Cari-suzy Publish time 23-3-2018 05:06 PM

Jom Bercuti Ala Kampung Di Keriang Hill Resort, Lokasi Wajib Kalau Ke Utara..

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/120238eozppt59nbuwnojb.png

Sempena Road To Agro Tourism Siri ke 4 (Perlis-Kedah) yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia baru-baru ini, terdapat banyak lokasi menarik di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi. Siri penjelajahan hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut telah membongkar sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu.


Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/122049eyr3t1j53j33qgz8.jpgPondok tradisonal memberi suasana ala kampung


Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati kala menginap di Keriang Hill Resort.Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang, Kedah dengan topografi bukit batu kapur serta sawah padi terbentang luas. Ianya terletak 10 kilometer daripada bandar Alor Setar, Kedah yang terkenal dengan panggilan Jelapang Padi Malaysia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/121403nt05sboimvw5vzkt.jpgReka bentuk rumah tradisonal dengan sedikit sentuhan diraja


Resort ini mempunyai 15 pondok penginapan dengan pelbagai rekaan bersejarah berserta landskap dengan konsep rumah kampung terdahulu. Menariknya, ia adalah reka bentuk asal rumah tradisional yang terdapat di sekitar Kedah. Yang mana rumah ini dibina oleh tukang handal untuk memudahkan ianya diangkat dan dipindahkan. Rumah-rumah ini kemudiannya dibawa ke kaki bukit ini dan dibaiki untuk dijadikan pondok penginapan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/121247a0bogdsv0ggyyjvo.pngPondok Keluarga mampu memuatkan seramai 4 orang.


Keriang Hill merupakan satu lokasi ideal bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan resort ini iaitu “Back To Kampung Life”. Percutian idaman ini membawakan anda keluar dari kesibukan kota dan hanyut dalam keindahan pokok-pokok redup dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/122905nmmyy3yrxnzdbrnm.pngPelbagai menu hasil tangan Chef Nazri


Selain memberikan memori istimewa kepada pengunjung yang menginap di Keriang Hill, santapan ala Puteri juga dapat dinikmati di restoran The Puteri terletak berdekatan resort. Restoran ini menawarkan pelbagai sajian daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat.


Dengan bertemankan ketenangan tasik, juadah yang dinikmati pasti menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/23/123043nnbyv1zp1bvnbbam.jpgKedamaian turut dirasai apabila ruangan santai dibina jauh dari kesibukan kota.


Terdapat dua jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu pondok pasangan dan keluarga. Perbezaan pondok ini adalah pondok pasangan dilengkapi sebuah katil King manakala pondok keluarga disertakan dua buah katil Queen. Harga bermula daripada RM200 -RM300 (tidak termasuk GST). Antara kemudahan lain adalah dewan, bilik mesyuarat, dataran, gimnasium, kolam renang dan pentas utama.


Menarik bukan? Siapa yang mahu merasai nostalgia berada di kampung, bolehlah ke sini. - CARI

shernazz Publish time 23-3-2018 05:18 PM

Ni yang chef wan dok.promot tu
Mmg syiok tgk kalau mengikut.dlm.ig chef wan tu
Tapi..kg apak.iols.pon.kat kedah..alang alang balik.kampung saja laaa

moonbug Publish time 23-3-2018 09:10 PM

Cantik. Short staycation sesuai ni

bloodyamuk Publish time 25-3-2018 05:41 AM

wow macam best je kalau bawak atuk nenek cuti kat sini...

ieda9729 Publish time 25-3-2018 01:12 PM

cantik sangat ni

yayangmama Publish time 26-3-2018 09:40 AM

mcm bes je...anak iols slalu teringin nk ada kg mcm ni...

huhuhh mama dia pon xmerasa ada kg yg bebetul kg

Ambola Publish time 26-3-2018 12:02 PM

Wow mcm aman damai jer nmpak

mizz_fatyn Publish time 26-3-2018 05:39 PM

uish kampung iols nih

kucen_miang Publish time 27-3-2018 09:32 AM

kalu ada dusun buah2an lagi best ni

annehuda Publish time 28-3-2018 03:03 PM

naikla keriang hill alang alang tu.

best jugak. takdela tinggi mana. leh nampak pemandangan smpi ke alor setar.

ForrestBeebe Publish time 22-3-2019 03:49 AM

This is the great choice for everyone who is aware in this crucial topic. As for me, I'm a fan of educational blog http://educationalprocess.strikingly.com/ but the items like this are also so interesting for me.

Kyra_Lydia Publish time 26-3-2019 10:11 AM

Bestnye.. nampak sgt mendamaikan

korokure Publish time 31-3-2019 08:13 AM

best sini sbb rumah-rumah traditional, memang mengimbau kenangan lalu. tempat pun dekat sawah bendang.

Indahrupawan Publish time 2-4-2019 10:36 PM

Cantik laa

aizeck Publish time 8-4-2019 01:26 AM

kat sini kalau malam2 seriau tak?
Pages: [1]
View full version: Jom Bercuti Ala Kampung Di Keriang Hill Resort, Lokasi Wajib Kalau Ke Utara..


ADVERTISEMENT