Cari-Nora Publish time 23-3-2018 12:03 PM

3 Pantai Bak Syuga Di Malaysia, Yang Kewujudannya Mungkin Tidak Kita Ketahui

Pepatah oleh Isak Dinesen ada mengatakan “The cure for anything is salt water: sweat, tears or the sea.” Sememangnya kalau dah jejak je kaki di laut perasaan tenang dan aman pasti menerpa dalam diri seseorang.


Kadangkala hidup di bandar memang menyesakkan, jadi sekali sekala anda perlu berlari ke hutan dan belok ke pantai! Jadi kali ini kami senaraikan pantai-pantai yang harus anda lawati dan selami!


1. Pantai Tusan , Miri, Sarawak


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/22/211728dqqj2kbqrosab7ba.jpg
Foto:HHWT


Terkenal dengan fenomena pantai bercahaya suatu ketika dahulu. Ia juga popular dengan pemandangan matahari terbenam yang cantik.


Sambil menikmati suasana sekeliling anda boleh menikmati aiskrim buatan tempatan atau memesan coconut shake!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/22/211729iytibmjlj3tbfb8l.jpgFoto:HHWT








2. Pulau Tiga, Sabah


Lebih dikenali sebagai Pulau Survivor (rancangan tv popular), tak hairanlah ia dipilih sebagai lokasi penggambaran kerana pantainya yang putih dan lautnya yang biru. Pulau Tiga terbentuk oleh letusan gunung berapi yang berlaku beratus tahun dahulu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/22/211729ha4q4paalglipjnz.jpg
Foto:HHWT


Malah terdapat lokasi untuk berendam dalam lumpur gunung berapi yang penuh dengan khasiat untuk kulit dan rambut. Hanya 2 jam pemanduan dari Kota Kinabalu ke bandar Kuala Penyu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/22/211729gj67o6xk6d66s6bq.jpg
Foto:HHWT


Kemudian dari sini anda perlu menaiki bot selama 20 minit sebelum tiba ke pulau yang sungguh menawan ini!

3. Monkey Beach, Pulau Pinang


Terletak di Taman Negara Pulau Pinang, Monkey Beach turut dikenali sebagai Teluk Duyung. Ia antara pantai tercantik dan teraman di Pulau Pinang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201803/22/211728o811y7887kyk7pg7.jpg
Foto:HHWT



Hanya 45 minit pemanduan ke sini dari Georgetown. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah mendaki, meneroka hutan dan melihat pelbagai jenis burung.


Oh, jangan lupa berendam dalam laut! Sebenarnya ada banyak lagi pantai tersembunyi yang menarik.


Namun kadangkala ada baiknya pantai-pantai ini tidak dikomersial agal keindahan dan kebersihannya sentiasa terpelihara. Sekarang anda dah tahu 3 pantai tersembunyi, jangan berlengah lagi jomlah ke sana! -CARI

zulka Publish time 23-3-2018 12:09 PM

agak2 la.."Bak Syurga.." :opernah masuk syurga ke?
pegi dulu baru tau..dlm gamba memang cantik

Artemesiaa Publish time 23-3-2018 12:16 PM

Betul jangan mudah terpengaruh dengan sekadar melihat gambar je.Contoh gambar No 1 tu pun sebab pandangan jauh tapi masih boleh terlihat kekeruhan air lautnya

matchstick Publish time 23-3-2018 01:23 PM

tu lah pasal..kot ada yg mudah percaya gigih lah beli tiket flight book hotel nk ke sana..sampai2 tgk indah kabar dari rupa. masa tu memang terasa nk hantar penulis ni ke 'syurga'

bintangct Publish time 23-3-2018 01:42 PM

Artemesiaa replied at 23-3-2018 12:16 PM
Betul jangan mudah terpengaruh dengan sekadar melihat gambar je.Contoh gambar No 1 tu pun sebab pa ...

Tu la pasal.. tgok pantai cantik gak tp bila tgok gigi air tu keruh yaamat.. mcm what the??
Tp no 2 tu no doubt mmg menariksss

bintangct Publish time 23-3-2018 01:44 PM

Eh iols baru perasan.. no 1 tu gmbr atas dn gmbr bawah jauh beza pantai tu.. mcm tipu je

azradiza Publish time 23-3-2018 02:16 PM

Edited by azradiza at 23-3-2018 02:17 PM

bintangct replied at 23-3-2018 01:44 PM
Eh iols baru perasan.. no 1 tu gmbr atas dn gmbr bawah jauh beza pantai tu.. mcm tipu je
gambar no 1 tu kejernihan/ kekeruhan air tu tengok timing la
pegi time ombak kuat, mmg laut Miri tu keruh jer
pi time tengah tahun, lawa jer pantai kat situ








yokoono Publish time 23-3-2018 02:28 PM


haiyooo imaginasi penulis tu very outrageous

bintangct Publish time 23-3-2018 02:43 PM

azradiza replied at 23-3-2018 02:16 PM
gambar no 1 tu kejernihan/ kekeruhan air tu tengok timing la
pegi time ombak kuat, mmg laut Miri...

I see.. tks ya sbb explain

manehnya Publish time 23-3-2018 03:35 PM

monkey beach? cam x layak jee

air mcm melo

IsobelMelody Publish time 23-3-2018 04:02 PM

Pantai Tusan Miri yg cantik tu nya hanya pintu gerbang tu jer n fenomena blueplankton tu memang awesome. Tp pantai nya kotor, org sukati ja buang sampah kot, bangkai obor2 pun banyak d pantai.Air nya berlumpur. Iols lebih suka g Pantai Bungai (15min jaraknya dari Pantai Tusan). Air d Pantai Bungai memang menggoda utk mandi, biru kehijauan. Pantai nya bersih n pemandangan yg indah dgn tersusunnya perahu2 mcm d Lombok. Kalau penduduk tempatan sedar keindahan n potensi pantai Bungai bestnya, boleh jadi pusat pelancongan kat Miri. Harap2 ada swinger mcm kat Lombok tu on the next visit.

moonbug Publish time 23-3-2018 09:06 PM

azradiza:    Edited by azradiza at 23-3-2018 02:17 PM  gambar no 1 tu kejernihan/ kekeruhan air tu tengok timing lapegi time ombak kuat, mmg laut Miri tu keruh j ...

Masalah kebanyakan pantai/sungai kat Malaysia; SAMPAH. Civic awareness masih rendah dalam masyarakat. Sedih

moonbug Publish time 23-3-2018 09:07 PM

Pantai Tusan arch tu mcm Coromandel Peninsula

armin Publish time 24-3-2018 05:45 PM

Sabah byk pulau n pantai cantik tp nk pergi fikir dua kali sbb banyak lanun. Tak sanggup la

kivio Publish time 25-3-2018 02:10 AM

zulka replied at 23-3-2018 12:09 PM
agak2 la.."Bak Syurga.."   pernah masuk syurga ke?
pegi dulu baru tau..dlm gamba memang cantik

Itulah pasal.
Selalu sangat aku tengok orang dok iklan2 kemain.

Few tempat yang aku pernah pegi pon, indah khabar dari rupa.
Dalam gambar edit memang kaw kaw.

uori Publish time 25-3-2018 04:21 PM

takde maknanya pulau tiga air sejernih macam tu.
rasanya gambar tu satu pulau kecik je, binaan apa pun takde,
leh gi takat nak ambik2 gambar, tapi aku dh lupa nama apa ntah.
tapi best la dapat mandi lumpur kat pulau tiga tu, walau jauh gak nak menapak

spankee_fili Publish time 26-3-2018 08:44 AM

tersembur air kopi tengok ada monkey beach..
"bak syurga" tu overrated sangat dek non oi.. ;P

carlalily Publish time 26-3-2018 09:56 AM

monkey beach?seriously???

Skuau Publish time 26-3-2018 12:00 PM

IsobelMelody replied at 23-3-2018 04:02 PM
Pantai Tusan Miri yg cantik tu nya hanya pintu gerbang tu jer n fenomena blueplankton tu memang awes ...

amik gambo..dan tolong 'promotkan'.....

aunisofia Publish time 10-4-2018 04:02 PM

ahahahahaha
Pages: [1] 2
View full version: 3 Pantai Bak Syuga Di Malaysia, Yang Kewujudannya Mungkin Tidak Kita Ketahui


ADVERTISEMENT