Telaga Jacob Di Texas, Ramai Yang Selam Tapi Tak Pernah Keluar Hidup-Hidup
Telaga Jacob ini merupakan salah satu khazanah geologi semula jadi di Texas Hill Country, Amerika Syarikat. Ia juga merupakan gua dalam air yang terpanjang di negeri itu.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202123h25ucuous4gtc4o0.jpg
Foto: Facebook
Menurut sumber, telaga ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia pernah mengorbankan 8 penyelam sejak ia ditemui.
Bagi para penyelam professional seluruh dunia, nama Telaga Jacob tidaklah asing, bahkan mungkin menjadi obsesi bagi sebahagian daripada mereka. Reputasi telaga ini sungguh menakutkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202127zi6bf8ltubzyub8u.jpg
Foto: Facebook
Ramai yang cuba menyelam di dasarnya dan ramai juga tak pernah keluar hidup-hidup. Namun ia tidak menghalang para pelancong untuk datang dan sekurang-kurangnya mandi-manda dan bukan menyelam di sini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202128ui73gerr3gtlzxgg.jpg
Foto: Facebook
Telaga ini juga dikatakan mempunyai kedalaman berbeza. Ruang pertama berada di kedalaman 9 meter.
Ia masih boleh ditembusi sinaran matahari. Jika seseorang itu terus menyelam hingga kedalaman 80 meter, ia akan menemui kegelapan dan ruang yang sempit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202129ws8x8gpb8w8ww8p6.jpg
Foto: Facebook
Pada tahun 1983, seorang mahasiswa dari Southwest Texas State University, Richard Patton, kehilangan nyawanya ketika menyelam di ruang kedua. Khabarnya ia terperangkap di dalam dan tidak dapat keluar.
Malah jasadnya tidak pernah ditemui. Jika ia terus ditelusuri, kita akan menemui ruang ketiga.
Pada ruang ketiga khabarnya terdapat banyak batu kerikil. Kemudian ada ruang keempat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202128ml7u8vtljlv484ow.jpg
Foto: Facebook
Ruang keempat adalah ruangan yang paling susah untuk diteroka kerana pintu masuknya yang sempit. Tak ramai penyelam yang berani meneruskan penyelamannya hingga ke ruang keempat.
“Telaga Jacob adalah inti dari kehidupan. Ia memberikan air setiap hari selama ribuan tahun,” kata David Baker, seorang tuan tanah setempat yang menyumbangkan tanahnya untuk tempat konservasi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/26/202127ayyyj7s7i0h79220.jpg
Foto: Facebook
Telaga Jacob merupakan telaga semulajadi dan bukan buatan manusia. Hingga saat ini masih belum ada yang dapat memecahkan misteri telaga tersebut.
Anda berminat? Kalau ada peluang ke Texas jangan lupa singgah di telaga ini.
Namun kami tak syorkan anda menyelam kecuali jika anda betul-betul berani menanggung risikonya! -CARI jernihnya air
hydrophobia, thalassophobia mesti takut nak mandi manda kat sini :lol:
entah ape benda yang keluar dari celah lubang tu, silap2 naga ;P
dalam sungguh telage ni..siap ade partition lg..
Mcm ada movie pasal ni Seram nye.. tak kuasa nak menyelam kat situ :L https://i.pinimg.com/originals/8a/55/cb/8a55cbf972a451faed22dc419e1fc424.jpg seramnya huhuhh Jernihnya air {:childlike mau tak hilang, ada ruang air bawah tanah
http://txhillcountrywater.wp.txstate.edu/files/2017/02/gwflowinTrinity_htatlas.png
Walaupun nampak cantik tapi bahaya memandangkan ada arus dibawahnya kroit92 replied at 27-3-2018 12:12 PM
hydrophobia, thalassophobia mesti takut nak mandi manda kat sini
entah ape benda yang kelua ...
hahahaa..betul tu..tgk gambo pun dah ngeri..hahahaaa
jernihnya air. cantik. tp org ckp y cantik ni la y biasa banyak makan nyawa cantik....subhanallah... cantik tapi seram tapi nak tau apa ada dalam tu selain air dan batu. Canteknye...air jerneh..tp mmg xnak la terjun even mandi skali pun...aku pk kang ada lak kuasa yg menarik masuk ke dlm :P x cantik tapi bahaya cantik ..tapi bahaya Beautiful but creepy Cantik alam semulajadi. Tapi seram sgt. Mcm movie Sanctum :funk:
Pages:
[1]