni Sampai Ketagih
Pernah dengar tak orang lelaki jarang memasak tetapi bila masak pasti sedap. Malah ada yang sanggup bertambah berkali kerana kesedapannya. Tapi bergantung juga pada kreativiti dan juga air tangan lelaki itu.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134913edyvuz0h0s3lz1e2.jpg
Foto: Facebook Shafique Shahareen
Ini yang berlaku apabila seorang pemilik akaun Facebook Shafique Shahareen berkongsi resipi patty burger buatannya yang menyebabkan isterinya berhenti makan salah sebuah burger dari rangkaian makanan segera terkenal.
Lebih menarik lagi resipi lelaki ini mendapat perkongsian lebih 42,000 pengguna laman sosial dan ia merupakan sesuatu yang luar biasa. Resipinya juga tidaklah sesukar mana tetapi hasilnya memberi kepuasan.
Jadi jom kita lihat apa bahan serta cara untuk sediakan burger yang dikatakan sedap ini.
Bahan-bahan
1) Daging kisar lembu
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134904e444ssd21dd44cyy.jpg
Foto: Facebook Shafique Shahareen
2) Dua sudu lada putih atau sulah
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134903gro093tzlp91drn1.jpg
Foto: Facebook Shafique Shahareen
3) Satu sudu kecil lada hitam
4) Setengah kiub stok daging
5) Sesudu besar sos LEA
6) bawang putih dan bawang merah.
Cara-Cara
1) Campurkan daging bersama lada putih atau sulah, lada hitam, kiub stok daging, bawang putih dan bawang merah
2) Bulatkan campuran daging tadi menjadi bebola
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134905ba2b4z6pzz22qsea.jpg
Foto: Facebook Shafique Shahareen
3) Kemudian leperkan bebola tadi menjadi bentuk patty dan lapiskan dengan plastik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134909jadaa9g0eddkrfgg.jpgFoto: Facebook Shafique Shahareen
4) Boleh disimpan dalam peti sejuk dahulu atau dimasak terus di dalam kuali bersama minyak yang sedikit
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134910oy9z0y8k1cjd2j55.jpgFacebook Shafique Shahareen
5) Untuk membuat sos masukan mayonis, sos cili, serbuk kari dan sos Lea dalam mangkuk kecil lalu gaul.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/28/134914n4s9gzplan9u1glu.jpgFacebook Shafique Shahareen
6) Hiaslah burger anda mengikut apa yang anda sukakan.
Mudah bukan jadi jom apa lagi cubalah buat mana tau anda juga boleh jatuh hati dengan resipi mudah hasil air tangan lelaki ini. Selamat mencuba! -CARI bestnya, teringin nak buat patty ni
tapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..
*sambung kunyah biskut* kroit92: bestnya, teringin nak buat patty nitapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..*sambung kunyah biskut*
Beli je la pengisar daging tu.. kisar sendiri Aduhhh kenyang nye tgk {:childlikeo kroit92: bestnya, teringin nak buat patty nitapi tengok daging kisar Ramly je, hmm.. mahal gila kut..*sambung kunyah biskut*
Yup, mahai tapi ramly best, x byk lemak. Yg brand lain mcm jual lemak pon ade.... try blend sendiri daging kt rumah... puas hati sikit...
haihhh..meollsss da la pencinta daging..tapi ramly harga mahal la..hmmmm Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! Tq for the recipeee
Pages:
[1]